Bersambung kembali bercerita mengenai trip kami anak-beranak. Selesai aktiviti kami di entry INI, kami meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke Melaka. Akan tetapi kami berhajat untuk singgah di Shah Alam dulu sebab asben nak bawak makan burger. Macam kat Melaka tak dak jual burger. Saje berubah angin nak saje nak jalan-jalan cari makan kat tempat orang. Ubah selera dan ubah citarasa jangan berubah hati sudahlah yea. Kikiki...Selain nak jalan-jalan cari makan memang berhajat nak ke I-City.
Apa kata kita layan gambar saje sebab kalau intro panjang sangat aku memang akan banyak melalut dan ke laut sebelum aku berceritakan yang sepatutnya. Jom layan gambar..
Kami sudah keluar tol. Bye Perak!!Panjang umur akan aku tiba lagi.
Seperti biasa singgah makan dulu. Kami singgah di Perhentian tapah sebab nak beli jambu mak ayah aku kirim. Ammar makan kentang.
Aku makan mee kari.
Adriana memang tak makan pedas2. Ammar layan jugak apa yang aku makan tapi bagi makan mee jea.
Setibanya kami di tempat sebenar yang ingin kami tuju iaitu Yazid Burger.
Menunggu burger dengan penuh sabar. Masing-masing masih mampu nak sengih dan senyum. Ammar..ammar..
Tadaaaa...Inilah burger yang kami order.
Air nie sangat sedap!!!Satu strawberry+banana dan lagi satu chocolate ice blended.
Settle makan burger gergasi itu kami terus ke sini. Mengah betul makan burger tue. Tak habis pun bungkus nak bawak balik Melaka. Sampai sini konon pasrahlah sebab hujan. Memang tak dapatlah nak turun.
Cantiknya!!!
Gigih jugak cari parking. Bila turun hujan pun dah berhenti. Rupanya ramai jea umat dalam nie. Dari luar macam tak ada orang.
Wah...Berlampu-lampu. Teruja sungguh.
Haruslah yang bergambar aku dan anak-anak saje. Asben mana layan sangat nak bergambar nie..
Permandangan di sekitar I-City.
Dua beradik bergambar. Gambar gelap sebab tak tahu setting atau kamera nie ngada2 erk nak merajuk dengan aku. Oh nanti aku cerita hal kamera aku yea.
Lepas kita orang pusing-pusing kat luar kita orang masuk ke Snow Walk nie. Best giler!!!
Masa nie aku boleh bertahan lagi. Aku mana boleh sejuk-sejuk nie.
Ammar betul relax. Ko tengok mak ko tue dah tak tahan sejuk ammar oi. Sanggup mencangkung. Memang sejuk giler!!Eksen lagi asben suruh sewa boot tak nak. Konon masuk guna sandle pun boleh. Hah hamik kau. Derhaka lagi cakap laki.
Tengoklah ammar tue. Aku tengok cool jea.
Bergambar sorang-sorang. Ala-ala konon kat obersea. Kikiki..
Alih-alih si papa pun suruh amik gambar dia. Dia yang bukak mulut nak bergambar jugak..
Masa nie pun ramai jugak orang masuk dalam Snow Walk nie.
Hari yang berkualiti bersama anak-anak.
Papa dengan adriana. Adriana dah mula buat hal. Dok nangis nak keluar sebab sejuk. Itu yang nak berdukung.
Dua beradik nie lagi. Ammar masih cool.
Bagi asben pulak yang bergambar bersama anak-anaknya. Asyik mama jea.
Papa dengan nana. Tengok nana tue nangis.
Last sekali gambar kami sebelum keluar. Aku dengan anak-anak lagi.
Mama dan Ammar.
Adriana dan adik.
Gambar nie ammar sedang pujuk si kakak yang menangis tak dapat naik menan kanak-kanak.
Alih-alih ok dah..Suruh nana bergambar kat sini.
Nana dan adik setelah si adik memujuknya.
Nak pujuk nana kita orang pun naiklah Giant Wheel. Walhalnya aku adalah orang yang gayat tapi kugagahkan jugak demi anak.
Tiket untuk naik giant wheel nie.
Yeahhhh sudah berada di sini dan dia atas. Bising mulut aku suruh adriana duduk sebab aku dah takut. Rupanya laki aku pun gayat. Kahhhh...Anak-anak mak apak ko nie gayat yea.
Papa cover line peluk ammar sebab dia pun sama gayat. jangan tengok bawah yea. Kita ada paling atas sekali. Itulah dialog dia. Dasar gayat!!!!
Selamat sudah berada di atas tanah. Kikiki. Bergambar sebelum balik.
Cantiknya lampu-lampu nie.
Oklah last picture from us, nielah giant wheel yang kita orang naik. Settle cerita trip kami sepanjang 2 hari tue. Baru trip 2 hari dah pening nak mengarang. Belum lagi holiday yang berhari-hari. Apa-apa pun sangat seronok kerana dapat menghabiskan masa bersama orang tersayang. Quality time with husband and kids!!!
sejuk kan snowalk tu. anak2 aida pun nangis! nana lagi la, pakai selipar je lagi la sejuk!!! amik gambo pun tgn kebas-kebas gitu hi hi hi...
ReplyDeletekorang tak tawaf ekk outdoor tu? best!!! anak2 dan anak2 buah tak nak balik...