Salam pagi jumaat. Hari ini jumaat yang aman, damai dan tenang bagi aku. Cuba ingin menenangkan hati dan menjadi lebih baik dari semalam. Jauhkan sifat yang tidak baik dalam diri aku. Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Tidak perlu ada rasa cemburu atau iri hati pada orang lain. Kalau nak jadikan sumber inspirasi tak apa. Kadang kita rasa teruja bila tengok kejayaan orang lain dan kita juga ingin letakkan sasaran untuk menjadi seperti itu. InsyaAllah jika memang rezeki untuk kita tidak akan lari ke mana.
Biarlah kita lalui hari ini dengan ceria sebab petang nie
ada pembentangan bajet. Semoga ada
sedikit berita gembira untuk kita semua. Dapat lebih bagus, dapat sikit pun ok jugak. Janji ada. Kalau lebih manalah tahu dapat menunaikan wishlist yang ada. :D
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..