Thursday, July 7, 2011

~Inilah Hasil Apam Polkadotku~

Salam...

Apam polkadot nie aku buat masa hari selasa.  Lepas aku balik dari kerja.  Tetiba pulak rajin nak try buat apam polkadot nie.  Adrianammar belum sampai rumah lagi jadi aku sempatlah nak mencuba.  Kalau balik papa dia orang akan amik kat umah mak aku.  Aku selalu balik tumpang kawan jadi awal ler sikit sampai rumah.  Dapatler aku buat apa yang patut.  Bolehler aku masak apa yang patut..

Jom tengok hasil air tanganku yang gebu ini menghasilkan apam polkadot yang tak berapa nak gebu.  Bolehlahkan untuk peringkat percubaan.


RESIPI APAM POLKADOT
sumber : myresipiBahan-bahan :

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum

220 gm gula castor
150gm susu segar/susu cair (aku guna susu cair)
3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

1 sudu teh esen vanilla
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Pewarna yang anda suka (aku guna warna ungu dan kuning)

Cara-caranya :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
8. Sekian, itu saje.  Boleh dihidangkan yea..

p/s : bolehlah cuba yea kawan-kawan...

1 comment:

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..