Thursday, October 6, 2011

~Menghadiri Perkahwinan Officemate Bersama Officemate~

Selamat Petang...

Sejak akhir-akhir nie tajuk entry aku mengarut jea bunyinya dan panjang berjela pulak tue.  Terima jealah yea wahai kawan-kawan sekalian alam. 

25 September 2011 yang lepas aku dan anak-anak menghadiri perkahwinan officemate aku di Selandar.  Perginya kami tanpa ditemani asben kerana asben aku sedang berkhidmat untuk negara di nun jauh di Kuala Linggi.  Ayat tak bleh blah.  Al-maklumlah laki aku kan punya komitmen yang tinggi terhadap kerjaya yea.  Maka, dengan sendirinya hujung minggu aku dan anak-anak haruslah berdikari bertiga2an yea.

Aku ke sana bersama officemates jugak.  Ikut pulak anaks dara.  Jadi haruslah mereka-mereka membantu aku menguruskan 2 orang askar wataniah aku nie.  Hehehe..  Ok jea handle budak 2 orang nie.  Mama boleh jea handle budak 2 orang nie.  Papa boleh??hehehe..

Oklah jom tengok gambar tapi gambar pengantin non ado sebabnya kita orang balik awal sebelum pengantin berarak.  Yelah masing-masing ada hal kan.

 Aku dan anak-anak..

 Inilah pelaminnya.  Adriana dok tanya aku 'ma, mana pantin?'

 Adriana sedang menikmati nasi yang berjam-jam dia nak abiskan.  Ammar terliur tengok kakak makan. 

Sempat pandang kamera yea.

Lagi officemate yang tiba bersama anak-anaknya.

Turn aku pulak makan sebab ada orang yang sudi menjaga si kecik tue.  Makan dengan penuh nikmat.

Lagi yang hadir.

Inilah aunty zu yang menjaga ammar.  Sampai basah-basahlah tudung aunty dengan air liur ammar.  Maklumlah dulu ammar teringin nak makan buah delima tapi tak dapat..Kahhhhhh

Sebelum pulang, one shoot from my little girl.   Mari kita pulang!!

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..