Salam..
Hari Jumaat sudah..Kejap jea masa berlalu. Dah masuk 11 Syawal kan. Aku suka hari jumaat sebab esok cuti berhujung minggu. Hari bersama anak-anak. HAri nie barulah nak update cerita pasal raya. Baru datang mood dan semangat sikit-sikit dalam diriku ini yang dok emosi memanjang. Tapi aku cerita sehari sebelum raya iaitu last day kita berpuasa.
Biasalah hari tue ialah hari memantai. Hari masak-masak. Hari tue aku duduk di rumah mak aku. Apa pulak kerjaan aku kalau dok kat umah sendiri. Masak kat rumah mak aku. Asben aku keje hari tue. Jadinya aku dan anak-anak dihantar ke rumah mak. Petang tue asben balik rumah mak dia. Memang setiap tahun petang raya aku akan ada di rumah mak aku. Asben aku pulak kat rumah mak dia. Kalau aku tak ada siapa pulak yang ada kat rumah tue. Adik aku jealah. Nasiblah aku dan adik aku kawin dengan orang Melaka gaks. Kalau jauh mahu meraung mak aku.
Oklah jom kita tengok gambar sepanjang hari tue yang sempat aku amik untuk diletakkan di sini sebagai kenangan dan tatapan. Tak ada yang menarik. Sekadar suka-suka untuk buat tatapan diri sendiri!
Serunding Kelapa
Paru GorengRendang Ayam
Adriana menunggu untuk berbuka sekali. Baju tidur raya. Bak kata asben aku siang malam anak-anak pakai baju cantik..Haruslah pakai baju cantik..
Daging Masak Hitam (masakan orang bawean, aku tak pass lagi masak nie!!)Kambing Masak Kurma
Makanan dihidang...
Selepas berbuka kita pasang pelitaPersekitaran rumah mak aku
Adriana main bunga api dengan adik aku..Mama takut nak join sebab adik aku dok bakar mercun..
Ammar dalam rumah yea. Berguling-guling atas tilamnya.
Berguling-guling sambil menunggu pengisytiharan hari raya
Jeng..jeng..jeng..Yeah!!!!Esok raya...Kali nie orang baru yang umumkan. Tak best pulak yang baru..Cepat sangat dia cakap. Masa nak umum puasa sampai kat hall jea dah abis dia umum bila puasa. Banyak songeh pulak aku nie.
Note>>Mengumpul semangat untuk postkan jugak entry raya...Next entry 1 Syawal...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..