Sebelum aku ceritakan kisah aku di Penang, nak cerita pasal aku semalam dan anak-anak yang ditinggalkan oleh asben. Hari selasa malam aku telah selamat sampai ke rumah setelah diterbangkan dari Penang bersama penerbangan MAS. Sampai KLIA sudah ada yang menunggu. Driver dah tunggu aku. Macam besar sangat pangkat sampai ditunggu.
Hari isnin masa aku di Penang aku sudah dikhabarkan oleh asben yang dia kena bertugas di luar kawasan. Masa tue tak amik port lagi. So bila sampai rumah asben kata dia kena lapor diri semalam (rabu) di Selangor selama 2 minggu. Means, bulan posa nie aku berposa 3 beranak ajelah. Nasiblah mak ayah dok dekat dengan aku. Mulalah melayan perasaan macam mana nak laluinya seorang diri tanpa suami di sisi. Malam tue aku kemaskan beg asben yang nak dibawak, beg aku belum lagi berkemas dah kemas beg asben pula. Berganti-ganti pulak. Aku balik hari selasa dan asben pegi hari rabu.
Kalau bukan bulan posa mungkin tak terasa sangat. Aku tinggalkan asben 5 hari jea tapi dia tinggalkan aku berminggu-minggu. Kata asben lagi seminggu nak raya dia balik. Ini bermakna aku kena siapkan segala keperluan untuk raya. Kalau asben balik pun hujung minggu jea. Kalau asben dapat balik. Nak, tak nak terpaksa aku laluinya jugak.
Semalam pagi-pagi lagi kami sudah keluar rumah seawal jam 6 pagi. Aku kena hantar asben ke officenya di Ayer Keroh. Aku siap-siap jugak untuk ke kerja. Senang sikit. Lepas hantar asben aku hantar anak-anak aku ke rumah mak then berdesup ke kerja. Memang independent aje aku nie dari minggu lepas. Ke Penang tempuh naik flight sorang-sorang dan sekarang bila asben outstatiom kena lagi berdikari sendiri bersama anak-anak.
Masa nie jam 5 lebih pagi. Kita orang tengah bersiap-siap budak 2 orang nie pun terjaga. Adriana tak lain dok layan Ipad. Berebutlah dengan ammar. Aku senang jea selalu cakap "Nana tak share dengan adik mama buang Ipad tue." Garang tak aku???Huahuahua...
Time nie aku dah lepas hantar anak-anak aku. Gelap lagi masa nak ke office. Masa nie dah dekat nak pukul 7 pagi pun. Motif amik gambar saje jea nak tunjuk awal lagi..Bukan nak tunjuk minyak full yea..Hehehe...Sebelum pegi asben dah tuangkan full yea minyak kete aku. Time kasih bang. Itupun asben kata minyak full kang aku dok berjalan aje kejenya. Hehehe...
Dah terang sikit dah masa nie. Sempat lagi amik gambar. Masa nie pun kete dah banyak dan nasib baik aku sempat sampai di office sebelum pukul 7.30 pagi.
Balik kerja pukul 4.30 petang terus balik rumah mak aku dan amik anak-anak aku. Aku balik rumah aku. Saje nak belajar berdikari duduk di rumah sendiri tanpa asben. Pagi tadi seawal pukul 6.30 pagi aku sudah keluar rumah untuk hantar anak-anak aku ke rumah mak aku. Tapi itu pun aku dah sampai lewat hari nie. Memang mencabar pagi nie kemas beg anak-anak aku, masukkan beg dalam kete, buatkan susu, tukar pampers ammar, kejutkan adriana masuk dalam kete, cek apa yang patut sambil dukung ammar, ehhh segala macamlah tadi pagi. Rasa macam berlumba lari pagi tadi tapi alhamdulillah masih berjalan dengan lancar. Semoga apa yang aku lakukan sepanjang ketiadaan asben aku dapat berjalan seperti biasa. Nasiblah aku sudah berkereta dan tahu memandu. Kalau tak???Apa jadi dengan aku?Asben susah hati aku lagi susah hati. :D
sejak ada akil , huby x penah lg outstation ... legaaa..
ReplyDelete