Kalau tak update maka terlepaslah aku untuk meletakkan satu kenangan di sini untuk dikongsikan bersama yang lain. Oklah berbalik kepada tajuk di atas. Untuk raya ke 6 aku dan asben telah pegi beraya ke rumah abangnya di Durian Tunggal. Sebenarnya kami dapat jemputan makan-makan untuk adik-beradik. Jadi kami tidak ketinggalan untuk menghadirkan diri. Ayat skema jea.
Gambar masa menjamu selera di rumah along memang tak beramik sebab aku malas. Datang-datang jea aku terus terjah makanan. Bila dah nampak makanan lupalah segalanya. Buruk perangai sungguh minah nie sorang. Hehehe. Oklah jom tengok gambar dia orang bermain bunga api selepas perut masing-masing kenyang diisi. Masa nie baru semangat aku nak pegang kamera. :D
Ammar bermain bunga api dengan busunya. Adik asben yang last sekali.
Tengoklah kanak-kanak ribena nie. Busunya memang tukang memantau dan tukang melayan anak-anak buahnya.
Anak along yang 1st. Yang baju merah adik asben yang 2nd last. Aku dok dalam rumah takut nak tengok orang main bunga api. Mercun lagiler. So baik dok dalam rumah.
Beranilah nak pegang-pegang. Mainlah korang yea.
Ok, beralih kepada tajuk kedua iaitu makan ikan bakar. Raya ketujuh
Mithalinya achik ammar nie. Dia dah habis makan tolong aku jaga ammar. Sebab mak ammar nak menikmati makanan. Hehehe..
Tengok tue. Bersungguh-sungguh ammar makan dengan achiknya.
Biras aku bersama anaknya dan anakku. Hehehe..Biras aku a.k.a mak uda adriana.
Kami iaitu anak, menantu-menantu dan cucu-cucu.
Inilah meja yang kami duduk. Kalau sebelah asben memang ramai. Ini pun tak cukup korum sebab along tak dapat nak datang. Anak dia yang kecil demam. Along hantar wakil 2 orang anaknya.
Adriana sibuk jea main game. Sekarang tak boleh tinggal Ipad atau tab aku.
Last picture from us, gambar my lovely family. Kali nie aku kena jadi photoG sebab asben nak bergambar pulak. Love them so much!!!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..