Thursday, January 28, 2016

Hey, Kau! Di Ilham Karangkraf

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Khamis sudah tiba. Esok jumaat, lusa sabtu. Motif kira hari? Memang itu sudah menjadi tabiat menunggu ke hari sabtu. Aduh!! Yelah, waktu sekolah memang terkejar-kejar kan. Baik pagi mahupun sebelah malam. Pagi ceritanya lain, malam pula lain.

Baiklah lupakan kekalutan yang melanda, aku mahu kongsikan karya aku yang bertajuk Hey, Kau! sudah ada sampai Bab 6. Kisah Azalea Husna yang terjerat dengan seseorang. Marilah baca kisahnya wanita itu di portal Ilham Karangkraf.

Mohon maaf andai ada kekurangan dalam karya saya itu. Tetiba pulak bahasakan diri saya. Hehehe. Aku hanya penulis biasa yang menulis berdasarkan apa yang terlintas di fikiran. Dengan semangat daripada seseorang yang selalu memberi dorongan, aku gigihkan juga untuk menulis cerita ini hingga ke penghujung. Ditolak itu belakang kira. Janji siapkan dulu kan. Semoga dipermudahkan segala urusanku.

Sedutan Bab 1 Hey, Kau!

“Lea sayang, boleh tak kalau nak pinjam duit?” kata-katanya hinggap di gegendang telingaku. Bila bab duit rasa mahu menanah aje telinga aku. Dia ingat aku ni Bank Negara ke? Dia ingat aku ni cap duit agaknya? Suka-suka hati aje jadikan aku banker dia kan.
Air minuman yang aku sedut hilang terus manisnya sebaik aku mendengar butir bicara yang terpacul keluar dari bibirnya.
“Duit?” Soal aku menjengkilkan mata sambil memandang sepasang mata coklatnya.
“Handphone rosak, nanti susahlah nak call Lea.” Sambungnya lagi.
“Selama ni Lea yang banyak call kut.” Protesku tidak puas hati. Dia terkedu.
Ah, selama handphone tak rosak pun bukan selalu pun dia call aku. Boleh dikira dengan jarilah. Aku yang kerap telefon dia.
            “Duit yang dulu pun belum bayar lagi? Ini nak pinjam lagi? Ingat Lea ni banyak duit ke?” Spontan. Lantas, keluhan aku lepaskan.
            “Tolonglah...kali ni aje. Nanti bila ada duit...”
            “Baru nak bayar?” Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya aku terlebih dahulu mencelah.
“Nanti bila ada duit, baru bayar? Hari tu pun janji macam ni jugak tapi tak nampak pun bayang-bayang duit Lea. Ini nak berjanji lagi dengan Lea? Apa ni?” tempelakku.

Memang menyirap. Tempoh hari beria menabur janji-janji manis, dalam tempoh tiga bulan mahu dibayar hutangnya. Sekarang dah upgrade setengah tahun. Janji tinggal janji.

Semoga terhibur dengan karyaku. Komen yang membina amat dialu-alukan.

Salam pena,



Wednesday, January 27, 2016

Air Purifier Di Rumah

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Entri ketiga untuk hari ini. Semalam gigih menaip entri-entri ini untuk nampak yang blog aku masih lagi aktif. Kebelakangan ini memang sibuk itu sebab tak dapat nak menulis di blog ini. Bila tak tulis blog terkenang-kenang pula dengan blog ni.

Makanya untuk minggu ini akan adalah beberapa entri yang akan aku kongsikan di sini. Entri kali ini aku nak kongsikan mengenai air purifier. Perlu atau tidak? Katanya air purifier ini untuk bersihkan udara dan untuk hilangkan bau yang kurang enak di dalam rumah. Aku pun kurang pasti akan kenyataan ini.

Tapi asben memang dah lama usha nak beli air purifier. Aku ikut aje. Apa yang dia nak beli aku okey je. Banyak tempat jugak kita orang survey. Memula ke Aeon lah. Mana lagi selebihnya seurvey di internet. Makanya terbelilah tanpa sengaja air purifier secara online. Asben yang pilih sebab dia yang bayar. Aku ikut aje, benda ada dalam rumah aku gunakanlah sebaik mungkin. Hahaha..

