baju tidur jea pun yang sedondon tue. Baju tidur pun nak sedondon kan. Kejaan akulah nie. Baju yang aku tak habis jual memang jadi baju anak-anak akulah dan sekarang jadi baju Nayli juga. mana ada size-size dia orang memang selamatlah. Daripada terbiar saje baju-baju itu baik aku pakaikan dia orang baju tue. Aku dah tak larat nak jual baju sebab kekangan masa bila duduk di rumah sendiri. Sekarang sudah beralih arah dengan hobi baru iaitu baking. Nantilah bila datang mood berbusiness aku jalankan semulalah. Buat masa ini biarlah dulu.
So semalam lepas anak-anak aku mandi aku pakaikan baju tido yang sama. Lepas tue aku suruh adik ipar aku salinkan nayli baju yang sama. Layanlah peel kakak ipar nie erk. Hehehe. Motif suruh salin nak bergambar jea.
Nayli si bam bam. Bulan nie 23hb genap 4 bulan usia nayli.
Inilah 3 orang cucu-cucu mak ayah aku.
Tengoklah mereka bertiga. Risaukan ammar tido tepi nayli. Kang ada pulak kena hempap si nayli tue. Aku suka tengok budak-budak pakai sedondon. Kalau boleh adriana dan ammar pun nak sama tapi agak-agakler takkan aku nak suruh ammar pakai gaun macam kakak. Setakat t-shirt sama bolehlah dan seluar jeans.:D
cumilnya pakaian sedondon
ReplyDelete