Thursday, April 30, 2015

Barang Yang Lepas Jangan Dikenang

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Lagi setengah jam mahu pulang. Menanti detik ni. Selamat bercuti panjang. Pasti semuanya ada agenda masing-masing bersama keluarga tercinta. Begitu juga dengan aku yang penuh dengan program. Padat! Janji kita dapat menghabiskan masa bersama yang tersayang. Bahagia bukan.

Dengan menyibukkan diri pasti kita tidak memberi ruang pada diri untuk mengenang kisah-kisah silam. Mengimbau kenangan-kenangan silam ni bukannya menjadi satu kesalahan. Namun begitu andai kenangan silam yang best jika diingatkan kembali pasti membuatkan kita tersenyum simpul. Tetapi jika terkenang yang pahit-pahit, pasti membuatkan diri dirundum duka dan sedih. Sudahnya kita menjadi parah!

Jadi jangan biarkan hidup kita ini dihantui oleh kenangan silam yang menyakitkan. Jangan disebabkan peristiwa silam itu membuatkan kita lebih jatuh dalam hidup. Lupakan andai itu boleh merosakkan diri. Lepaskanlah...

Dipetik daripada blog Kak Aina Emir

Okeylah... ungkapan di atas ini memang biasa diguna oleh orang kita untuk memberi nasihat agar kita tak mengungkit kisah-kisah lama. Konon-konon apa yang dah berlalu, biarlah ia pergi dan terus dilupakan. Mungkin ada baiknya kot. Kalau kita nak menapak ke depan, biar semua yang dah berlalu, terutama tentang perkara negatif, kita lupakan sahaja. Tak payahlah kot kita duk mengintai sana-sini, duk kerobek sana-sini. Huhu...
 
Pun begitu, kita jangan pula lupa pada sejarah. Sejarah banyak tinggalkan pengajaran. Sejarah lama ada ceritanya dan kita jangan pula buat-buat tak ambil kisah, takut sejarah berulang lagi. Betul tak?

Kalau ada yang tak elok terjadi dalam hidup kita, memang elok kita belajar untuk melupakan nya, namun dalam pada itu, kita jangan terlalu yakin yang perkara yang sama tak mampu untuk berlaku lagi.

Okeylah... sekadar untuk mengingatkan diri sendiri agar sentiasa berjaga-jaga dan jangan terlalu yakin dengan apa yang datang. Subhanallah, semoga Allah swt melindungi kita. Aamiin..

Berubahlah. Kita berhak menentukan ke mana arah tuju hidup kita. Yang lepas, biarkan lepas kerana tidak akan dapat merubah apa pun. Fokus apa yang ada di hadapan kita. Pastikan apa yang kita lakukan adalah yang terbaik buat diri kita. Sekian dan wassalam...

Salam pena,

Drama Bersiri Yang Diikuti

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Entri kedua menyusul untuk hari ini. Semangat apakah ini? Kerajinan apakah yang telah merasuk dalam diri ini? Semangat nak bercutikah? Baguslah kalau semangat menulis sudah kembali meresap ke dalam diri setelah beberapa lama ditarik.

Entri ni sahaja mahu berkongsi. Aku memang peminat tegar drama-drama melayu. Tegar yang amat. Tak mengacau atau menganggu hidup orang kan kalau aku minat terlampau dengan drama. Jadinya ini adalah beberapa drama melayu yang aku ikut. Drama yang ditayangkan di TV3 dan TV9.

Drama Hati Perempuan disiarkan di TV3 jam 7.00 malam. Pada mulanya tak mengikuti sangat dan tak berapa suka. Lama-kelaman tersuka pula. Drama ni memang ada persamaan dengan realiti. Mesti ada penyibuk, pengacau rumahtangga, peruntuh. Geram dengan watak Ku Lin tu. Psiko sangat.

Ajaibnya Cinta pun aku ikut perjalanan ceritanya. Semalam sudah tamat dramanya. Ini kesinambungan telemovie Mak Cun Pergi Spain tu. Macam tu kut tajuknya.

Drama Bencinta ni memang aku ikut daripada episod pertama. Bila dah ikut dari awal memanglah nak tengok sampai penghujungnya. Lakonan Fattah Amin pun ok. Pertama kali jugaklah aku tengok lakonannya.

Drama Ayuni Safira yang ditayangkan di TV9. Baru empat episod. Aku memanglah ikut sebab pelakon kegemaran aku berlakon. Dah lama tak tengok Aqasha berlakon. Jadi aku kenalah tengok sebab heronya. Ahaks...Itu saja entri merapu tengahari ini. Mahu lelap mata kejap. Sekian dan wassalam.

