Tak tahu nak cerita apa...sekarang rutin harian aku bile balik kerja terus jea cepat-cepat mandikan adriana sebab nak kejar 6.30ptg nak duduk di depan tv. apa lagi kalau bukan pasal AdaMaya. yang geram episod semalam ada si Maya nak mintak cerai daripada suaminya. da dapat suami baik isteri pula yang buat hal. emosi pulak bila tengok cite2 macam nie. hehehe...yelah mungkin realiti ada yang berlaku.kesian pada Adam. nak2 bila Maya kena tangkap khalwat tue. nie memang akan aku kejar masa sebab tak nak ketinggalan nak tengok episod nie.
Setiap hari Isnin-Khamis
Jam 6.30 petang
Sebalah malam pula kalau tiap malam pulak suka tengok cite Aalia Astro Prima. mula-mula nak mengikuti sangat tapi bila da mula tengok mulalah penyakit berjangkitnya datang nak tengok episod seterusnya. tapi cite nie kejap jea. setengah jam jea dari pukul 9.00-9.30malam jea.
(gambar diambil daripada manggaonline)
Kalau ari selasa hingga khamis jam 10.30 malam aku suka tengok cite Asmaradana lakonan Tiz Zaqyah di TV3. suka tengok lakonan Tiz Zaqyah daripada cite Nur Kasih. Memang sungguh menyayat hati cerita nie. kesian dekat Amran. cerita nie da pun abis episodnya semalam. akhirnya Amran mati. betapa cintanya Amran terhadap Tengku Azizah. pas nie apa cite pulak aku nak tengok ek??
Dan akhir sekali yang aku suka tengok Mertua vs Menantu. memang sangat mengikuti dari siri yang lepas. suka tengok perihal mak mertua si erra fazira. aku pernah tengok cerita nie dengan mak mertua aku. punyalah geli hati bila mak mertua aku tengok cerita nie. kelakar tengok gelagat mak mertua nurul ain.
Itu jealah aktiviti aku selepas pulang dari kerja. duduk tengook tv dengan adriana. kalau aku tak online untuk cek email, fb atau berblogging itulah kerjanya.
aku kena mengisi masa lapang aku supaya tidak kebosanan sebab asben sekarang sibuk dengan tugasnya dan sibuk dengan menguruskan rumah cendawannya. kesiankan aku???selalu ditinggal2kan. kadang selalu tanya asben tak pi umah cendawan tak boleh ke???hehehe
Sekian...
Note: Ada macam karangan tak???
wahhh cm cikgu ler..
ReplyDeletemmg ramai melayan adamaya now..
ptg2 je masing2 pecut nak balik ...
** samo ler.. balik umh , maleh nak bukak lapy dh ... nk rest mata ..
adamaya tu memang best kan....
ReplyDeletesentappp betul dengan episod semalam....
kenapa la adam tu manjakan sangat si maya....
relaks jer bini dia kena angkap khalwat....
eiii, tak puas hati betul....
macam2 ade kat tv kan :) cerita smua best2 :)
ReplyDeletealya tgk mertua vs menantu je. asmaradana dpt tgk kejap masa dlm pantang tu. tp skang kul 9 dah tido. tak larat nak tunggu. huhu..
ReplyDeletekak zura>>ada bakat menulis tak??hehehe..a'ah lama2 tgk komputer sakit mata..mari kita layan adamaya...
ReplyDeleteain>>cite tue memang best..tang kena tangkap khalwat tue mmg ler geram jea..suami dia nmpk cool jea kan??
huda>>macam2 ada..mari kita layan..semua best2..
alya:wah..awalnya da tido..saya tak merasa nak tido awal..adriana dok kehulu kehilir tak tido..