Friday, July 24, 2015

Kisah Sehari Sebelum Aidilfitri

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam jumaat dan salam 8 Syawal. Sekejap je sudah seminggu berhari raya. Mood raya still on. Sebenarnya bukan beraya sangat pun tapi sebab cuti terlalu lama. Selalunya aku cuti raya sehari sebelum raya je. Tapi oleh sebab asben cuti lama makanya aku pun cuti jugaklah.

Kisah sehari sebelum raya memang agak haru biru. Hectic day. Even hari rabu tu aku dah rasa kekalutan tu. Macam tak cukup nafas. Mana dengan kena saman MPHTJ. Aku salah sebab parking luar kotak. Nampak kereta orang lain park situ aku pun ikut. Itulah ikut orang sangat. Huhuhu...Seriklah aku nak ke situ lagi nampaknya. Kalau pergi mesti cari tempat proper untuk parking ye.

Khamis tu seawal pagi sudah mula membuat kerja-kerja rumah. Sebabnya sebelah tengahari nak balik rumah mak. Rumah mak bukan jauh mana pun. Dari sebelah malam aku buat kerja tak habis-habis. Adalah mengemas dengan asben malam tu sebab memang tak kemas satu apa pun.

Malam khamis tu aku sibuk mengubah bunga. Suami aku pi cabut bunga-bunga kat ruang tamu sebab nak basuh. Terkial-kial aku nak gubah balik. Hentam ajelah labu.

susun-susun mana yang patut. Frame gambar tu baru sempat gantung. Beli dah sebulan.

Asben gantung frame bunga.

Settlekan hal rumah dalam perjalanan nak balik rumah mak pergi beli lemang kat sini dulu.

Asben dah beli dua batang konon nak beli tambahan. Sekali dah habis. Ramai orang.

Singgah lagi cuci kereta. Banyak persinggahan.

 
Sebelah petang ketupat sudah siap dimasak.

 
Lauk-lauk untuk petang raya yang sudah dimasak.

 Aku dengar pengumuman raya.

 Budak-budak sibuk main bunga api.

Suasana di rumah mak malam raya.

Pelita ni adik yang pasang. Rajin pula tahun ni berpelita bagai. Itu aje kisahnya. Tengahamalam lepas dah siap kat rumah mak kita ornag bertolak balik rumah mak mertua di Bukit Rambai. Memang malam raya kita orang tidur rumah mak sana. Itu sahaja kisah sehari seblum raya. Nanti bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Wednesday, July 22, 2015

Cuti Raya Sudah Habis, Kembali Ke Pangkal Jalan

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam 6 Syawal 1436H. Kembali bersiaran setelah enam hari menyepi diri. Raya kan. Memang tak ada masa nak menulis. Kepenatan sehingga kehilangan ayat untuk dititipkan di sini. Pyo sangat.

Makanya ini adalah entri pertama di bulan Syawal. Aku mula bercuti sehari sebelum menyambut Syawal dan hari ini barulah kembali memulakan kerja. Mencari mood dan mengumpulkan semangat setelah enam hari bercuti. Jangan mood menjengah sebelah putang sudahlah. Hehehehe...

Hari ini kembali ke alam nyata. Memulakan hari dengan mencari rezeki untuk keluarga. Kembali ke rutin harian yang ditinggalkan sebulan kan. Anak-anak pun sudah mula bersekolah hari ini. Misi berkejar-kejaran di dalam rumah bermula. Pagi kelam-kabut sediakan sarapan dan bekalan anak-anak. Masak untuk suami makan tengahari. Kena telan segala macam vitamin untuk menjadi cergas sepanjang hari. Ini pun mata sudah seakan-akan minta dikatup. Cuti enam hari bukan dapat rehat sepnuhnya. Mana berjalan raya, mana melayan tetamu.

Ini adalah entri pembukaan selepas berakhirnya cuti aidilfitri. Walaupun disambut secara sederhana, masih lagi dalam konsep bersyukur kerana masih diberi peluang utnuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Itu yang lebih bermakna pada Syawal ini.

Anak-anak di pagi raya. Up sekeping dulu gambar mereka. Yang tudung bunga tu anak buah aku. Dia tidur rumah mak mertua malam raya tu. Itu yang ada dengan aku.

