Friday, September 14, 2012

~Dua Malam Berturut-Turut~

Sudah 2 malam berturut-turut, kami makan malam di luar.  Hari rabu malam khamis dan hari khamis malam jumaat iaitu malam tadilah kan.  Hari rabu malam keluar sebab nak beli barang so decide makan luar teruslah kan.  Malam tadi asben yang ajak makan luar atas sebab-sebab tertentu.  Aku paling seronoklah kalau asben yang bukak mulut dulu ajak makan kat luar.  Kalau aku ajak memang banyak tapisannya. ;D

Ini makan malam unutk malam kelmarin.  Makan kat kedai mamak jea.  Aku makan nasi lemak nie.  Malam-malam buta makan nasi lemak kan.  Habis diet aku.
 
Ammar sudah mula pandai menyesuaikan diri dengan kamera.
 
Adriana makan roti telur malam tue.
 
Ini roti untuk adriana.  Ammar pun makan roti gak.
 
Ini gambar malam tadi.  Berjalan tanpa arah tujuan akhirnya kami menjejakkan kaki di Jusco.
 
Belikan adriana dan ammar jagung sementara tunggu papa.
 
Makan jagung dulu sbeelum dapat idea nak makan kat mana.
 
Ammar pakai baju MU yea.  
 
Ammar dan papa.
 
Adriana dan mama.
 
Aku order nie malam tadi.  Teringin benor nak makan spageti olio nie.
 
Ini meal kids yang free spageti carbonara untuk anak-anak aku.
 
Inilah pizza yang kami makan malam tadi.

Ini lagi meat ball yang dalam meal kids free tue.  Sedap jugak.  Bukan anak-anak yang lebih makan mak apaknya yang kenyang sampai termengah-mengah.






                                                                                                                        

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..