Inilah bentuk air purifier kita orang. Harga dalam RM100++. Tak silap akulah. Serius, tak ingat! Aku dah gunakan dan suka gunakan. Katanya bagi aura positif. Balik rumah mesti aku pasang benda alah ini supaya aku sentiasa mendapat aura positif. Hahaha. Poyo sangat. Taklah, baunya pun wangi. Terasa kesegarannya. Gitulah. Itu sahaja perkongsian aku untuk petang ini. Mana tahu kalau korang berminat bolehlah beli juga. Ada dijual di mana-mana dengan harga yang berbagai-bagai. Nak yang murah, surveylah yang murah. Nak yang mahal, belilah yang mahal. Ikut kemampuan okey.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Surirumah Sepenuh Masa

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi sekali lagi. Entri kali ini tentang menjadi surirumah sepenuh masa. Semalam aku cuti jadi dapatlah merasa menjadi surirumah. Seronoklah tak perlu terkejar-kejar nak ke pejabat untuk punch tepat pada masanya.

Kalau hari isnin memang aku selalu terlewat lima ke sepuluh minit sebab nak tempuh kesesakan jalan. Mana taknya lepas hantar anak-anak ke sekolah, aku perlu singgah rumah mak dulu untuk hantar beg baju dia orang. Lepas sekolah masing-masing balik sana.

Jadi pagi tadi tak perlu kelam-kelibut, tak perlu berlari-lari anak dalam rumah sebab mengejar masa. Seronokkan kalau dapat begitu. Hantar anak-anak kemudian balik kemas-kemas rumah pula. Gitulah. Hah, aku boleh memasang angan-angan saja.

Belum masanya. Mahu berhenti kerja perlukan simpanan dua tiga tahun untuk menampung kehidupan selepas berhenti. Tapi bila stress di tempat kerja memang angan-angan itu sesekali menerpa dalam diri. Manalah tahu ada rezeki umur 40 tahun boleh bersara. Hahaha...Itu saja angan-angan aku buat masa ini. Angan-angan itu percuma! Jadi tak salah kalau kita berangan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Parti Harijadi Gegirl Di KFC

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah....

Selamat pagi semua. Hari ini sudah menjengah ke hari rabu. Semalam sudah berliburan sorang diri di rumah. Siapkan beberapa kerja yang tertangguh dek kerana kekangan masa. Kritikal sangat rasanya. Entri ini pun sudah agak lama tertanggu. Bila sudah tertangguh memang tahap kemalasan itu berhantu dalam diri.

Ini kisah dua minggu lepas. Meraikan ulangtahun kelahiran tiga gegirl. January baby. Kali inibuat at KFC aje sebab malas nak berkemas-kemas kalau buat kat rumah. Reason paling win. heheh. Party ni kelolaan biras aku. Dia buat untuk anak-anaknya dan dia masukkan Adriana. Dia nak belanja nana sekali. Alhamdulillah rezeki nana.

Kek ni aku order dengan kawan.

Ini posisi dari tepi kek. Memang terbaik dekonya.

Deko-deko yang ada masa tu.

Hidangan untuk kami.

Ahli keluarga yang ada hari itu.

Dua besday girl. Adik lagi besar daripada kakak. Kakak genap 8 tahun, adikgenap 7 tahun.

Ini pula Emma Sofea genap setahunpada 1 Januari 2016.

Yang tudung pink tu tak habis-habis fefeling beranak kecik.

Chicky datang bawak kek untuk gegirl. Yang gegirl kecik dah lari ketakutan.

Gegirl bergambar dengan chicky.

Mak-mak pun nak jugak bergambar dengan chicky.

Mamat ni pada mulanya menangis bera-ia. Hok aloh. Anak teruna aku ni hati kecik. Kat rumah punya semangat bila nampa chicky menangis ketakutan. Lama juga baru nak serasi. Aku cakaplah dalam tu orang. Maknya saiko kan. Hahaha...

Ini game makan mashed potato. Siapa habis dulu dia menang. Dan-dan nana boleh dapat nombor dua. Cuba suruh makan kat rumah, terhegeh-hegeh. Siap drama air mata. Padahal suruh makan je.

Pastu adalah joget-joget dengan chicky. Gegirl berdua ni nampak happy sangat.

Dapat hadiah untuk gegirl.

Sebelum balik aku mesti bergambar dengan bff aku merangkap biras.

Bersama biras yang baru join club.

Inilah hadiah untuk anak-anak. Ammar pun ada dapat untuk game.