Salam pena,

~Mee Kari Santapan Sekeluarga~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Esok sudah mula bercuti sempena cuti Hari Pekerja. Cuti agak panjang selama empat hari memandangkan wesak day jatuh pada hari ahad dan digantikan pada hari isnin. Memang sangat seronok. Pagi ni ke kerja dengan semangat esok cuti. Hahaha...

Esok kami sekeluarga ada agenda. Kali ini ke luar Melaka. Bercadang mahu ke Pesta Buku yang diadakan di PWTC. Jadi untuk cuti ni mungkin dapur tidak berasap. Sabtunya kami ada dua kenduri kawin begitu juga hari ahadnya. Bercadang cuti ni mahu juga mengemas rumah tapi entah kesampaian atau tidak memandangkan jadual agak padat.

Jadi marilah aku kongsikan menu sabtu dua minggu lepas yang aku masak. Manalah tahu dapat memberi idea pada korang yang sedang kebuntuan mahu masak apa untuk cuti-cuti nanti. Tempoh hari teringin benar aku makan mee kari. Tapi nak yang masak sendiri. Jadi aku belilah bahan-bahannya masa balik kerja hari jumaat.

Usai subuh aku sudah menjengah ke dapur. Asben pun pelik aku masak awal begitu. Anak-anak masih lagi lena jadi bolehlah masak dalam keadaan yang tenang.

Ini adalah bahan-bahan untuk dimakan bersama mee kari.

Siap sudah kuahnya.

Sepinggan mee kari untuk aku.

Sup ayam ni aku masakkan untuk nana. Biasalah anak aku tu lidah omputih. Takut makan pedas. Jadi aku masakkan sup ayam untuk dia. Jadi untuk nana jadinya mee sup. Ammar? ammar kan sudah ku bilang tolak kayu dan batu aje. Janji perut dia kenyang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,

Wednesday, April 29, 2015

Anak Soleh Tabung Akhirat Ibu Dan Ayah

Teks : Sinar Harian
Foto : Sinar Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Entri pertama untuk hari ini. Sedikit perkongsian untuk kita para ibu bapa. Semoga dapat dimanfaatkan bersama. Selamat membaca!

SEBAGAI ibu bapa, sudah pastinya berharap dikurniakan anak yang baik dan soleh menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Begitu besar keinginan kita untuk memiliki anak yang soleh dan solehah menjadi aset kekal kepada kita hingga akhirat. Orang biasa walau pendosa sekalipun menginginkan anak yang baik akhlak dan budinya. Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan jika menginginkan zuriat soleh dan solehah? Sentiasalah berdoa kepada ALLAH Jika kita ingin memiliki zuriat yang soleh dan solehah ini, doa adalah kunci utamanya. Rintihlah pada ALLAH agar Dia kurniakan seorang anak yang baik, sentiasa mengikuti segala suruhan-Nya. Amalan berdoa ini (Surah Ali Imran ayat 38) amalan dilakukan nabi dan rasul. Tanamlah akidah Islam dalam diri Akidah adalah asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan. Ini kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagiaan dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Penekanan terhadap ibadah Penekanan daripada sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada ALLAH. Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada ALLAH dapat menyedarkan anak perihal sifat manusia sebagai hamba disisi-Nya. Berilah penekanan akhlak Memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, Nabi SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dengan memiliki akhlak yang mulia, ia adalah amalan yang paling berat dalam timbangan di hari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab di hadapan ALLAH. Makanan daripada sumber halal Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak adalah makanan daripada sumber yang halal serta menjauhi daripada sumber yang syubhah apatah lagi yang haram. Ini kerana makanan yang bersumberkan rezeki halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi melahirkan zuriat yang pintar dan sihat akhirnya mendorong seseorang ke arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat ALLAH di akhirat. Kelima-lima perkara ini penting dan perlu diberi perhatian kita sebagai orang tua kepada anak-anak untuk membina mereka menjadi insan yang sempurna pelaburan kita semasa di dunia dan juga di akhirat. Tunjukkan akhlak terbaik Walaupun perkara di atas penting dititik beratkan ibu bapa kepada anak-anak mereka, sebenarnya yang utamanya sekali adakah kita sebagai ibu bapa sudah memenuhi tuntutan pertama untuk miliki anak yang soleh dan solehah ini. Apakah tuntutan pertama itu? Tuntutannya adalah menjadikan diri kita seorang yang soleh dan solehah terlebih dahulu. Itu asas dan formula mujarab menghasilkan anak yang soleh dan solehah. Teliti dan selidiklah diri kita, adakah sudah memenuhi kriteria sebagai anak soleh atau solehah? Kisah doa anak soleh Penulis ingin berkongsi satu kisah mengenai berkat doa anak soleh. Kisah ini memberi kesan kepada penulis dan rugi jika tidak dikongsi bersama. Ia adalah kisah Nabi Musa dan jirannya di syurga kelak. Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan ALLAH. Setiap kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH. Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada ALLAH: "Ya ALLAH, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". ALLAH menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalamnya. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering dan dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. Nabi Musa bertanya: "Wahai saudara! Apakah agama kamu?". "Agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka melakukan dosa yang besar, ALLAH menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan ALLAH itu soal lain. Itu urusannya dengan ALLAH. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku." Sambungnya lagi: "Setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi ALLAH masih belum memakbulkan lagi," tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. Firman-Nya: "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami." Firman-Nya lagi: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa bapa dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada ALLAH supaya kedua ibu bapa kita diampuni ALLAH. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa di alam kubur. Anak yang menjadi aset dan membawa manfaat bukan sekadar di dunia malah di akhirat.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

