Thursday, May 13, 2010

~Murtabak Maggi Simple~

Malam tadi makan malam kami selain makan nasi aku tibe-tibe nak try buat 'Murtabak Maggi'.  Ini cubaan aku untuk kali kedua.  Officemate aku yang ajar.  Apa lagi aku suka bab-bab mencuba nie tapi yang senang-senang jealah.  Lepas jea solat maghrib aku pun mengeluarkan bahan-bahannya.  So simple.  Aku tak pernah pun tengok cam ner rupanya.  Main buat jea.  Ada sesiapa yang pernah makan???
Mari kita tengok...Bahan-bahannya pun memang mudah.

Bahan-bahan :
(Saiz hidangan 2-3 orang)

1 Bungkus Maggi ( Apa-apa perisa yang digemari)
1 Labu Bawang Besar ( Dicincang/Dipotong Dadu)
2 Biji Telur (Saiz A)
1 Tangkai Cili Merah ( Dicincang)
2 Sudu Minyak Masak ( Untuk Menggoreng)

 Inilah bahan-bahannya.  Mula-mula maggi direndam dalam air panas dan di toskan

 Pukul telur bersama bawang besar, perencah maggi dan cili merah (aku tak cincang pun).
Main potong jea cili tue. Kemudian masukkan maggi ke dalam telur yang telah dipukul tadi sehingga sebati.
Selepas itu, panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng murtabak maggi hingga masak.

Inilah hasilnya...

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaaaa.....

Murtabak Maggi

 
 Tak tahulah betul ke tak yang aku masak nie.
Aku nak suruh kawan aku tengok gambar nie betul ke ini rupanya.
Hehehe...

 Inilah rupa di dalamnya

 
  Sedia dihidangkan...

Note: Afni, akak da try da buat resipi yang afni bagi tue..betul ke tue???

1 comment:

  1. assalamualaikum akak,mohon akak halalkan sebab ana actually dah terguna dah pun resepi akak.

    http://bicarahati-hamba.blogspot.com/2013/07/murtabak-maggi-ala-sarawak.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..