Nak cerita pasal berbuka pada hujung minggu yang lepas. Asben sudah selamat berada di rumah dan kami empat beranak sudah kembali bersama. Macam tinggal berapa lama pulak. Padahal 2 minggu jea. Penat ulang-alik seorang diri sebenarnya menguruskan diri sendiri dan anak-anak.
Oklah cerita hari sabtu, kami berbuka puasa di rumah mil aku. Selagi tak habis bulan Ramadhan selagi itulah blog ini akan dipenuhi dengan kisah makanan, berbuka di mana, masak apa atau sebagainya.
Balkis yang takut dengan orang. Memang tak nak dengan orang lain langsung.
Balkis dengan abangnya. MIL aku sudah ramai cucu. Yang lelaki nie cucu sulung mil aku.
Tengok tue kanak-kanak ribena di rumah mil aku. Macam-macam perangai. Ammar tue.
Sebahagian makanan yang sudah terhidang.
Betapa ramainya keluarga sebelah asben aku kan.
Semalam tak berbuka di mana-mana. Kita orang hanya berbuka di rumah. First day berbuka di rumah sendiri. So macam biasa bila aku kat rumah dapatlah aku masak sedikit untuk juadah berbuka. Simple jea pun. Inilah antara juadah semalam yang aku masak.
Sayur goreng.
Ikan bawal aku masak tiram. Main campak-campak jea.
Sambal udang petai. Petai makanan kegemaranku. Tapi jenuhlah bila makan petai nie kan.
Yang ini beli aje. Aku teringin nak makan kuih pelita. Asben beli di param.
Asben memang tak tinggal dengan murtabak. Feveret dialah.
Makanan yang sudah terhidang.
Dalam pukul 7 tue jiran sebelah rumah pulak bagi 2 makanan ini. Kurma ayam dan yee mee basah. Mengah-mengahlah kita orang makan. Kena masak best sikit nie nak pulangkan balik mangkuk orang sebelah. Tunggu hujung minggulah nampaknya.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..