Wednesday, January 4, 2012

~Bertandang Ke Rumah Pengantin Lelaki~

Last entry for the wedding.  Akhirnya cerita kami bertandang ke rumah pengantin lelaki pada 1 Januari 2012 yang lepas.  Sebelum aku ceritakan kisah adriana ke tadika, baik aku fokuskan kepada entry ini.

Ahad ari tue kami menjadi 'orang sebelah'.  Tak jauh pun.  Rumah pengantin lelaki masih dalam negeri Melaka.  Kat bachang jea.  Pada mulanya aku tak nak ikut sebab dah tak larat nak handle budak 2 orang tanpa asben.  tapi hari tue asben aku tak koje.  Entah datang angin kus-kus mana agaknya dia mengajak aku menjadi 'orang sebelah'.  Oklah, dah diajak baik pegi jea kan. 

Tanpa membuang masa, mari kita lihat beberapa keping gambar yang sempat diambil. 

Inilah rombongan daripada pihak perempuan.

Nana and her grandma.
Pengantin mula diarak dengan paluan kompang.

  Nampak tak dimana kami??Aku dan adik ipar.

  
Kami hanya bersantai di luar saja.  Abaikan beg aku yang besar gedabak tue.  Baru 2 anak beg dah macam tue besar.  Senang sikit nak letak apa barang termasuklah barang papa yea.

Penganting bersanding.

Seperti biasa menunggu turn untuk menepung tawar.

 Da standby pulak mak aku.

 Kakak sepupu aku bersalaman dengan mak aku.

Apa pulak yang dua beranak nie buat.  Boringler tue.

 Bergambar beramai-ramai.  Masa nie aku dah kat luar.  Malas nak masuk.  Adriana wakilkan aku jealah.

Kami sudah ada diluar.  Nak makan pulok.
Inilah meja pengantin.  Selepas makan asben aku ajak balik.  Lagipun cuaca hari tue tersangatlah panas.  Ammar dah merengek-rengek.  Tak sempat nak tunggu pengantin habis makan.  Kita orang makan cepat ke atau pengantin yang lambat makan.  Hehehe..:-)  Sekianlah entry untuk wedding cousin aku yang kami semua attend.  Ucapan daripada aku dan family "Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat".

Note>>Cerita adriana untuk 1st day ke tadika akan menyusul nanti.  Tunggu...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..