KL tue bukan Kuala Linggi yea (office asben) tapi kami ke Key El iaitu Kuala Lumpur. Pada mulanya bercadang nak bermalam di KL tapi tak jadi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Makanya kami balik hari aje. Cerita minggu lepas baru dapat cerita hari nie. Kami ke KL untuk menghadiri perkahwinan sepupu. Sebelum nie kakak dia buat majlis di Kelantan. Nasiblah kali nie majlis adiknya buat di KL. Dekat sikit. Kalau buat di Kelantan tak sampai kot. Jauh bebenor.
Bertolak pagi dari Melaka dalam pukul 9 pagi. Macam biasa ada drag masa yea. Faham-faham sudahlah bila nak kemana-mana mesti ada drag masa. Pukul 8 jadi pukul 9. Hehehe...Sampai kl dalam pukul 12 tengahari. Ok jom tengok gambar.
My kids duduk di belakang bersama neneknya.
Aku haruslah jadi co-pilot.
Setibanya kami di tol sg. besi.
Berkonvoi dengan adik aku si savvy biru.
Sudah sampai di dewan. Lupa pulak nama dewan tapi di Batu Caves.
Adriana kelaparan.
Kami yang sedang menikmati makanan.
My lil brother dengan ayah aku.
Pelamin pengantin.
Inilah pengantinnya yang sedang diarak ke dalam dewan.
Pengantin sudah berada di pelamin.
Sebelum pulang bergambar dulu bersama pengantin.
Lepas dari majlis kami ke sini. Cer teka???Di manakah ini?Tak beli apa pun dan pendek kata tidak memborong yea.
Sampai melaka singgah makan dulu. Kelaparan. aku makan roti nan.
Punyalah berjalan jauh makan kat Melaka jugak. Dekat dengan rumah pulak tue.
Ammar pun dah letih. Lepas makan kami terus balik rumah. Letihnya macam aku yang drive. Bukan jauh mana pun KL aje. Tapi handle 2 orang budak nie bila traveling memang penat. Penat badan dan penat suara sebab menjerit. Biasalah budak-budak. Tapi tetap enjoy!!!!
wah syok dtg kl jimba2 yeee
ReplyDelete