Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
Tiara Beach Resort-Part 2
da lambat sangat nak cite pasal entry dekat tiara..sebab terlampau sibuk sangat..oleh kerana da upload jadi aku postkan jugaklah entry nie..nie semua masa hari kedua aku di Tiara Beach Resort..jadi layan jealah gambar aku dekat PD tue...
Tuesday, December 29, 2009
Kepulangan Yang Dinanti
Syukur alhamdulliah..pada hari ahad yang lalu bersamaan 20 disember 2009, emak dan ayah ku telah selamat sampai ke tanahair pada jam 8.30 malam di KLIA. kami bertolak dari Melaka jam 5.30 petang. 1 van(rusa) dan 1 keta(keta adik aku). kami terlupa yang ari tue ari ahad. kami bertolak lambatlah sikit. sebab kenangkan yang KLIA tue taklah jauh sangat. jalan begitu jammed setibanya kami di seremban. aku da jadi tak keruan bila tgk jam da hampir pkl 8.00 malam. kejap2 aku tanya suami aku "jauh lagi ke?". bila da hampir 8.30 malam, aku tel Pak Busu(pakcik suami aku). mintak tolong dia tanya flight mak dan ayah aku telah tiba ke belum. bila dia kat belum, dalam pukul 9 mlm baru sampai, baru aku lega sikit. kami sampai dalam 8.40 mlm di KLIA. mencari parking punyalah susah. akhirnya asben aku turunkan kita org kat depan. kita org masukler dalam dulu..inilah antara gambar semasa dlm perjlnan dan semasa di KLIA.
untuk menenangkan hati yang gundah-gulana akibat jammed aku amiklah gmbrlah dia org.
masa nie adriana baru bgn tido..jadi dia terpinga-pinga lagi
masa nie adriana baru bgn tido..jadi dia terpinga-pinga lagi
masa nie kita org tgh tunggu lagi..tunggu2 tak keluar2..tp aku da dpt mesej dari mak aku yang mereka tgh tunggu bagasi.masa tue da jam 9.00 malam.
kami bergambar lagi..
aku 1st time dtg sini.pnh pi LCCT jea..
dan nie jgk 1st time aku tunggu org balik dr haji
mesti adriana tak sabar nak tengok nenek
dr kiri: ika,mira,adriana dan nur (tunang adik aku)
biasalah dia mana nak org pegang dia
asyik nak mintak turun jea
kami semua menunggu dengan penuh kesabaran.masa tue jam dak menunjukkan lebih kurang dalam pkl 10.15 malam. satu-persatu yang keluar kami perhatikan. memang lama agaknya kalau tunggu kuar dr situ ke?aku dgr org ckp jea. tempat aku menunggu ada penhadang.aku dan kak sepupu aku suruh Ika dok dalam.supaya senang kalau nampak mak dgn ayah aku.dia boleh terus lari jea..sebab masa tue memang tgh ramai org..nanti mak dgn ayah aku tak perasan kita orang pulak..
AKHIRNYA!!!!!
Jam 10.30 malam...orang yang selama nie aku nantikan muncul..aku da nampak mak dgn ayah aku...rasa sebak bila dpt mereka kuar..memang tak dapat digambarkan bila melihat wajah mereka..
Monday, December 28, 2009
Contest:"Curious kids need to be tough inside"
Name Of Contest :
"Curious Kids Need To Be Tough Inside"
Organized By :
Nuffnang Friso Gold Family Day Out
"Curious Kids Need To Be Tough Inside"
Organized By :
Nuffnang Friso Gold Family Day Out
Sistem Imunisasi Badan
Sistem imunisasi badan adalah sangat penting kepada anak-anak kecil..Jika sistem imunnya tidak kuat, ia sangat mudah dijangkiti pelbagai jenis virus dan bakteria..dan ia sangat mudah mendapat penyakit. Persekitaran hidup kita yang terdedah dengan "musuh kecil" seperti virus, bakteria dan lain-lain boleh menyerang kita pada bila-bila masa sahaja.