SEBAGAI ibu bapa, sudah pastinya berharap dikurniakan anak yang baik dan soleh menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Begitu besar keinginan kita untuk memiliki anak yang soleh dan solehah menjadi aset kekal kepada kita hingga akhirat. Orang biasa walau pendosa sekalipun menginginkan anak yang baik akhlak dan budinya. 

Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan jika menginginkan zuriat soleh dan solehah? 

Sentiasalah berdoa kepada ALLAH.

Jika kita ingin memiliki zuriat yang soleh dan solehah ini, doa adalah kunci utamanya. Rintihlah pada ALLAH agar Dia kurniakan seorang anak yang baik, sentiasa mengikuti segala suruhan-Nya. Amalan berdoa ini (Surah Ali Imran ayat 38) amalan dilakukan nabi dan rasul. 

Tanamlah akidah Islam dalam diri 

Akidah adalah asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan. Ini kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagiaan dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. 

Penekanan terhadap ibadah 

Penekanan daripada sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada ALLAH. Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada ALLAH dapat menyedarkan anak perihal sifat manusia sebagai hamba disisi-Nya. 

Berilah penekanan akhlak 

Memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, Nabi SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dengan memiliki akhlak yang mulia, ia adalah amalan yang paling berat dalam timbangan di hari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab di hadapan ALLAH. 

Makanan daripada sumber halal 

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak adalah makanan daripada sumber yang halal serta menjauhi daripada sumber yang syubhah apatah lagi yang haram. Ini kerana makanan yang bersumberkan rezeki halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi melahirkan zuriat yang pintar dan sihat akhirnya mendorong seseorang ke arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat ALLAH di akhirat. Kelima-lima perkara ini penting dan perlu diberi perhatian kita sebagai orang tua kepada anak-anak untuk membina mereka menjadi insan yang sempurna pelaburan kita semasa di dunia dan juga di akhirat. 

Tunjukkan akhlak terbaik 

Walaupun perkara di atas penting dititik beratkan ibu bapa kepada anak-anak mereka, sebenarnya yang utamanya sekali adakah kita sebagai ibu bapa sudah memenuhi tuntutan pertama untuk miliki anak yang soleh dan solehah ini. Apakah tuntutan pertama itu? Tuntutannya adalah menjadikan diri kita seorang yang soleh dan solehah terlebih dahulu. Itu asas dan formula mujarab menghasilkan anak yang soleh dan solehah. Teliti dan selidiklah diri kita, adakah sudah memenuhi kriteria sebagai anak soleh atau solehah? 

Kisah doa anak soleh 

Penulis ingin berkongsi satu kisah mengenai berkat doa anak soleh. Kisah ini memberi kesan kepada penulis dan rugi jika tidak dikongsi bersama. Ia adalah kisah Nabi Musa dan jirannya di syurga kelak.

Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan ALLAH. Setiap kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH. 

Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada ALLAH: "Ya ALLAH, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". ALLAH menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. 

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, baginda berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalamnya. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. 

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering dan dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. 

Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. 

Nabi Musa bertanya: "Wahai saudara! Apakah agama kamu?". "Agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. 

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka melakukan dosa yang besar, ALLAH menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan ALLAH itu soal lain. Itu urusannya dengan ALLAH. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku." Sambungnya lagi: "Setiap hari aku berdoa kepada ALLAH agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya ALLAH menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi ALLAH masih belum memakbulkan lagi," tambah pemuda itu lagi. 

Maka ketika itu juga ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. Firman-Nya: "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami." 

Firman-Nya lagi: "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." 

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa bapa dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. 

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada ALLAH supaya kedua ibu bapa kita diampuni ALLAH. 

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa di alam kubur. Anak yang menjadi aset dan membawa manfaat bukan sekadar di dunia malah di akhirat.