Ini hadiah daripada KFC untuk besday girl. Terima kasih yang tak terhingga buat mak uda yang sponsor majlis ni buat Adriana. Lepas ni kena buat untuk Ammar pulak. Dia tanya besday dia nak chicky jugak. Celah mana mak nak kuar modal nak cari chicky ni? Ada sesiapa yang rela hati nak jadi chicky? Hehehe...Sekian entri pagi ini. Wassalam.

Salam pena,



Tuesday, January 26, 2016

Satu Nyanyian Najwa Latif

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Hari ini ada entri di waktu malam. Jangan terpedayalah kalau entri-entri begini memang entri auto publish. Mak tak kuasa nak menulis blog selalu. Sekarang ni kalau dapat satu entri sehari pun dah kira bernasib baik. Sekarang memang tengah fokus pada benda lain.

Baiklah nak kongsikan lagu kegemaran. Lagu nyanyian Najwa Latif. Aku suka dengar. Tak tahulah korang suka ke tidak. Mari tengok lirik-liriknya.

Dulu kita tiada beza
Hanya seperti manusia biasa
yang ditakdir jatuh cinta
Jatuh cinta pandang pertama
Tak ku sedar entah mengapa
kita semakin jauh berbeza
Kau tinggalku begitu saja
Dan hilang dari depan mata

Berikan aku satu peluang
Peluang untuk mencintaimu
Berikan aku satu peluang
peluang untuk merinduimu
Sekali lagi

Adakah engkau lupa
Saat pertama kita jatuh cinta
Sering tawa sedih duka
Kita lalui bersama

Berikan aku satu peluang
Peluang untuk mencintaimu
Berikan aku satu peluang
Peluang untuk merinduimu


Aku suka jugak tengok video klipnya. Entah kenapa rasa sebak bila dengar lagu ni dan tengok video klipnya. Selamat mendengar lagu ini.

Salam pena,



Cerita Hari Ini

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Hari ini aku cuti atas sebab-sebab tertentu dan tidak dapat dielakkan. Lagi pun dah lama tak cuti sendiri. Boleh berehat-rehat di rumah dan melakukan beberapa aktiviti sendiri. Saya perlukan masa untuk diri sendiri. Hah gitu. Poyo je.

Walaupun hari ini cuti namun tugas hakiki tetap berjalan seperti biasa. Awal pagi sudah berdedai-dedai di atas jalan raya untuk hantar anak-anak ke sekolah. Nasiblah hari ini cuti. Anak bongsu si Ammar buat perangai. Setakat ni dia bongsulah kan. Buku dia tertinggal kat rumah nenek. Dah satu hal. Tengok dia nangis aku pergi amik buku dia kat rumah nenek.

Buku inilah yang tertinggal. Adoilah anak. Tengok dia mengesat air mata memang mengusik naluri keibuaan.

Kemudian tunggu seseorang untuk bersarapan bersama. Bukan skandal. Hahaha.. Tunggu my adik ipaqlah. Saje buat kontroversi. Lepas sarapan pergi kedai dia dan kemudian balik rumah. Cuaca mendung aje hari ini. Memang apa aku rancang nak buat tak menjadilah nampaknya. Sebab lebih tertumpu ke arah katil. Ngelat sungguh!

Jam 12.30 aku keluar ke depan taman beli makanan. Nak masak memang taklah. Makan laksa dan beli mocha untuk santapan tengahari.

Makan sambil layan drama paling sweet. Drama Sha dan Shah. Sweet gile. Tersenyum-senyum sendiri masa menonton tadi. Terbaik. Lepas makan smabung buat kerja. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Santapan Tengah Malam

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Mata dah mengantuk tadi. Tidurkan anak-anak aku golek sekali tetapi diganggu dengan perut yang berkeroncong. Memang tak lelaplah tidur aku nampaknya. Sudahnya aku bangun dan menuju ke dapur. Memang tadi ada keluarkan ayam dan perencah. Ikut dan lah kalau tak tertidur aku masaklah.

Jadinya kena hadamkan betul-betul makanan ni sebelum masuk tidur. Ini yang sempat update blog kejap. Tapna rasa bersalah tadi aku makan. Siapa kata makan sorang-sorang tak selera. Aku berselera aje. Hahaha...Sepinggan mee basah aku bedal tanpa rasa bersalah menghantui diri.

