Wednesday, May 18, 2011

~Outing Day~

Salam..

Bertemu kembali.  Ini sambungan cerita 'Teringin' tadi iaitu kisah aku teringin makan cendol.  Semalam aku dan bestfren aku masa sekolah, Liesa keluar dengan membawa anak masing-masing tapi yang baby tinggal di rumah yea.  Kami masing-masing baru jea lepas bersalin selang sebulan jea.  aku bersalin bulan februari, liesa bersalin bulan mac.  dua-dua baby boy.

Berbalik kepada entry hari ini, semalam aku dan liesa keluar untuk mencari sesuatu untuk adriana dan anaknya rania untuk digunakan pada wedding adik aku nanti.  kami cari yang murah-murah jea.  jenuh jugaklah mencari. 

Mula-mula kami pi Keluargaku tak ada satu pun yang berkenan di hati.  Lepas tue pi Hari-hari ada yang suka tapi tak ada size budak-budak nie.  Akhirnya kami ke Tecso beli dekat bintang fesyen jea.

Sebelum nak mencapai misi kami untuk membeli dok melayang budak berdua nie.  pantang nampak permainan semua nak dinaiknya.  berebut janganler cakap.  terjerit-jeritlah dua orang mama mia nie.  hehehe..

Jom layan gambar dia orang...

Masuk troli..tak larat nak berdukung

adriana sudah kebosanan

bila dah dapat naik benda ala nie masing-masing bukan main seronok lagi



sekali dah bagi naik, nak naik yang lain pulak. 
layankan jealah mama-mama oi...


Inilah sebenarnya benda yang kami cari-cari...
Gaun untuk dipakai pada majlis perkahwinan adik aku nanti..
Budak berdua ini ditugaskan untuk menjadi 'Flower Girl'...
Macam manalah nak handle budak2 nie nanti...hehehe

Sekian..
Sampai kita bertemu lagi di lain entry yea.

1 comment:

  1. teringat waktu nurin 4tahun dan syuhada 2 thn jadi flowergirl satu wedding sedara. nurin ok la. syuhada yg memalukan ibu & ayah. baju, kasut, aksesori flowergirl semua dpt tapi time kena beraksi, langsung dia tak nak!!!!! dia malu, ntah nape ntah malu.. buat aida gerammmmm!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..