Gambar wefie kami laki bini. Bukan senang suami ajak bergambar. Selalu aku yang ajak dia. Kali ni dia yang bergambar. Jangan cakap ahkak tak belanja. Ahakssss...Itu dulu buat masa ini, akan menyusul dengan pelbagai entri yang mengisahkan sambutan aku sekeluarga sempena hari raya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Thursday, July 16, 2015

Salam Aidilfitri Daripada Blog ApenIdaRiana

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Ada yang sudah pulang ke kampung kan. Pada yang baru memulakan perjalanan pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang. Kami sekeluarga tak pernah merasa suasana pulang ke kampung. Masing-masing kampung di Melaka aje.


Di kesempatan ini, izinkan saya memohon ampun dan maaf pada pembaca blog ini andai ada penulisan saya mengguris hati sesiapa. Maafkan kekhilafan saya itu.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin. Semoga Aidilfitri ini membawa sinar dan mengeratkan ukhwah sesama sendiri.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Projek Kuih Raya

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari. Semalam sempat buat dua jenis biskut raya. Last minit punya projek kan. Itu pun yang ringkas. Bahan dah ada haruslah diteruskan juga. Sayangkan nanti bila nak buat.


Cornflakes coklat.


Ini sepatutnya semperit. Tapi kenapalah tahun ni aku terap guna acuan semperit tak menjadi. Stress jadinya. Akhirnya lepas give up aku buat je rupa ni. Jadilah daripada aku buang tepung dalam tong sampah. Huhuhu...


Empat jenis kuih yang aku buat.


Tiga jenis yang aku beli dari kawan. Saja menyokong mereka berniaga. Tahun sebelumnya langsung tak beli. Tahun ni merasalah. Itulah kisah kuih raya aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Catatan 27 & 28 Ramadhan : Menu Berbuka Puasa

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi. Salam 29 Ramadhan. Jika diikutkan hari ini adalah hari terakhir bulan Ramadhan. Esok Syawal pula menyusul. Hati terasa sayu akan pemergian Ramadhan namun terselit rasa gembira menanti Syawal.

Sebelum itu, aku mahu titipkan cerita Ramadhan di blog ini. Sebagai kenangan pengubat rindu di masa akan datang.


Selasa kelmarin aku ke bazaar untuk membeli sedikit juadah berbuka. Hari tu aku dan anak-anak berbuka di rumah mak sebab asben ada jemputan berbuka di rumah rakan sekerja.


Aku tapau nasi lemak aje.


Kuih vadey dan sambal udang petai.


Semalam pula aku tak sempat nak masak sebab selesai dua jenis kuih yang tertangguh. Makanya asben beli lauk di bazaar. Aku masak nasi je.


Sedap jugak ayam percik ni. Itu sahaja entri ringkas untuk hari ini. Nak siap kemas rumah kemudian mahu ke rumah mak. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Catatan 26 Ramadhan : Iftar di Ala Kassim Ikan Bakar

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Jam menunjukkan lagi sepuluh minit mahu ke tiga pagi. Pukul tigaaaa pagi. Baru selesai melakukan beberapa kerja. Kejap lagi mahu tidur. Esok perlukan tenaga sebab nak masak, nak kemas rumah. Macam-macam nak buat.

Sebelum tidur aku update blog dulu. Amik mood dulu ye. Fikiran tengah menerawang entah ke mana-mana. Berbalik pada tajuk entri, isnin kelmarin kami empat beranak berbuka di luar. Aku request dengan asben nak makan ikan bakar. Jadi asben pun memenuhi permintaan bininya. Huhuhu...


Kami sampai lepas maghrib. Memang saja sampai lepas berbuka. Waktu tu dah tak sesak sangat. Kita orang dah berbuka di rumah dulu. Makan roti.


Otak-otak kegemaran ammar.


Budak ni dah makan dulu tak sabar tunggu lauk.


Kerang rebus kegemaran adriana.


Ketam pula kegemaran aku. Asben yang belikan. Aku tak mintak pun. Kami order sikit-sikit je buat rasa. Ada jugak order ikan siakap separuh masak masam manis. Makanan yang dipesan habis dimakan. Tidaklah membazir.

Itu sahaja entri pagi ini. Nanti menyusul satu lagi entri 27 dan 28 Ramadhan. Tunggu....Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Wednesday, July 15, 2015

Biskut Raya 2 : Biskut Coklat Chip

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Suasana di pejabat semakin sunyi. Hanya kedengaran lagu raya berkumandang dari komputer. Aku sudah semakin krik krik. Kami suami isteri mula bercuti esok sehingga selasa depan. Kampung pun bukan jauh mana pun.

Hari ini aku half day. Ada beberapa urusan perlu diselesaikan petang ini dengan kadar segera. Macam-macam kerjaan yang menunggu. Kerja kat rumah sendiri dan kerja kat rumah mak. Esok aku akan balik rumah mak untuk masak juadah hari raya. Nasiblah rumah mak dan rumah aku tidak jauh mana.

