Wednesday, March 30, 2016

Menonton BoboiBoy The Movie

Assalamualaikum....

Kisah di penghujung cuti sekolah yang sudah berlalu. Banyak entri yang tertangguh dek kerana kesibukan kerja dan rutin harian.

Jumaat di penghujung cuti sekolah suami  ajak tengok wayang bersama anak-anak. Lagipun Ammar tak pernah tengok wayang. Adriana dah dua kali jugak tengok sebelum hadirnya Ammar ke dunia. Wah ayat tak menahan.

Pada mulanya nak tengok Kungfu Panda tapi bila suami tengok Boboiboy The Movie ada lagi kami pun buat keputusan untuk tengok movie tu aje.

Kemudian terfikir nak bawak Nayli si anak buah aku. Kesian pula. Dari hari tu merengek nak ikut aku balik rumah. Jadi angkut Nayli sekali tengok wayang.

Beli secara online. Datang terus pergi kat kaunter.

Gelap pula gambar ni tapi tak apa sebagai kenangan. Waktu ni dah habis tunggu masa nak keluar. Bergambarlah dulu.

Dua anak dara yang bila bergambar posingnya bukan main. Yang teruna selalu gitu aje.

Mintak pula bergambar dekat sini. Masih lagi di luar panggung. Selesainya terus balik. Hantar Nayli balik dan kita orang pun ke Bukit Rambai rumah mak mettua aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




Tuesday, March 29, 2016

Misi 2 April : Persediaan Demi Persediaan

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa hari saja lagi. Persiapan macam biasalah. Hampir siap sepenuhnya. Tak ada apa pun yang nak dibuatkan. Cuma nanti khamis jumaat baru sibuk nak membaking bagai semuanya. Kali ini kek aku tak tempah. Gigih mahu buat sendiri. Lagi pun dah lama tidak membaking kek. Goodies semua aku sudah settlekan. Baik goodies untuk dewasa mahupun kanak-kanak.

Biasalah nak buat kenduri ni memang kerja mengangkut barang dari rumah mak. Bukan pinjam barang rumah aje, barang kakak sepupu sekali aku angkutkan. Selalu aku pinjam tray dia orang. Aku mana ada. Haruslah meminjam. Beli kang tak tahu nak letak mana. Tunggu buat stor nanti barulah ada tempat. Bak kata Tuan Affendy, kalau ada stor lagi banyak barang aku. Wah ayat memerli habis.

Sebahagian barang-barang yang sudah aku angkut dari rumah mak minggu lepas.

tagging makanan untuk candy booth. Aku memang suka buat benda-benda macam ni. Menghiburkan hati sendiri dan buat untuk anak-anak apa salahnya kan.

Sudah siap digunting.

Candy buffet label sudah dicetak.

Ini semua mahu diletakkan sebagai perhiasan nanti. Sumbat aje dekat mana-mana yang sesuai.

Ini goodies untuk dewasa. Dalamnya ada air kotak dan dua jenis makanan.

Topper ni biras aku Kathy Noor yang buat. Dia memang rajin melayan aku. Hahaha....

Dia siap hantar gambar kat aku bila toppernya sudah siap.

Belon minion yang aku beli dan juga belon warna biru kuning. Aku beli belon-belon ini dari SINI.

Ini pula edible image yang akan aku guna untuk diletakkan di atas kek nanti. Aku order online di SINI.
Prop jangan dilupakan. Masing-masing gemar bergambar jadi boleh bergambar puas-puas nanti ye. Itulah serba sedikit persiapan yang telah aku lakukan. Teruja untuk sabtu ni sebab ada maskot pada majlis sabtu ini. Tak tahulah anak-anak lebih teruja atau mak-maknya. :D

Salam pena,



Monday, March 28, 2016

Birthday Celebration Di Novotel Hotel

Assalamualaikum...

Ahad, dua minggu lepas aku dapat jemputan hari jadi di hotel. Classmate Adriana yang jemput. Classmate dia cina, jadi ke hotel lah. Merasalah nak ke hotel. Teruja. Maklumlah versi jakun dot com. Macam tak pernah pergi hotel gamaknya bunyi. Pergi tu pernah, celebrate birthday belum pernah.

Pada mulanya serba salah nak pergi ke tak. Sebabnya hari ahad. Hari ahad dah tentu-tentu laki aku tak ada sebab johor kan kerja. Makanya aku macam tak nak pergi. Laki tak ada aku memang jatuh malas nak keluar rumah. Satu hal kang celah mana aku nak parking kereta. Aku pergi hotel sendiri belum pernah lagi.

