Tudia..Gambar passport adriana yang pertama. Diambil pada 25 Oktober 2011 yang lepas. Usianya pada 3 tahun 9 bulan 5 hari. Motif gambar ini diambil??Memandangkan tahun depan adriana akan ke tadika maka kenalah amik gambar ini. Sebab nak isi borang nakkan gambar passport.
Bila tengok pada gambar nie hati aku terdetik berkata kecik jea anak aku nie. Tuelah, adriana susah nak makan. Orang kata dia kurus tinggi. Nak kata ikut aku tinggi takler pulak. Kemetot jea aku nie. Papa dia tidaklah tinggi bebenor.
Masa nie papa dia yang teman dia. Aku dalam kereta tak turun sebab tengah dukung ammar. masa nie kita orang baru balik dari poliklinik bawak adrianammar checkup bulanan. Abaikan rambut adriana yang serabai. Tak tahu pulak papa dia nak bawak dia pi amik gambar. Oklah tue. Kalau tahu mama ingat tocang dua.
Nanti nak upload gambar aku pulaklah masa tadika. Serupakah kami???Tunggu...
KEJAP JEA ADRIANA DAH BESAR..
MACAM TAK PERCAYA JEA ADRIANA DAH NAK PI TADIKA...
hehe..nampak matang sgt adriana.. comel...
ReplyDelete**fida.. sila la buat tag tu yer