Baiklah berbalik kepada tajuk entri, kisah ahad lepas yang aku sibuk bebenor sampai asben kena masak nasi goreng untuk berbuka. Hehehehe...Aku gigih menyiapkan biskut coklat chip. Nasiblah ada pembantu cilik. Nana tekun membantu aku di dapur menhabiskan misi mengentel biskut coklat chips tu.

Dulang biskut yang menunggu untuk dibakar. Aku letakkan sekali resipinya. Manalah tahu ada yang berminat mahu mencuba.

RESEPI BISKUT COKLAT CHIPS (untuk 2 adunan) Bahan-bahannya: 10oz gula halus 2 buku butter 4 biji telur 300 gram kacang badam 2 cawan milo 1 kotak tepung naik sendiri 1 sudu teh cream of tartar 1 sudu bicarbonate 400 gram coklat chips Cara-caranya : Pukul telur, butter dan gula hingga kembang. Campur badam, milo, tepung, coklat chips dan gaul hingga sebati. Simpan adunan tadi di dalam peti sejuk beberapa minit, apabila agak keras bentuk bulat-bulat dan dileperkan. Bakar hingga masak. Nota>>>Cream of tartar dan bicarbonate dicampur pada tepung kemudian ayak.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

RESEPI BISKUT COKLAT CHIPS (untuk 2 adunan)

Bahan-bahannya : 

10oz gula halus 
2 buku butter 
4 biji telur 
300 gram kacang badam 
2 cawan milo 
1 kotak tepung naik sendiri 
1 sudu teh cream of tartar 
1 sudu bicarbonate 
400 gram coklat chips 

Cara-caranya : 

Pukul telur, butter dan gula hingga kembang. Campur badam, milo, tepung, coklat chips dan gaul hingga sebati. Simpan adunan tadi di dalam peti sejuk beberapa minit, apabila agak keras bentuk bulat-bulat dan dileperkan. Bakar hingga masak. 

Nota>>>Cream of tartar dan bicarbonate dicampur pada tepung kemudian ayak.


Selesai bakar dua adunan. Dapatlah lima botol penuh. Sebotol untuk rumah aku je. Yang lain ada orang punya. Satu rumah mak, satu rumah mak mertua, satu untuk Mira Mokhtar dan selebihnya ada untuk seseorang. Setakat ni dapat buat dua jenis biskut. Ada lagi kut untuk hari ini yang last kopek. Simple je pun. Tunggu dan lihat jealah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Catatan 25 Ramadhan : Nasi Goreng Air Tangan Suami

Teks : Fyda Adim
Foto : Hp Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam 28 Ramadhan. Mesti ada yang sudah bercuti. Aku masih lagi bekerja. Ramai juga yang sudah mula bercuti hari ini. Jadi pejabat agak sunyi dan perasaan aku pun dah krik krik krik sangat. Jasad di pejabat tapi hati sudah melayang teringat rumah. Banyak kerja yang menunggu. Hari ini kena juga selesaikan secepat mungkin.

Ahad lepas bersamaan 26 Ramadhan, aku memang sibuk. Sibuk di dapur membuat biskut raya. Tahun ni memang serba serbi lambat persiapannya. Dah hujung-hujung baru terhegeh-hegeh itu pun memaksakan diri.

Jadi memang tak sempat nak masak untuk bebruka. Mana nak keluar kejap pergi jumpa kawan amik biskut seroja. Memang agak kelam kabut sikit ahad kelmarin.

Jadi inilah hasil air tangan suamiku yang tercinta. Nasi goreng mabeles dari dia.
 
Menu tambahan adalah mee bandung dan asben goreng nugget. Itu sahaja menu kami empat beranak. Syukur alhamdulillah. Itulah serba sedikit perkongsian untuk hari ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Tuesday, July 14, 2015

Cerita Sabtu 24 Ramadhan

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang. Salam 27 Ramadhan. Setengah jam lagi mahu beransur pulang. Hati sebenarnya sudah menjengah ke rumah. Fikir mahu masak apa untuk berbuka nanti. Mood raya pun sudah semakin datang. Buat-buat feeling nak raya sebenarnya. Hehehe...

Berbalik kepada tajuk entri, sabtu lepas kami berbuka di rumah biras aku iaitu kak ipar asben. Jadi hari tu aku pun memang bercadang tak mahu ke dapur sebabnya mengemas rumah. Bila sudah dipelawa untuk berbuka di rumahnya memang tersangatlah berterima kasih.

