Jeng jeng jeng.. Kisah untuk ahad lepas. Kami ada aktiviti untuk girls aje yea. Men are not included. Hahaha. Pi jusco bandaraya jea pun dan aktiviti kami adalah lepak dan makan aje sebab masa adalah sangat terhad. Yang lain tue bolehler aku dan adik ipar aku kenalah beringat-ingat dengan orang yang ditinggalkan di rumah. Hikhikhik..
Adik ipar aku bujang seketika untuka beberapa jam dan aku dah tentu-tentulah kena bawak kids aku tue. Mana boleh tinggal. Ada papa dia orang jadi tarzan pulak. Biar mama jea jadi tarzan papa kena jaga suara. Hehehe..Pagi tue aku mesej adik ipar aku nak ikut ke tak. Dia reply nak dan aku kenalah amik dia dulu kat rumah mak aku.
Lepas amik adik ipar aku, aku terus ke sentral sebab nak amik anak buah aku yang baru balik dari Uitm Shah Alam. Kereta punya banyak. Adoilah. Nasib bawka kete auto kalau manual mahu kena hon dok mati enjin. Dia sampai dalam pukul 3 petang tapi aku tibe kat tempat kejadian lewat. Tungguler yer. Dari sentral aku ke Malim pulak nak amik adik-adiknya yang lagi 2 orang. Baru cukup korum anak-anak aku. :D
Selepas itu mulalah sesi membawa anak-anak sendiri, adik ipar dan anak-anak buah aku yang gila bergambar nie sampai aku pening nak pilih dan edit gambar dia orang yang kat bawah nie. Kami ke Jusco Bandaraya. Parking penuh kat bawah yea. Sila naik ke parking atas. Ok tarik nafas. Hehehe..Selamat jua sampai ke parking atas bumbung dan selamat dapat parking. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya kepada orang yang baru drive beberapa hari nie. Amaturlah katakan.
Oklah lepas itu mula sesi pusing-pusing dalam Jusco. Jom tengok gambar kami yang banyak. Korang, bibik nak muntah ok nak pilih dan edit gambar.
Inilah kmai yang baru turun dari parking. Cari troli sebab nak tolak 2 orang budak nie. Aku dok sibuk dengan hp. Tuelah tinggalkan laki kat rumah. Nak buat laporan bini sudah selamat sampai. :D
The only one boy yang join kami. Haruslah kan. Ada aku kisah. Mana mama ada mesti aku ada. Tapi hari tue ammar moody. Masa nie badan dia dah rasa panas. Aku barulah nak bawak dia buat hal pulak. Sudahnya berkepit dengan mama jea. Dengan orang lain dia tak nak!!Nasib dengan adik ipar aku dia nak jugak. Kalau tak patah pinggang mama. Masa nie ammar nak lagi duduk dalam troli sebab masa nak balik dia langsung tak nak masuk. Berdukung jealah kejenya.
Telefon asben tak dapat-dapat.
Bergambar sambil bertelefon.
Masa nie dalam lif nak pi mana aku pun dah lupa. Nak turun ground floor rasanya. Betullah masa nie memasing dah tak sabar nak makan.
Gambar atas : Amirah (Kak Long) dan adiknya Dibah.
Gambar bawah Afiqah dan Adriana. Budak berdua nie memang rapat bila berjumpa.
Afiqah dan Adriana.
Oleh sebab ammar tak nak dengan orang lain jadi aku kenalah duduk aje berkepit dengan dia.
Nampak tak siapa yang order makanan? Adik ipar aku, mira dan dibah yang pi order.
Bila makanan sudah sampai di atas meja haruslah menjamu selera. tapi sebelum tue kita bergambar dulu. Iqah yang snap gambar nie yea.
Wajah-wajah kesayangan aku.
My doter yang sekarang kuat makan.
Ammar sudah mula merengek. Mamanya maintain bergambar jea. Kalau papa ada dah dapat dah ayat dari papa. 'Tak habis-habis bergambar." Mestilah kan. Kang dia jugak suruh amik. Katanya "Tak amik gambar ke nak masuk blog nanti." Hehehe
Lepas sudah mengisi perut kami semua kami ke supermarket nak beli barang sikit. Kak long tolak adriana jealah sebab ammar dah aku dukung.
Suka tengok gambar-gambar nie. Masa nie dia orang tengah tunggu aku. Sempat lagi bergambar erk.
Siapa yang amik gambar nie???Memang nak kena. Nasib jalan sopan.
Nie dekat area supermarket. Nak bayar punsempat bergambar. Adoooyaiii..
Anak aku pun sama suka bergambar. Tengoklah maknya kan??Hikhikhik
Sebelum balik bergambar lagi. Kalau tak datang dengan korang tak ada bibik bergambar kat depan-depan market nie tau.
Mereka lagi.
Gambar dalam lif nak ke parking. Nasib tak ada orang lain. Bolehlah buat pose sesuka ati. Aku kenalah pose dengan boy aku tue yang tengah moody.
Seronok nau ka?
Nak menangis ke apa nie Dibah???
Kemudian bayar tiket parking dan balik. Ini gambar dia orang dalma kete. Aku tak boleh nak bergambar sebab tengah drive. Kena tumpu sepenuhnya. Poyo aje.
Itulah cerita kami bila dapat berkumpul beramai-ramai. Seronok bila semua ada. Sesekali berkumpul beramai-ramai bersama anak-anak memang syok. Hujung minggu nie masing-masin dah balik U. Dibah pulak akan lapor diri di Uitm Shah Alam. Bila semua ada nanti kita gathering lagi yea.
Note>>>Ada apa-apa celebrate tak untuk besday nenek jumaat nie??Jangan lupa sekali untuk besday hari sabtu tau??Hikhikhik
meriah btl kluar beramai-ramai ni.. opssssss.... ammar sorang j kumbang tuh... y lain sumenyer bunga
ReplyDelete