Selama yang aku cuti bersalin nie tv lah peneman sewaktu berpantang. macam-macam cerita yang aku tengok. kalau astro yang berulang tue janganler cakap. dah berapa kali aku tengok ulang kali.
So, sekarang masih dalam bercuti kan??maklumlah aku amik cuti 90 hari. ada masalah nak menonton tv.
Sekarang nie petang-petang dah duduk depan tv sebab nak layan cite nie...
NORA ELENA...
Mula-mula tengok episod pertama dah rasa cerita nie macam best jea...
Bila dah tengok episod pertama mesti dah tahu jalan cerita seterusnya kan...
Antara barisan pelakon drama Nora Elena ialah Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Ery Putra dan ramai lagi.
Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3 -->>>>>
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hati Nora Elena?
Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
Siapa yang layan drama Nora Elena nie???
Jom sama-sama kita saksikan ending nyer nanti yerrrr!!!
Nota Mama>>Tak sabar nak tengok movie 'Nur Kasih'....
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..