Wednesday, October 19, 2011

~Susah Hati Kalau Mereka Tidak Sihat~

Dua beradik nie sedang tidak sihat.  Dua-dua selsema dan batuk.  Tapi malam tadi adriana dah mula demam.  Dok mengerang dan sejuk katannya.  Mungkin berjangkit sebab ayah dan adik aku pun demam.  Tadi mak aku telefon kata badan ammar pun macam dedau. 

Aku paling susah hati bila adriana demam.  Memang susah hati sampai boleh sakit kepala.  Sebab aku susah hati?Sebabnya adriana memang susah nak makan ubat.  Kalau bagi makan ubat habis semua dimuntahkan.  Jadi apa yang dimakannya?Macam manalah nak baik demam tue.  Solutionnya yang terakhir adalah masuk ubat bontot kalau suhu badannya dah tinggi. Ikut perangai sapelah takut makan ubat.  Papa atau mama? ;-)  No komen untuk diri sendiri. 

Mama tersangat susah hati kalau dua beradik nie demam.  Serentak pulak tue kalau kena.  Macam kembar pulak.  Hari tue masa ammar nak kena demam campak, si kakak pun turut demam tiba-tiba.  Pada hal balik tue tak ada apa pun.  Tiba-tiba malam tue panas jea badannya.  Macam malam tadilah aku rasa badannya tiba-tiba panas.  Dah mulalah aku susah hati.

Janganlah korang teruk sangat yea.  Cuti mama tinggal berapa ketul jea lagi.  Tadi pagi sedang siap-siap adriana tanya aku 'mama nak pegi mana?'.  Aku jawablah 'mama nak kejelah'.  Adriana jawab 'ok'.  Lepas tue adriana kata 'abis sape nak jaga nana?'.  Terpaksalah aku pujuk 'neneklah jaga.  cuti mama tinggal sikit jea'.  Adriana jawab 'ok'.  Faham ke adriana dengan situasi aku nie.  Mama harap nana paham dengan mama.  Aku terpaksa jugak kerja memandangkan cuti aku tinggal 3 hari saje lagi.  Kalau dah betul-betul kecemasan barulah mama kena amik cuti tue.  Bukan sayang cuti tapi sebab memikirkan baru bulan 10, takut ada kecemasan lain terpaksalah juga melangkah ke kerja walaupun hati ini tidak tenteram memikirkan mereka berdua.

Note>>Ammar sudah tak reti duduk diam sampai susahlah nak amik gambarnya.  Masa gambar ini diambil mereka sedang selsema dan batuk.

1 comment:

  1. Memang susah hati klo anak tak sihat. Rasa mcm nak amik cuti biar dorang sembuh betul².

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..