Tuesday, August 28, 2012

~Cerita 1 Syawal Lagi~

Assalamualaikum...Kembali bersambung untuk menceritakan kisah 1 Syawal aku lagi.  Mencari mood yang hilang untuk berblogging sebab badan tak berapa sihat.  Sakit kepala, mual dan jugak sakit perut akibat salah makan.  Tang mual jangan disangkakan mengandung pulak.  So bila badan tak sihat mata nie nak terkatup jea.  Balik rumah siapkan apa patut lepas tue terus beradu.  Cerita memang banyak nak diceritakan.  Gambar memang menimbun jugak sampai pening nak pilih.

Kesinambungan cerita 1 Syawal dari SINI lepas dah settle hal di rumah, bersalaman, bermaafan, menziarah dan melayan tetamu kami terus keluar ke rumah mak long di Malim Jaya.  Kalau tak keluar rumah nanti memang tak dapat bila orang dah ramai datang.  Pagi-pagi raya memang mak nak jumpa mak long.  Satu-satunya kakak yang mak ada.  Aku ikut sekali sebab sebelah petang dah nak balik rumah mil pulak.  Jomlah tengok gambar-gambar aku dan keluarga di rumah mak long.  Bila sudah kumpul ramai-ramai maka gambar memang banyak.  Sampai nak pilih pun jadi pening.

Ini kita orang baru jea sampai.  Kesian Nayli kat bawah tue.  :D

Bergolek-golek pulak adik aku tue.  Penat masak ketupat kot.

Aksi-aksi gedik manja daripada mereka.

Sedang menjamu selera.  Aku nak gak enterframe.

Dah lama tak bergambar berdua.  Seiras tak kami??Tengok betapa solehnya laki aku teman bini makan.  Mana bini dia tak gemok.  Bini makan laki tukang tengok.  Kahhh

Kami bergambar lagi.  Aku dan anak buah aku memang tak boleh kalau tak bergambar.

Gadis bunga dan mak bunga.  Boleh tak?

Kan dah kata.  Bergambar lagi.

My mom dan mak long.

Adriana dan obek wati. 

Bergambar sebelum balik.  Tapi tak cukup korumlah dalam gambar nie.  Ada yang kat depanlah yang adik ipar aku tidurkan anak dia.  Itu apa hal pulak laki aku tue.  

Dari rumah mak long aku terus balik rumah mil.  Asben nak ziarah pusara arwah ayahnya pula.  Otw balik rumah mil ammar sampai tertidur sebab kepenatan agaknya.  Mana taknya pagi-pagi dah dikejutkan bangun.

Ini aksi mamai daripada ammar.

Last picture for 1 Syawal, aku bergambar dengan mom in law dan adik ipar aku.  Tengoklah ammar tue.  Cute pulak aksi dia.  Maknya poyo puji anak sendiri. :D

Oklah sekianlah rentetan perjalanan cerita aku dan family untuk 1 Syawal.  Raya aku biasa-biasa saje tapi meriah dan masih dalam bersederhana. 







                                                                                                                         

2 comments:

  1. u look blue lew...

    ala ok lew tu , en somi teman kan cik isteri makan ... cik isteri senang ati , tup2 termakan lebey aci gitu ?

    ReplyDelete
  2. apen jaga badan. amik bau makanan yg dimakan fida :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..