Salam semua..
Apa cerita adriana eh?apa cerita adriana sejak adanya ammar?asyik cite pasal ammar jea kan. kali nie biar aku cite kisah adriana pulak yea. saat aku menaip entry nie adriana sedang tido. kepenatan asyik dok main jea.
kisah adriana sejak adanya ammar. bagaimana reaksi si kakak terhadap adiknya?
kadang-kadang dia sangat ok pada adiknya. datang moodnya tak elok abis adiknya dibulinya. ditarik rambutlah, stokinler dan macam-macamlah. apa yang aku buat pada adiknya kena buat pada dia jugak. tetiba pulak adriana suka merangkak macam baby. dia suruh aku panggil baby pada dia. macam-macam karenah si kakak. jadi, aku memang berjaga-jaga 24 jam/7. janganlah lepa sikit ada jea nanti dibuat pada si adik. bila kita tak nampak dia cakap pulak apa yang dia buat pada adiknya.
memang sangat-sangat mencabar melayan karenah si adriana. hanya kesabaran yang amat diperlukan. mungkin dia inginkan perhatian. kadang-kadang adriana tanya aku 'mama tak sayang nana?' mungkinkah dia fikir yang mamanya tak sayang padanya lagi. perasaan budak-budak. jadi kita harus tidak membuatkan dia terasa dengan kehadiran adiknya. kadang-kadang memang kesian tapi selagi dia masih di depan mata aku kira oklah. dia pun pandai bawak diri. setakat menyepahkan barang memanglah. da namanya pun budak. takkan kita nak merungut pulak. apa yang aku harapkan agar aku dapat bersabar untuk membesarkan adriana dan ammar dan aku tak naklah melepaskan geram pada mereka berdua. anak-anak adalah segalanya. anak-anak penyejuk hati. kalau penat tengok muka dia orang hilang segala kepenatan.
mama sayang adriana. kasih sayang aku terhadap adriana tak pernah berkurangan walaupun dengan kehadiran ammar. dengan telatah dan celoteh adriana sekarang buatkan aku bertambah sayang. ada jea benda yang dia nak cakap. tapi lately nie suka sangat dia cakap 'HANTU KAK LIMAH'. sangat tidak bagus. kalau cakap malam-malam aku pun seram...hehehe..
tapi sekarang adriana semakin sayang dengan adiknya. udah tidak dibuli lagi si adik tue. mungkin sekarang adiknya dah bagi respond bila si kakak mengagah. pernahlah aku suruh adriana agah adiknya. adriana kata 'agah, agah..'macam-macam si kakak nie...
sekian untuk kali ini. nanti kita sambung dengan kisah lain.
Nota Mama>>Petua orang tua-tua kata kalau nak adik beradik erat simpan tali pusat dorang kan...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..