Kami bawak roti john yang dibeli di bazaar.

Bila berbuka ramai-ramai menunya pun banyak dengan pelbagai juadah.

Yang ini biras aku jugak. Adik ipar asben. Kami kamcing gile.

Balik rumah malam tu aku keluarkan butter sebab ada projek membuat biskut raya. Malam tu aku adun tepung untuk biskut coklat chips. Esoknya baru aku buat sebab mata sudah mengantuk. Sekian entri ringkas petang ini. Wassalam.

Salam pena,



Catatan 22 & 23 Ramadhan : Menu Dari Bazaar Ramadhan

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Salam 27 Ramadhan 1436H. Lagi dua hari saja mahu menyambut Syawal. Aku masih lagi bekerja. Esok last kerja. Khamis hingga selasa depan cuti raya. Semakin hujung Ramadhan semakin sayu hati ini. 

Minggu lepas, dua hari berturut-turu aku berbuka sendiri. Suami berbuka di luar bersama rakan sekerja. Ada jemputan entah dari mana-mana. Ada kilang jemput, jemputan KASTAM lagi. Jadi aku berbukalah dengan anak-anak. Tapi dua hari tu aku berbuka kat rumah mak. Tak adalah berbuka sorang-sorang. Aku ok je kalau nak berbuka kat rumah.

Jadi dua hari tu aku beli makanan di bazaar ramadhan je. Saje tukar selera kan lagipun senangkan diri sendiri. Adik aku pun ajak aku apa lagi. Terjah jelah. Bawak anak-anak ke bazaar. Macam-macam yang dimintaknya.

Mee sup untuk adriana, nasi ayam untuk ammar dan nasi lemak untuk diri sendiri. Donut tu anak-anak yang mintak.

Kemudian hari kedua berbuka di rumah mak juga. Hari jumaat tu asben berbuka kat EQ. Biasalah ditinggalkan lagi. Adik ipar telefon tanya aku nak kirim apa. Dia orang nak ke bazaar ramadhan. Masa tu aku tengah bersiap. Jadi aku kirimlah nasi kerabu. Hari tu makanan berbuka aku hanya nasi kerabu. Sebabnya kirim orangkan. Cuba kalau beli sendiri mahu lupa diri.

Itu sahaja entri ringkas untuk tengahari ini. Moga dapat ditiipkan kenangan ramadhan kali ini hingga ke penghujungnya. Malam ni bercadang mahu buat sejenis kuih lagi. Moga datang kerajinan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Monday, July 13, 2015

Catatan 21 Ramadhan : Mee Bandung Menu Iftar

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Salam 26 Ramadhan. Ramadhan bakal meninggalkan kita. Sayu je kan. Tahun ni persiapan untuk raya ala kadar. Serba serbi lambat semuanya. Saat-saat akhir baru terhegeh-hegeh nak mencari. 

Nak ceritakan kisah minggu lepas. Minggu lepas hari rabu aku masak mee bandung. Dah jemu makan nasi tekak tiba-tiba nak ubah selera. Kebetulan aku ada kirim perencah mee bandung daripada officemate. Petang tu juga gigih singgah kedai balik dari kerja. Nak beli sayur sawi dan bahan-bahan lain.

Maka inilah hasil yang tidak seberapa. Leburkan semuanya dalam periuk. Stok kat rumah yang ada hanyalah daging. Aku beli bahan-bahan lain kat kedai runcit depan taman. Cukuplah satu menu yang sudah mengenyangkan perut. Alhamdulillah.

Itu sahaja entri ringkas yang masih berkisarkan tentang menu atau juadah beriftar. Semoga diberi peluang lagi untuk menempuh detik ini lagi. InyaAllah...Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Friday, July 10, 2015

Catatan 20 Ramadhan : Lauk Ikan Parang Juadah Berbuka

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Jam menunjukkan 4.15 pagi. Bangkit sahur dan menjalankan misi megadun tepung nak buat biskut raya. Adun dulu esok siang bolehlah buat kan. Sahur lauk bawak balik dari rumah biras. Tadi berbuka rumahnya.

Berbalik kepada tajuk, ini kisah selasa lepas. Asben request lagi asam pedas ikan parang. Macam sedap bebenor. Ini kisah nak habiskan stok begitulah jadinya.

Juadah ringkas untuk selasa lepas.

Semangkuk asam pedas ikan parang untuk dia. 

Lauk tambahan mesti ada sayur. Laki aku kalau tak ada sayur memang tak sah. Itu sahaja entri ringkas selepas sahur. Sekian dan wassalam.

Salam pena,