Masa masing-masing naik pentas amik hadiah cabutan bertuah, adriana sempat bisik mama nak satu hadiah. Kesian dia. Aku jawablah 'tadi mama suruh lari tak nak. orang kalah mana ada hadiah.' Diam jea dia. Maklumlah ari tue adriana macam kena kejutan budaya. Tak pernah join. Kalau dah sekolah mesti dia dah biasa.
Tapi untuk peserta kanak-kanak memang semua dapat hadiah. Masa adriana tahu dia dapat hadiah punyalah suka tak terkira.
Ini masa adriana amik hampernya. Timbalan pengarah sampaikan. Mama suruh naik sorang-sorang.
Sebelum nak bukak hamper papa suruh bergambar dulu. Macam udah faham laki aku tue.Ini gambar selingan. Nak jugak ammar menyelit.
Cerita untuk pagi ini. Sekadar selingan sebelum memulakan tugasan masing-masing. Nanti cerita lagi. Selamat Bekerja!!!!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..