Morning!!!Semalam memang busy sangat sampai tak ada masa nak update blog. Aku rasa semalam masa berjalan sangat pantas. Memang tak sempat nak buat benda-benda lain. Badan pun rasa letih jea. Perlukan tukang urutlah. So, semalam aku sempat masak 2 benda jea. Angel hair dan pizza. Mula-mula memang malas nak buat pizza. Tapi teringat cheese ada lagi sikit aku pun mengagahkan diri jugak untuk membuat pizza. Bila buat tak penuh semangat mulalah jadi lain kan. Moral of the story, kalau nak buat sesuatu perkara biarlah dengan kehendak hati kita.
Aku masak angel hair goreng nie banyak sebab nak pulangkan bekas jiran sebelah rumah aku. Minggu lepas kakak sebelah rumah bagi aku bubur kacang. Aku guna segala rencah yang ada di dalam peti sejuk.
Inilah pizza aku. Terdapat kekurangan dari pizza yang aku buat tempohari. Tapi aku ikut resipi yang sama jea. Mungkin masa aku buat nie tengah hujan kat luar. Jadi, aku nie pun mendung jealah kat dapur. Alasan!!!Kahhh..
RESIPI PIZZA
Sumber : DTS
Bahan-bahan DOH PIZZA:
300 gram tepung gandum
6g yis
20g mentega
10g gula halus
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur
Bahan-bahan PIZZA:
Capsicum Hijau (hiris serong)
Capsicum Kuning (hiris serong)
Sosej (hiris serong)
Jejari Ketam
Keju
Sos tomato
Mayonaise
Cara Membuat Doh :
1) Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentenga dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga menjadi doh yang kenyal. Jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat-bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
2) Selepas doh telah naik, kwluarkan dan bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang , tekan-tekan dengan hujung jari hingga memenuhi dulang dan biarkan bahagian tepinya sedikit tebal.
3) Kemudian cucuk dengan garfu sekitar dan dibakar terlebih dahulu dalam 10 minit dengan suhu 190C. Bila selesai, barulah keluarkan dan susun bahan untuk pizza dan ditaburkan dengan keju.
4) Bakar dalam masa 20-25 minit atau sehingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan.
5) Sedia untuk dihidangkan.
Bolehlah mencubanya. Mana tahu korang punya lagi sedap kan. Lain-lain orang, lain-lain rasanya. Sekian.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..