Hari ini orang Melaka masih bercuti sempena hari Melaka Bandaraya Bersejarah semalam. Maknanya hari nie last cuti dan esok sudah bekerja. Esok memang confirmlah mood aku ke laut terjunam. Memang yakin sangat-sangat dengan diri ini. Nak-nak aku cuti 4 hari since friday sebab last friday aku el ammar demam. So esok kena amik mood untuk memulakan segala kerja-kerja di opis setelah 4 hari bertungkus lumus di rumah.
Oklah berbalik pada tajuk entry, hari ini aku tak kemana-mana cuma bersantai bersama anak-anak di rumah. Hari ini adalah sedikit kerajinan untuk membuat sesuatu. Lagi pun aku nak pulangkan bekas jiran sebelah. Takkan nak pulang pinggan kosong jea kan. Kang ada pulak jiran aku nyanyi lagu kosong najwa latif tue. Hikhikhik..
So macam biasa tengok bahan-bahan di dapur semua mencukupi. Aku pun decide nak buatlah. Tapi kena tidurkan my lil boy dulu sebab dia masih lagi merengek, nak berkepit aje. Demam dia dah ok dah. Cuma masih lemah badan. Pagi tadi bagi ubat antibiotik dia yang perlu dimakan dalam masa 5 hari. Settle tidurkan ammar dengan menyanyi lagu-lagu dari suara merdu aku akhirnya dia pun tertidur. Hehehe. Tertidur sebab penangan ubat atau tak tahan dengan suara mama yang sedap aku pun tak tahu. Kahhhhh..Ok2 dah ke laut..
Berbalik semula, aku pun mulalah kerja-kerja di dapur. Ammar sudah tidur bolehlah bersilat di dapur dengan penuh konsentrasi. Kena fokus ok. Nanti tak jadi. Tapi masih jadi tarzan pada si kakak tue. Tak apa nana masih boleh dikontrol. Keje dia kalau kat dapur nak tolong mama basuh pinggan. Sebenaunya nak main air dan sabun. Kalau dia basuh axion aku tue dari penuh boleh jadi separuh!!!Kayap papa tue nanti.
Tengah-tengah buat kerja di dapur ammar dah jaga. Tapi dah nak bakar kek dah. Bawak ammar ke dapur dan abis dia bongkar laci dapur aku. Barang-barang kuih kejap di bawak keluar kejap di bawak masuk. Aku diamkan aje asalkan dia tak merengek sebab aku nak settle keje secepat mungkin.
Oklah jomlah kita tengok apa yang aku buat untuk minum petang tadi.
Tudia...Apam Polkadot. Mood mengedot dan mengukus lagi. Nana yang pilih warna. Nak warna biru dan ungu.
Dan yang ini pulak butter kek. Aku memang nak try buat butter kek. Kalau tak cuba mana nak tahu sedap ke dak, jadi ke dak buat sendiri kan.
Ini kes kurang kesabaran. Dah sempat nak sejukkan aku dah ptong kek itu. Nak cepat rasa dan nak tengok hasilnya. Itu yang tak cantik bila dipotong. Janji masuk perut sudah. Berbalas jugak pinggan orang sebelah dengan apam polkdot dan butter kek hasil dari air tanganku. Alhamdulillah kenyang kami seisi keluarga untuk minum petang tadi. Sekian entry malam ini untuk cerita siang tadi. Bersambung...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..