Anak-anak kecil yang belum mempunyai sistem imun badan yang kuat dan stabil mudah mendapat sebarang jenis jangkitan pada mereka. Selain mendapatkan pengimunan atau pelalian, kita juga boleh melindungi sistem imun anak-anak kita dengan memberi mereka makanan berkhasiat, menjaga kebersihan dan imunisasi.
Jika sistem imun badan anak-anak kita kuat dan telah matang, jadi kita tidak perlu risau jika anak-anak kita melakukan perkara-perkara yang mereka gemari seperti bermain di taman dan sebagainya. Anak-anak kita mampu melawan pelbagai jenis "musuh kecil" itu. Jadi anak-anak kita tidak mudah mendapat selsema, batuk mahupun demam.
Pada asasnya, badan anak-anak kita boleh dilindungi sendiri menerusi sistem pertahanan badan – yang terbina daripada rangkaian sel, tisu dan organ. Sistem imun kita melindungi kita, mula-mula dengan membina benteng sekatan – yang menghalang ‘penyerang’ daripada memasuki badan kita. Benteng sekatan ini mematahkan serangan daripada luar badan kita.
- Susu Ibu-ianya adalah sangat baik untuk anak-anak anda kerana susu ibu mempunyai khasiat yang selengkapnya untuk menghindarkan anak-anak kita dari dijangkiti penyakit.
- Pemakanan yang baik-kita perlu memberi anak-anak kita pemakanan yang baik dan bagus untuk membina sistem pertahanan yang kuat. berilah anak-anak kita makanan yang seimbang. galakkan anak-anak kita untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan antioksidan yang secukupnya.
- Cukup tidur dan rehat-kita perlu pastikan anak-anak kita mendapat tidur dan rehat secukupnya. kurang rehat dan tidur boleh melemahkan sistem imun badan
- Mengamalkan gaya hidup aktif-menggalakkan anak-anak kita keluar untuk bermain2 di luar sesekali untuk mendapatkan vitamin D dari cahaya matahari
- Mendapatkan imunisasi-menerusi vaksin anak-anak kita dapat membina benteng pertahanan menetang penyakit
- Kesejahteraan emosi-selalu bergurau senda dengan anak-anak kita untuk mengurangkan stress mereka. Jika mereka gembira ia akan meningkatkan keimunan badan mereka.
- Minum air-galakkan mereka sentiasa minum air putih secukupnya.
- Supplement-berilah anak-anak kita vitamin tambahan seperti Scott's Emulsion.
- Gaya hidup yang sihat-sentiasa amalkan mencuci tangan sebelum memegang anak-anak anda. mencuci botol susu anak-anak anda dengan sebaik mungkin. setiap kali menggunakan botol sterilkan terlebih dahulu untuk membasmikan kuman-kuman yang ada.
- Persekitaran-sentiasa pastikan bahawa persekitaran rumah dan sekeliling adalah bersih. Persekitaran yang tidak bersih boleh menyebabkan kuman mudah merebak dan ia akan mudah menjangkiti anak-anak kita.
Jom ramai-ramai join contest nie. Maklumat lanjut KLIK DI SINI
Banyak hadiah yang menarik menanti anda.
Bertukar Ke Streamyx
Minggu sudah..aku telah menjadi pengguna Streamyx..aku bukan lagi pengguna Celcom Broadband..Asben aku yang tukar..ntahlah knp dia tukar aku pun tak tahu..tp broandband kat area umah kita org lembab sikit..so dia kata tukar line streamyx..aku ikut jea...asalkan ada internet untuk aku update blog dan yang sewaktu dengannya sudah cukup bagi aku...
so far oklah guna streamyx nie..aku tak ada apa masalah..tak tahulah pada masa akan datang...
huhuhu
Tuesday, December 22, 2009
Sudah 3 Tahun Bersama
Tanggal 22 Disember 2006 adalah tarikh nikahku...kini 22 disember 2009 kami telah 3 tahun hidup bersama sebagai suami isteri...walaupun masa tue banjir besar berlaku..tahun 2006..rumah aku antara mangsa2 banjir..tetapi majlis aku alhamdulillah tetap berjalan dengan lancarnya..pada mulanya memang ingat air tak akan surut...tapi masa hari aku nikah air surut...nasib baik..kalau tak nikah jealah...
Hari Jumaat : 22 Disember 2006