Bila aku dapat whatsapp daripada mak classmate Adriana ni, rasa serba salah. Dua kali serba salah dah. Kerja serba salah memanjang. Jadi sehari sebelum majlis, aku ajakler Tuan Affendy tengok tempat. Nasiblah tempat dia senang. Aku dah berkira-kira mana nak parking kalau aku pergi. teruk betul. Seriously, aku kalau tak pernah pergi memang agak cuak. Mana nak parking, mana nak masuk, mana nak macam-macam yang akan bermain dalam kepala. Laki aku selalu stress dengan aku. Dia kata aku kalut. Huhuhu...

Majlis bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 4.00 petang. Sebaik aku dan anak-anak melangkah masuk, Kim mummy Vaneesa sudah menunggu. Wah terharu gitu. Dia terus bawak ke tempat makan. Adriana bergambar bersama Vanessa iaitu birthday girl dan juga Damia. Mereka satu kelas.

Antara pencuci mulut yang ada. Memang macam-macam menu yang ada. Aku suka makan creampuffnya. Sedap.

Ini makanan aku hari tu. Dah jadi bahan kumbahan pun.

Kemudian si anak dara dan anak teruna nak makan spageti pulak. Kenalah beratur sebab dia masak time tu jugak. Dapatlah tengok chef ni masak spageti.

Inilah rupanya. Siap tabur cheese. Sedap. Lapar pun iye. Hahaha...

Ini meja kita orang. Yang lain semua chinese. Tapi nasiblah dia orang friendly. Kami pun selesa.

Semuanya classmate.

Suasana pada hari itu.

Masa ni masing-masing dah bersiap sedia mahu menyanyikan untuk birthday girl.

Kanak-kanak sudah bersiap sedia untuk menyanyi. Ada lagu cina lagi. Selesai menyanyi potong kek.

Inilah keluarga Vanessa. Anak tunggal.

Ini geng mak-mak pula yang bergambar. Tengok gaya aku ke hotel. Tak semenggah langsung rupanya. Janji berbaju kan. Nak cepat capai aje mana yang nampak. Itu sahaja kisah aku dan anak-anak. Seronok...

Salam pena,



Jatuh OST Aku Bukan Bimbo

Assalamualaikum...

Pernah dengar lagu ni tak? Aku cari lagu ni sejak terjebak dengan Aku Bukan Bimbo. Pergi cari dekat youtube. Sekali dengar best pula. Berapa kali ulang sampai pening kepala sendiri mendengarnya. Mana taknya nak iron baju aku angkut sekali ipad dan pasang lagu ini.

Mahu tak mabuk? Ini pun saat aku menulis entri ini aku pasang juga lagu ini. Tulis entri sambil pening kepala. Stop je aku ulang. Hehehe...

Ini semua gara-gara Aku Bukan Bimbo. Begitulah aku kalau dah terjebak. Memang semacam peelnya. Tunggu drama ni habis hilanglah peel semacam aku ni.


Lirik Lagu Jatuh – Faizul Sany

Tidakkah aku faham lagi tentang telah berkali
Bukankah sudahku berjanji ku tak mahu
Sedarkah aku semua ini pasti akan melukai
Sejujurnya diriku tahu ku tak mahu

Adakah aku bodoh
Mahu saja ku tinggalkan dirimu

Jiwa aku meminta
Batinku meronta

Biar jiwaku digari
Biarpun sakit di hati
Walau seburuk mana caramu
Tetapku jatuh

Biarlah sama ku mati
Biar apapun sekali
Walauku sakit dengan caramu
Tetap aku tetap aku jatuh

Jika tak ada cara lagi akan mampu kau fahami
Jangan biarku jatuh lagi ku tak mahu
Adakah aku bodoh mahu saja ku tinggalkan dirimu

Jiwa aku meminta
batinku meronta

Salam pena,



Aku Bukan Bimbo

Assalamualaikum...

Siapa yang mengikuti drama bersiri Aku Bukan Bimbo? Sila angkat tangan. Aku pun pada mulanya tidak tahu pun akan drama ini. Tapi terbaca kat IG seorang blogger, kemudian tengok pelakonnya Nadiya Nisaa seharusnya aku turut terjebak.

Dalam Aku Bukan Bimbo ni Shaheizy Sam yang memegang watak sebagai Dani Ikram nampak sweet sangat mengurat si Nadiya Nisaa sebagai El Suraya. Tersuka pula dengan lakonan Sam dalam drama ini.

