Tadi aku tunjuk gambar juadah untuk berbuka semalam. Sekarang aku letakkan resepi Nasi Limau Purut yang aku masak semalam. Ini kali kedua aku mencubanya. Yang pertama dulu aku tak sempat nak masukkan dalam blog aku ini.
Oklah sesekali tukar selera daripada makan nasi putih jea kan. Bolehlah mencubanya pada sesiapa yang ketandusan idea nak masak apa untuk berbuka nanti.
Sebelum mula memasak jangan lupa bahan-bahan utamanya. Ini pokok daun limau purut. Aku ambil di rumah aku. Asben tanam di sebelah rumah. Senang kan. Nak masak petik aje. :D
Ini sewaktu proses memasak nasi.
Tadaaa...Inilah rupa nasi limau purut aku yang telah siap di masak dan dihidang bersama sambal ayam dan sayur kobis. Hidang macam ala-ala masterchef. Hehehe...Kat bawah aku letakkan resepinya yang aku amik dari blog Ana Suzana. Dia banyak memberi ilham pada aku tentang masakan. Aku copy paste di sini semula.
NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul
2 sudu besar margerin ~ aku gabungkan dgn sesudu minyak sapi sekali1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut ~ aku letak 6 keping.. sbb lg wangiii..
Garam secukup rasa
500 ml air ~ yg ni aku tak ikut sbb jumlah air bergantung pd beras yg kita pakai
125 ml pati santan ~ aku ganti dgn susu cair ideal je nak kurangkan berlemak
1 sudu besar stock ayam ~ aku ganti dgn seketul kiub ayam knorr
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya ~ aku pakai beras wangi je
4 titik pewarna hijau
Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..