Oklah, next entry untuk hari ini. Aku nak kongsikan resepi kentang putar, kentang lenyek atau bahasa omputihnya whipped potato. Betul tak aku eja?Aku kurang sikit english nie. Nama jea sekolah convent. Orang lain sekolah convent berhabuk cakap omputih. Kikiki.
Berbalik kepada tajuk sebelum aku melalut dan ke laut adalah lebih baik kita fokus tajuk di atas. Ok straight to the point. Ada kawan aku mintak resepi nie, so aku kongsikan di sini untuk rujukan semua dan untuk diri aku sendiri. Senang sikit. Nak masak jea tengok blog!!!!Kikiki. Kata blogger tegar. :D
Ini resepinya yea kawan-kawan. Sila copy di atas kertas masing-masing. Kalau rajin tulis guna tangan. Kalau malas boleh copy paste dan print saje. Itupun yang selalu aku buat. :D
RESEPI KENTANG PUTAR
Bahan-bahan :
5-6 biji kentang
2 sudu besar butter
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu segar
Sedikit serbuk blackpepper
Secubit garam
Cara-caranya :
1. Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6.
2. Rebus sehingga empuk dan toskan.
3. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.
RESEPI SOS KENTANG PUTAR
Bahan-bahan :
650ml air
5 sudu besar stok ayam
1 biji bawang besar - dicincang
1 batang saderi - dicincang
40gm mentega
20gm tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk blackpepper
Sedikit kicap pekat
Cara-cara :
1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar sehingga mendidih. Renehkan selama 10 minit. Kemudian tapiskan.
2. Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap pekat (bergantung kepada kehitaman yang anda hendak) dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian masukkan serbuk blackpepper.
3. Bancuhkan tepung dengan sedikit air, kemudian tapis untuk mengelakkan berketul-ketul. Pastikan api kecil.
4. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yang anda suka.
5. Kemudian bolehlah dicurahkan ke atas kentang putar tadi. Sedia untuk dihidangkan.
bukan ke mashed potato???
ReplyDeletenak salin...nak salin..!!!
ReplyDelete