Minggu ini mingu akhir Aku Bukan Bimbo. Kejap je rasanya. Tak adalah hiburan malam aku yang menarik lepas ni. Seperti biasa selalunya aku tengok secara maraton. Waktu siarannya tidak kena sebab hari sekolah kan. Waktu itu aku kena tidurkan anak-anak. Jadi bila semuanya settle barulah cari masa yang sesuai untuk aku menonton.

Para pelakonnya. Sesekali ubah pelakonnya. Selalu yang glamer-glamer heroinnya. Sinopsis Aku Bukan Bimbo yang aku ambil dari SINI.

Sinopsis:-
Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ye ke?
“Astalavista loozzer! With double o and double z.”
Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.
Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.
Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.
Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.
Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.
“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.
“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” – Puan Rosanna.
Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.
“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth… that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.
Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.
“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”
Penangan Aku Bukan Bimbo, aku terbeli novelnya. Biasalah aku kan. Kalau dah terjebak dengan dramanya pasti akan aku beli novelnya pula. Aku sudah pun selesai menghadamkan novel ini malam tadi. Bukan main laju aku baca. Tak tahu kenapa aku suka sangat dengan watak Dani Ikram ni.

Petikan dari novel Bimbo

Memaafkan bukan mudah
Memaafkan perlukan kekuatan
Memaafkan adalah sebuah pencarian

Salam pena,



Thursday, March 24, 2016

Agenda Hari Ini

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Hari ini aku cuti sebab asben pun cuti. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan hari ini. Dari pagi hingga ke petang. Misi 2 April pun terlibat dalam agenda untuk hari ini. Pagi tadi hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian kami laki bini, berdua pergi sarapan.

Sementara menunggu Ammar balik sekolah jam 12.00 tengahari, kami pulang ke rumah dulu sebab mahu mengemas rumah. Aku kena siapkan kad jemputan untuk print kejap lagi. Kalau tak buat hari ini memang tak sempat. Tinggal minggu ini aje persediaannya.

Hari ini hantar anak-anak secara berjemaah. Mamat tengah tu terpaksa senyum. Nampak mama pakai baju jalan dia sudah mula buat drama. Menangis tak mahu ke sekolah. Tengok senyumannya. Memang terpaksa. Alahai...Kalau ikutkan hati mama memang aku angkut dia balik. Hahaha...Lagi pun tadi badan dia macam dah dedau. Itu yang janji nak jemput dia balik nanti.

Sarapan berdua bila anak-anak tiada. Bukan senang nak dapat luangkan masa begini. Orang tu pagi-pagi sudah pesan limau suam. Mahu mencantas lemak walhal santapnya mee kari.

Malam tadi makan malam best sebab papa balik bercuti awal. Hehehe..Poyo. Dapatlah tiga hari di rumah. Makanya aku berehat daripada kerja hakiki menjadi supir! Itu yang menariknya. La la la...

Sekian, wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, March 22, 2016

Kembali Dengan Rutin Harian

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Cuti sekolah sudah berakhir. Kembali dengan rutin harian. Kembali mengadap kesesakan lalu lintas. Aduh ya ampun. Semalam boleh tahan lagi kira awal jugak sampai di pejabat. Hari ini terlewat beberapa minit sebab singgah rumah emak dulu hantar baju sekolah agama Adriana.

Kalau menyinggah memanglah lambat sampai. Dengan jammed. Mana datang kenderaan banyak-banyak ni aku pun tak tahu. Pagi-pagi sudah mengundang stress. Sangat tidak elok. Masuk pejabat sudah membawa aura yang tidak baik. Hehehe...

Ini awal pagi semalam. Dek kerana kesesakan aku sempat mengambil gambar.

Sebelah petang aku ke pasar malam sementara menunggu Adriana habis sekolah agama. Aku kena sampai awal kat sekolah sebab tempat parkingnya memang mencabar bagi pemandu amatur macam aku ni. Jadi aku sampai awal siap cari parking. Hah gitu sekali.

Malamnya makan nasi kerabu aje yang dibeli di pasar malam. Memang tak sempatlah nak masak bagai. Makan sambil mengajar anak-anak buat kerja sekolah. Jam 10 malam terus masuk tidur. Mama nak melayan Aku Bukan Bimbo pun memang tak dan. Tengok online aje. Gitulah rutin aku bersama anak-anak di kala hari bekerja.

Sekian, wassalam.

Salam pena,




Wednesday, March 16, 2016

Misi 2 April : Goodies Sudah Siap

Salam.

