Monday, August 15, 2011

~Dari Dapurku : Ayam Madu Lada Hitam~

Salam...

Tak ada apa nak diceritakan...Kali nie nak cerita pasal makan-makan dan masak-masak yang dikendalikan oleh diriku sendiri.   hah!!!ayat tak menahan.  Aku idakler pandai memasak.  Masak untuk diri sendiri dan untuk asben bolehlah.  Janji boleh telan dan sedap di tekak aku sendiri.  Suka jugak try masak benda-benda yang baru.  Ada jugak yang aku cari dalam resipi.  Makan benda yang sama pun kadang-kadang bosan yang amat!!!betul tak??

So, aku try masak Ayam Madu Lada Hitam.  Nie aku masak masa hari yang ke-5 kita berpuasa.  Dah jemu makan ayam masak merah.


RESIPI AYAM MADU LADA HITAM :
1 ekor ayam
4 ulas bawang putih, cincang kasar
1 labu bawang besar, potong setengah bulat
5 sudu makan madu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
2 sudu teh lada hitam, tumbuk kasar
Daun bawang
Garam
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya :
1.  Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma
2.  Masukkan ayam.  Kacau sehingga ayam empuk.  Perisakan dengan madu, sos tiram, kicap cair, garam dan lada hitam.  Kacau rata.
3.  Tuangkan air.  Kacau rata.  Masak sehingga pekat dan masukkan daun bawang.

Kawan-kawan bolehlah cuba yea..Lain tangan lain rasanya...
Selamat mencuba!!

2 comments:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..