Morning. Aku lambat nak buat entry mengenai hari guru. Sekarang masa terhad sikit nak update blog. Orang lain dah buat entry untuk hari guru aku barulah nak post hari nie. Setiap tahun 16 Mei kita akan menyambut hari guru. Dah lama tinggalkan zaman sekolah dah lupa tentang hari guru. Bila adriana ke tadika barulah aku amik tahu semula. Sempena menyambut hari guru pada hari ini aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh malaysia, buat kawan-kawan aku yang bergelar pendidik serta guru-guru aku yang pernah mengajar aku dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pensyarah di Politeknik.
Aku ingin dedikasikan ucapan Selamat Hari Guru buat guru yang pernah mengajar aku pada suatu ketika dulu di sekolah-sekolah berkenaan dari tadika hingga ke politeknik.
1) Cikgu di Tadika Sacret Heart
2) Cikgu di Sekolah Rendah Convent Infant Jesus (1)
3) Cikgu di Sekolah Menengah Infant Jesus Convent
4) Pensyarah di Politeknik Ungku Omar
Kat bawah adalah gambar-gambar kenangan yang aku ambil bersama cikgu-cikgu sekolah aku 12 tahun yang lepas yang pernah mengajar aku.
Bersama Cikgu Rokiah. Ajar sejarah.
Cikgu nie aku tak ingat pulak namanya. Tapi aku ingat dia ajar Matematik masa form 4.
Bersama cikgu Hayati. Cikgu nie ajar sejarah masa aku tingkatan 4 dan juga 5.
Cikgu-cikgu nie pun aku dah tak ingat namanya. Masa nie bergambar sebab dah nak habis sekolah form5 jadi memang bergambar sakan dengan cikgu-cikgu.
Yang ini bergambar dengan cikgu Foo. Cikgu bm nie.
Ini gambar aku masa form 1 bergambar dengan guru kelas aku Pn Kalsom.
Yang ini gambar kelas masa form 2 dengan guru kelas Pn Rosmani.
Ini gambar masa form 3 dengan guru kelas Mrs. Foo.
Yang ini gambar masa di Politeknik dengan pensyarah kelas.
Terima kasih kepada cikgu-cikgu saya yang mendidik saya. Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di luar sana.
tadika sacret heart kat banda hilir, kan? sama ler kita. tapi aida senior ler, tahun 1984 :) baju kaler ijau, tak berlengan, kan?
ReplyDeleteOh... boleh tahan cikgu fida yg ajar BM tu bangsa cina...
ReplyDeleteSeronok mengenang zaman sekolah:)