Baiklah entri pendek untuk malam ini. Sekarang ini agak terhad untuk menulis di blog sebab fokus sudah berlari ke arah lain. Fokus yang itu perlu dilebihkan untuk disiapkan secepat mungkin. Moga dipermudahkan urusanku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




Monday, January 25, 2016

Kisah Sabtu Dan Ahad

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Dua hari ini sibuk yang amat. Mana tumpuan sudah ke arah lain. Terpaksa dilebihkan pada yang itu terlebih dulu. Perlu mengejar dateline sendiri.

Dalam pada sibuk dengan urusan sendiri, urusan bersama keluarga jugak tidak dilupakan. Kebetulan hari ini johor cuti sempena perayaan Thaipusam, makanya asben adalah. Jadi hujung minggu kali ini terasa best.

Pagi sabtu kami empat beranak bersarapan di kedai. Aku pekena dua keping capati dengan kuah sardin. Kemudian segelas teh o limau. Selesai bersarapan kami ke Family Store beli barang dapur. 

Sampai rumah terus ke dapur untuk memasak. Asben dah request nak makan aku masak. Sambil masak aku tengok drama Sha dan Shah.

Inilah hasil memasak aku sabtu lepas setelah beberapa minggu berhibernasi tak masak.

Hari ini kami mengukur jalan. Keluar awal lepas sarapan je kami bersiap. Menuju ke Dataran Pahlawan. Tiga kali jugak tawaf cari parking. Hampir nak balik tadi.

Masa ni ambil gambar dari atas jejantas. Sesak dan padat!

Berwefie empat beranak.

Anak-anak menikmati aiskrim mcd.

Sebelum balik singgah makan dulu.

Tekak aku teringin nak minum float ni.

Hasil yang dirembat di Kaison dan Mr Diy.

Tujuan utama meredahkan jammed sebab nak beli benda alah ni. Huhuhu...Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Wednesday, January 20, 2016

Adriana 8 Tahun

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Rabu yang indah dan pagi yang ceria. Semoga dipermudahkan segala urusan kita untuk hari ini. Aku seperti biasa dengan rutin hakiki setiap pagi menghantar anak-anak ke sekolah. Awal pagi sudah berlibur di atas jalan raya.

Baiklah, kembali kepada tajuk di atas. Tanggal 20 Januari adalah hari istimewa untuk my princess. Hari ulangtahun kelahirannya. Hari ini genaplah Nur Adriana Qistina ke angka lapan tahun. Walaupun sudah lapan tahun berlalu, kisah mama bertarung nyawa di bilik bersalin untuk melahirkan anak dara ini masih segar di ingatan. Akibat terlampau lama untuk melahirkan dia, akhirnya kaedah vakum digunakan.

Inilah wajahnya beberapa hari sebelum genap usianya ke lapan tahun. Sekarang dah pandai buat permintaan nak pakai tudung. Jadi aku baru belikan dia beberapa helai tudung. Untuk Adriana anak mama, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Itu sahaja entri ringkas untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Monday, January 18, 2016

Stok Bekalan Anak-anak

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Kembali ke sekolah, kembali bekerja, kembali menjalani hari-hari yang kelam-kabut dan kembali menjalani rutin hakiki yang super duper. Sekarang waktu malam aku dah siap-siapkan semua keperluan anak-anak supaya paginya aku tidaklah kelam kabut sangat.

Susun beg-beg depan pintu, awal pagi terus angkut semua dalam kereta. Senang. Sentuh bab bekal untuk anak-anak ke sekolah. Semenjak asben tak kerja di Melaka, aku memang sangat terkejar-kejar masa. Pagi memang tak sempat nak bersantai-santai kat dapur nak siapkan bekal.

Jadi, aku siapkan bekal yang ringkas aje untuk anak-anak supaya waktu pagi aku tidak kelam-kabut. Tapi aku tetap akan bawakkan mereka bekal jugak. Sesekali aje aku singgah di gerai untuk beli kuih. Memang tak dan berbento bagai. Ada yang terlambat nanti.

Inilah stok yang aku beli untuk mereka berdua. Rotilah, biskutlah, waffle dan apa saja. Janji mereka kenyang di sekolah.

Dan tidak ketinggalan, aku bekalkan sekotak air coklat selain air masak untuk mereka. Itu saja yang mampu dan terdaya untuk aku lakukan untuk mereka. Sekian dan wassalam.

Salam pena,