Esok 21 Mac penuh debaran buat kami sekeluarga. Over pulak aku nie. Hihihi. Hari perjuangan dan penantian daripada dua orang dalam family aku. Sememangnya kini aku resah menantikan hari esok. Nak buat keje pun tak ada mood. Mood tak sabar, berdebar, takut, risau dan gembira.
Apa yang pasti mungkin salah satunya debaran yang aku lalui semua orang sudah tahu esok apa yang berlaku?Esok keputusan SPM akan keluar. Macam aku pulak kan nak amik resultnya. Kisah aku sudah lama berlalu 12 tahun yang lalu. Rupanya dah lama aku tinggalkan zaman sekolah aku kan. Oklah sebelum merepek ke lain berbalik kepada tajuk.
Debaran pertama sebab esok anak buah aku akan amik result SPM di Sek Men Sains Rembau. Bibiknya iaitu aku lebih over yea. Berdebar,debar jantungku berdebar...Hehehe...Harap keputusannya success!!!!
Inilah dia orangnya, Miss ADibah. Memang rapat dengan aku sejak kecil lagi. Sejak mula merangkak sudah rapat. Hehehe. Suka berangan, melukis, suka makan spageti (nak yang western aje), menyanyi tapi mesti lagu omputih, gila-gila apa lagi dibah????. Yang penting kami sejiwa dalam menjadi blogger!!!Blogger ke aku??Heheheh..Sudah request sesuatu dengan aku. Kalau result success suruh aku masakkan spageti untuk dia. Kan dah bagitau. Nak yang western aje. Ok2, kalau result ok bibik buatkan apa yang ko request. Hehehehe..Jangan mintak yang bukan-bukan udahler.
Oklah untuk debaran yang kedua pulak kisah adik ipar aku. Why with my sis in law?Esok my sis in law kena admitted. Aku lagi yang berdebar. Tarikh due dia 22 Mac nie. Tapi sebab dia ada diabetic doktor suruh admit esok untuk induce. Haruslah kami berdebar. Apa-apa pun yang penting semuanya selamat.
Aku dengan adik ipar aku, Nor Faezah. Dia pun sedang dalam susah hati tue. Paham bebenorler kan. Kita yang dah pernah melaluinya pasti paham perasaannya. Waktu-waktu macam nie semua susah hati kan selagi tak bersalin. Macam-macam dalam benak nie dok pikir macam manalah saat-saat bersalin nanti. Sudah pesan jangan susah hati sangat kang darah pulak naik. InsyaAllah semuanya dipermudahkan. Apa yang penting sentiasa dengar apa yang nurse atau doktor suruh kita buat. Aku dah kecut perut. Hehehe...
Oklah kengkawan, doakan buat anak buah aku dan adik ipar aku yea. Semoga anak buah aku akan mendapat keputusan yang cemerlang dan buat adik ipar aku semoga selamat melahirkan anak sulung dan selamat semuanya. InsyaAllah, tak lama lagi dapatler aku anak buah yea. Sayang korang!!!!
memang penuh debaran 2 perkara ni... aida faham hati mereka berdua yg sedang berdebar... pernah melalui nyer (chewah!)
ReplyDeleteaida>>>sape yang pernah melaluinya pasti akan paham bukan...berdebarnya...hehehe
ReplyDelete