Wednesday, August 8, 2012

~Iftar With My Lovely 3A~


Isnin lepas, kami berempat berbuka di luar.  Sebab aku malas nak masak.  Penat rasanya dan badan sakit-sakit.  Kaki kejung.  Semua dirasanya.  Letih masak masa hari ahad tue tak hilang lagi.  Itulah sebabnya hari isnin aku ajak asben makan kat luar.

Jadi balik kerja tak adalah aku kelam-kabut nak balik amik anak-anak aku then rushing balik rumah sebab nak masak.  Petang tue boleh balik secara bersantai-santai.  Aku siapkan anak-anak aku kat rumah mak aku.  Balik rumah aku sorang jea yang nak bersiap.  Tunggu asben balik dalam pukul 7 malam baru keluar rumah tapi kita orang berbuka dekat kedai berhampiran dengan rumah.  Malas nak pi jauh-jauh.  Kita orang makan dekat Restoran Berkat Salam Bukit Katil.  Korang tahu tak??Ada sesiapa pernah makan??Orang Melaka mesti ada yang pernah kot.

Ammar macam biasa kena duduk dalam baby chair.  Ini pun tak reti dah nak dok diam.  Pening kepala mama.  Bagi makanan baru diam yea.  Mulut sentiasa nak mengunyah.   Kuat makan mamat sorang nie.  Masa pregnantkan ammar memang aku kuat makan. 

Inilah tempat kami menjamu selera untuk iftar isnin yang lalu.

Minum susu pulak budak nie.

Mama dan kakak nana. 

Inilah set yang kami order.  Ikan siakap sweet sour.

Tom Yam.

Kerang rebus kegemaran adriana.

Sayur kailan.  Ada lagi telur dadar untuk set ini dan jugak air apple asam boi.  Set yang kami order untuk 2 orang berharga RM38.00.  Tak habis bungkus bawak balik untuk makan sahur.  Hari itu memang hari cuti aku untuk memasak.  Aweesome!!!:D






                                                                                                                      

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..