Mengikut perancangan, 2 April ini akan diadakan sedikit kenduri kesyukuran untuk keluarga dan juga majlis hari lahir buat Ammar dan juga Nayli, anak buah aku. Anak adik. Adriana tempoh hari mak udanya sudah buatkan di KFC. Jadi bagi laluan pada adik-adik. Aku buatkan untuk Nayli sekali.

Untuk persiapan, aku sudah siapkan goodies untuk tetamu kanak-kanak nanti. Temanya minion atas permintaan Ammar. Aku siapkan dalam 60 beg goodies. Nanti bolehlah diberikan pada kanak-kanak yang datang.

Sebenarnya memang tidak sabar menunggu hari berkenaan. Setelah beberapa kali memikirkan majlis ini akhirnya dengan kata sepakat kami buat juga sebab nak buat kenduri sekali. Kenduri kesyukuran buat lepas zohor. Majlis hari lahir dalam jam 3.00 petang gitu.

Beg kertas ni aku beli secara online dari GM Klang. Dah lama beli beg kertas ni.

Stationery set ni pun beli di tempat yang sama.

Jalan-jalan tempoh hari terjumpa buku nota ni di Tong Hup. Apa lagi aku belilah sekali. Lengkaplah ada buku sekali.

Inilah barang-barang yang diisi dalam beg kertas.

Sebahagian goodies yang sudah siap diisi dengan barang-barangnya. Persiapan lain? Tunggu nanti aku update di lain entri. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Menghantar Rombongan Meminang

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Ahad lepas, kami dari Melaka dengan tiga buah kereta menuju ke Kuala Lumpur. Menghantar rombongan meminang untuk anak buah. Dari Melaka jam 9.00 pagi. Kami tak konvoi pun gerak masing-masing. Kalau nak menunggu memang lambat. Nak-nak aku empat beranak. Mana nak menyiapkan askar-askar. Kami janji untuk berjumpa di Tol Sg. Besi.

Kami empat beranak keluar rumah tepat jam 9.00 pagi. Dari rumah ke tol Ayer Keroh lebih kurang dua puluh minit. Dekat aje. Aku tel anak buah aku dan kakak sepupu aku dia orang dah atas lebuh raya. Kita orang kat belakang.

Mahu keluar tol waktu ini.

Masa ni berhenti sarapan di RNR Ayer Keroh.

Dalam jam 12.00 kami tiba di Tol Sg. Besi. Tunggu kereta lain yang dari Bangi. Kakak sebelah abang sepupu aku.

Di tepi lebuh raya kami menyusun buah-buahan di dalam bakul. Kemudian diselit-selitkan beberapa kuntum bunga di celah buah-buahan. Nampak senonoh sikit.

Waktu ini sudah tiba di rumah perempuan. Aku duduk di luar memandangkan kat dalam sudah penuh. Yang belah kiri tu anak buah yang nak bertunang.

Ini sebelah perempuan. Masa ni sedang berbincang.

 Ini sebelah lelaki. Yang tengah tu abang sepupu aku.

Kemudian yang perempuan dipanggil turun.

Sesi menyarungkan cincin.

Kakak sepupu aku bersalaman dengan bakal menantu.

Bila berkumpul haruslah bergambar.

 Mak long dan mak aku.

Afiqah, Adriana dan Adibah.

Yang tengah tu kakak pada yang bertunang. Akan bernikah bulan September ini. Baju hitam tu tunangnya. Lepas mereka menikah disusuli dengan adiknya pula bulan Disember ini. Tahun ini sekali dua majlis nak kena hadap. Aku selaku orang kuat pada kakak sepupu memang kena kumpul tenaga.

 Hantaran daripada pihak perempuan.

Selesai majlis, kami ke GM Klang. Yang lain ke destinasi masing-masing. Sesudahnya memborong di sini sampai sakit-sakit keting, kejung-kejung kaki kami pun balik. Duit pun dah banyak melabur di sini.

 Dari GM Klang ke Aeon Bukit Tinggi. Laki aku kata nak balik awal lagi. Pusing-pusing lagi.

Dari Aeon kami ke Seksyen 7 untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong.

Aku pekena mee kari ketam. Nikmat sekali. Selepas mengenyangkan perut, kami meneruskan perjalanan pulang ke Melaka. Sampai Melaka lebih kurang jam 12.30 pagi. Begitulah kisah ahad lepas. Seronok sekali walaupun hanya sehari saja. Sekian dan wassalam.

Salam pena,