Friday, April 6, 2012

~Ini Lady Bird Bukan Angry Bird!!!~

Angry bird nie kepunyaan anak-anak aku.  Satu untuk adriana dan satu untuk ammar.  Sebelah kiri ammar punya dan sebelah kanan adriana punya.  MIL aku bagi dia orang beli masa pi ayer itam.  Itu pun masih berebut.  Macam biasalah si kakak mesti nak adik punya.  Padahal dah sama-sama ada.  Pening mamanya.  Kalau sudah berebut haruslah mama jadi tarzan. :D

Kisahnya pasal angry bird nie.  Aku memang dah beritahu adriana yang ini Angry Bird.  Esoknya nana pun cite pada nenek dia iaitu mak aku.  'Nek, kat umah nana ada Angry Bird.'  Mak aku manalah tahu pasal angry bird nie.  Jadinya mak aku cakap pada nana.  "Bukan angry birdlah, Lady Bird'.

Jadinya, bila kat rumah aku tak tahu cerita lagi.  Lepas dah abis main-main aku suruh nana kemas mainan.  Aku cakaplah 'Nana, kemas sekali angry bird tue.'  Nana pun jawab 'Ma, ini bukan angry bird.  Ini lady bird.'  Aku pun kata 'Bukan..Ini angry bird.  Lady bird lain.'  Bertekaklah kami dua beranak.  Aku tanya pada dia siapa cakap ini lady bird?  Nenek yang kata ini lady bird.  Memang patutlah mana mak aku tahu kan kewujudan angry bird nie.

Esoknya pi rumah mak aku, aku ceritalah pada mak aku pasal angry bird nie.  Mak aku ceritalah pada aku yang nana cite pada mak aku.  Mak aku ingat nana nak cakap pasal lady bird.  Geli hati dibuatnya.  Mak ajar lain, nenek ajar lain.  Mak aku kata manalah mak tahu.  Hikhikhik...




                                                                                             

3 comments:

  1. Lepas ini cucu mesti ajar nenek tentang angry birds ini...

    Dulu kakak beli 2 ekor satu hitam satu merah macam ini fida tahu berapa - RM80/- masa baru-baru keluar.

    ReplyDelete
  2. hehe last2 mamanya jadi angry jugak..nurulpun selalu gak jadik tarzan=)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..