Monday, April 30, 2012

~Semalam Masak Simple Jea~

Semalam aku masak simple jea.  Bila datang malas apa pun tak boleh.  Lagipun asben nak makan lauk paprik.  Itu pun masak lambat sebab kenyang makan pagi.  Makan pun dekat nak pukul 4 petang.  Makan tengahari sekali makan malam.  Lepas sarapan golek-golek depan tv tengok rancangan JJCM dan Melodi.  Barulah rasa nikmat berhujung minggu.  Asben tak keje jadi bolehlah berehat-rehat.  Kalau dok bertiga kat rumah memang tak sempat nak menonton tv sebab semua benda nak buat.

Semalam asben tak keje jadi adalah orang yang membantu.  Dapatlah bergolek-golek sakan di rumah bersama asben dan anak-anak.  Dah lewat sikit baru masak dan aku terus bersilat di dapur membuat kek.

Inilah dia masak paprik hasil dari air tanganku.

Dan yang ini telur dadar yang didadar oleh asben aku.  Ini jealah lauk kami semalam.  Simple menu janji kenyang.  Inilah dia kalau datang mood malas.  Semua kerja tak jadi.





                                                                                                                    

2 comments:

  1. janji kenyang kan..sedap paprik tuh..:P

    ReplyDelete
  2. simple tapi rasanya sedap ...makan nasi panas2 dah cukup menyelerakan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..