Salam semua.
Hari jumaat yang pertama pada bulan yang baru dan juga entry pertama daripada aku untuk bulan Jun yang awesome. :D Semoga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam. InsyaAllah. Apa-apa pun bulan Jun adalah sangat bermakna buatku sebab Jun adalah bulan kelahiranku. Aku juga berkongsi bulan kelahiran sama dengan ayah aku, mak long aku serta mak mertua aku. Ada juga kawan-kawan sekolah aku yang berkongsi bulan kelahiran dengan aku juga.
Dengan melangkahnya ke bulan yang baru ini aku bakal akan bertambah usia aku lagi. Dan ini adalah tahun terakhir aku berusia 20-an. Kalau dipanjangkan umur tahun depan aku bakal bergelar 3 series. Semoga bulan nie membawa seribu satu makna dalam hidupku. InsyaAllah...
Semoga bulan ini menjadi bulan yang awesome...Hikhikhik...Pls ya!!!
Hari ini adalah hari lahir mak long aku (kakak mak aku) yang ke 69 tahun. Semoga mak long diberi kesihatan yang baik hendaknya. Gambar bawah ini adalah mak long aku bersama adriana. Ada jugak koleksi gambar maklong kat komputer aku nie. Tapi gambar tahun bila aku pun tak ingat.
Tak lupa juga ucapan buat oficemate aku yang menyambut hari lahirnya hari ini iaitu En Azmezan Yahya dan juga buat Syaqib anak officemate aku Zila yang sudah setahun.
Note>>Agak-agak esok ada surprise ke daripada asben aku??Aku dah biasa da..:D Ada tak bang??
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..