Hari ahadnya, 29 Mei 2011 adalah majlis di sebelah lelaki iaitu kenduri di rumah aku. Malam tue masing-masing dah sibuk. Aku pun sibuk jugak sebab esoknya sebelum majlis berlangsung, paginya aku dan asben ada buat kenduri cukur jambul dan majlis aqiqah untuk Ammar.
Alhamdulillah, lepas jugak hajat kami untuk mengadakan aqiqah untuk Ammar. Bila buat masa kenduri besar-besar tidaklah membazir. Jom kita layan gambar sepanjang majlis di rumah aku.
Menyediakan segala keperluan. Orang kuat yea.
Ada tetamu di bawah khemah.
Suasana pagi ahad itu. Kami telah menyusun kuih muih di atas meja.
Banner ammar telah pun digantung.
Inilah budak yang diraikan pada hari itu.
Pengantin sedang sibuk membancuh air.
Anaks buah ku yang bergaya pada hari itu.
Marhaban pagi itu oleh kawan-kawan ayah aku dari Masjid Al-Azim.
Majlis cukur jambul dijalankan. Nasib ammar diam aje.
Inilah keluarga kami. Sedondon mak dan anak.
Fondant kek.
Inilah antara tetamu yang hadir.
Meja pengantin.
Akhirnya dapat jugak cabutan bertuah.
Inilah flower girl untuk hari itu.
Pengantin telah tiba.
Diarak oleh 2 orang flower girls.
Bersanding di atas pelamin.
Pengantin dibawa untuk makan beradap.Karaoke daripada cousin-cousin yang sporting!!!
Lepas penat bertungkus-lumus kami pula mengantikan di meja pengantin pula. Sangat seronok hari tue. Lepas nie turn siapa pulak yang nak kawin??
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..