Dah waktu rehat. Seperti biasa tidak kemana-mana. Dok ofis jea. Kalau keluar kang banyak pulak belanjanya. Ada pulak yang tak patut dibeli terbeli pulak. Untuk mengelak keadaan itu berlaku baik aku dok ofis dan update blog. :-)
Tajuk aku tue macam terror jea buat header erk?Padahal sendiri punya pun terkial-kial nak buat. Aku buat guna photoscape jea. Yang biasa-biasa bolehlah aku buat. Aku cuma tolong buatkan jea. Dua orang kawan aku nie baru mula berjinak-jinak merpati dengan dunia blogger. Apa-apa pun moga sukses dan dapat kumpul nuffnang banyak-banyak. Ahaks..
Inilah dua header yang aku buat untuk officemate aku..Yang sorang aku pernah buat entry mengenai dia di SINI. Siapa lagi kalau bukan Kak Nisah kan. Lagi sorang Kak Zu yang baru jugak berminat dengan blog. hehehe.
1)Blog Kak Nisah
Inilah header untuk blog Kak Nisah. Sebab kak nisah tak suka sangat menonjolkan dirinya aku pun letak gambar anak-anak dia. Dia tak cakap aku pun dah tahu. Aku try jugak letak gambar Kak Nisah, dia boleh delete. Sabar jealah. Nasib dia tak suruh aku delete gambar dia dalm blog aku. hehehe. Orang lain semua nak letak gambar masing-masing dia pulak tak nak. Tak pelah itu kehendak dia.
2) Blog Kak Zu
Ini pulak blog Kak Zu. Dia tengok blog kak nisah dah ada header dia suruh aku buatkan satu header untuk blog dia. Nasib menepati citarasa dia pasal header yang aku buatkan untuk dia.
Itu jealah ceritanya. Aku pun masih belajar dan buka pro sangat pun. Aku minatlah jugak tang nak mereka-reka nie. Makan hari jugaklah nak buat header nie sebab banyak sangat iklan yang menganggu. Nasib belum pandai guna photoshop. Masih dalam pembelajaran. Terkial-kial lagi. Bila hilang sabar nak guna photoshop maka harus aku tekan butang CLOSE. Hehehe. Harap korang sukalah yea dengan header yang aku buat itu. Sekian.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..