Tuesday, October 18, 2011

~Bubur Ammar Untuk Minggu Ini~

Minggu ini aku buatkan ammar dua bubur yang berbeza rasanya tambahannya.  Aku gunakan perasa tambahan yang homemade yea.  :-) Aku buatkan ammar puri bubur sebab aku takut tak sempat pagi-pagi nak masakkan bubur untuknya.  Seperti biasa, weekend adalah masa untuk menyediakan bubur untuk ammar.  Semua homemade yang dibuat sendiri oleh aku.

Semalam aku try buatkan ammar bubur yang dicampur dengan kismis.  Biarlah ada rasa manis-manis sikit pada bubur itu.  Selain itu, dapatlah ammar ubah selera pulak kan.  Tidaklah boring ammar menikmati buburnya itu.
Ini adalah bubur yang aku campurkan puri lobak, puri kentang dan juga kismis.  Kismis itu aku rebus dulu dengan sedikit air, kemudian apabila sejuk aku blend bersama air rebusan itu.  barulah campurkan ke dalam bubur.  Yang selebihnya bolehlah disimpan di dalam ais kiub untuk dibekukan.  Pastikan guna bekas ais kiub yang bertutup.

Ini pulak bubur yang dicampur dengan puri lobak, ikan bilis dan juga kismis.  Ikan bilis tue aku just buat dengan cara aku.  Rendam dulu ikan bilis itu, kemudian goreng/sangai ikan bilis itu tanpa minyak hingga garing.  Bila dah garing, aku blend hingga hancur dalam pengisar kering.  Kemudian barulah ditaburkan di dalam bubur.  Selebihnya bolehlah disimpan di dalam bekas tupperware.

Kemudian, aku tag kan bekas itu dengan bahan-bahannya supaya kita tahu bubur campuran puri apa.  Buat lain-lain supaya ammar tak jemu makan benda yang sama setiap hari.  Kita sendiri pun mesti bosan makan benda yang sama tiap hari.  Mahu termuntah.  Uweekkk..Ops bukan mengandung yea. :-)

Beginilah rupanya tempat aku mengisikan bubur ammar.  Kalau nak makan baru dikeluarkan dan dipanaskan. Kalau ada lebih boleh disimpan di dalam freezer.  Kalau pekat sangat bolehlah kita tambah air sedikit.  Ada baby yang tak suka makan pekat-pekat sangat.  Bergantung kepada anak-anak kita.  Itu jealah caranya yang aku buat.  Aku kena buat macam ini sebab kadang tak sempat nak masak pagi-pagi.  Ada pulak kadang penyakit 'M' dok bertenggek kat dalam diri aku nie. 

At least, frozen food itu dibuat oleh aku sendiri tanpa bahan pengawet.Itu pun aku banyak belajar melalui blog-blog orang lain yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai penyediaan makanan untuk anak-anak.  Aku bukanlah seorang yang hebat tapi aku mahu lakukan yang terbaik untuk anak-anak aku bagi menebus apa yang tidak dapat aku lakukan dahulu.

1 comment:

  1. salam perkenalan...
    tahniah terpilih sebagai blog pilihan Ben Ashaari!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..