Salam pena,

Tuesday, April 28, 2015

Hitam Putih Kehidupan

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Mood aku menulis datang sebelah petanglah pulak. Dah beberapa hari memang waktu-waktu beginilah moodnya kunjung tiba. Hari ini entah kenapa mata ni terasa sangat mengantuk. Lain macam sangat keletihannya. Rehat tadi aku sudah menyeludup masuk surau untuk berbaring. Sekarang ni memang waktu rehat adalah waktu untuk aku melelapkan mata.

Itulah kehidupan harianku. Serba sedikit sebagai isteri, emak pada dua orang cahaya mata dan juga sebagai seorang wanita yang bekerja. Dalam kehidupan kita ini penuh onak dan ranjau yang perlu kita tempuh. Adakalanya kita didatangkan dengan ujian dan dugaan yang tidak pernah terlintas dek akal fikiran kita. 

Dugaan itu adakalanya membuatkan diri kita jatuh. Jatuh? Bangunlah sendiri. Itulah kehidupan. Carilah sebanyak mana kekuatan untuk kita terus bangkit. Dugaan itu mengajar kita menjadi seorang yang lebih kuat dan tabah. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.

Didiklah hati dan diri kita agar tidak menganiaya orang atau berbuat jahat pada orang lain. Manusia sebegini hidupnya tidak akan aman dan tenteram. Walau hakikatnya dirinya tersenyum tapi hatinya parah. Sengaja mencari kesilapan orang lain untuk menutup kesilapan dirinya sendiri. Biarlah suatu hari nanti Allah bukakan pintu hatinya untuk berubah.

Perjalanan hidup kita masih panjang. Jangan habiskan masa kita dengan sakit hati memanjang. Jangan akhiri hidup kita dengan air mata. Perjalanan hidup ini masih panjang sementara menanti hari mati. Sementara kita diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini isikanlah dengan sebaik mungkin. Jangan hilangkan sinar kebahagiaan yang pernah wujud kerana sesuatu perkara. Mungkin sekarang masa dia berada di atas esok lusa kita tidak tahu apa nasibnya pula.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,

Monday, April 27, 2015

~Drama Sangat~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Entri semalam gigih aku menaip menggunakan telefon bimbit. Seksa bukan kemain sebab nak menggunakan jari-jemari yang tak berapa nak meruncing ni. Semedang typo. Tapi aku gigih betulkan segala typo sebab aku ada pengomen tegar blog aku yang cukup tak berkenan kalau aku salah eja. Typing errorlah bang! Siapa lagi kalau bukan laki den bukan laki orang ye. 

Nanti keluarlah ayatnya. "Boleh tak cek dulu sebelum publish." Baiklah saya menurut perintah suami tercinta. Ahaks...

Okeylah, ini kisah sabtu dua minggu sudah. Masa ni memang berjalan sakan. Kita orang kalau hujung minggu memang tak lekat kat rumah. Ada aje nak jalan-jalan. Biasalah hujung minggu adalah masa bersama keluarga tercinta.

Kita orang ke Aeon Bandaraya. Jalan-jalan sampai tak tahu nak ke mana. Kemudian aku ajak asben pekena cendol kat Bunga Raya. Terus keluar daripada pusat membeli belah. Lagi lama dok ldalam tu boleh membelah diri. Sampai warung mamak ni pesan rojak dan cendol sorang satu.

Asben pesan apam balik.

Cik kak ni macam aku pesan cendol jangan letak kacang ye. Sama peel dengan maknya.

Mamat ni tolak kayu dan batu aje. yang lain semua dibedalnya.

Kemudian kita orang ke Mahkota Parade. Langkah kanannya ada pulak artis-artis datang. Para pelakon drama yang di tayangkan di slot TV3 dan TV9. hah harus menggeletek hati aku. Aku kan peminat tegar drama-drama melayu kan. Nak hastag aku suka tengok drama kau yang panas dah kenapa??

Hah itu Fattah Amin pelakon drama Bencinta.

Tak berapa nak clear. Yang itu Siti Saleha pelakon drama Ayuni Safira. Belakang tu pelakon drama Hati Perempuan.

Masa ni aku dah naik ke tingkat atas sebab asben dengan ammar sudah panggil. Aku dengan nana kat bawah. Dapatlah cuci-cuci mata tengok para pelakon. Drama yang ditayangkan biasalah sama seperti perjalanan hidup kita seharian. Ada orang baik, dan ada juga orang jahat. Akhirnya yang jahat mesti dapat pembalasan. Gitulah. 

Kita hidup di muka bumi ni seharusnya berdoa agar diri kita sentiasa berada di dalam golongan orang yang baik-baik sahaja. Sayangilah diri kita agar Tuhan izinkan kita untuk menjadi ahli syurga. InsyaAllah...Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,

Sunday, April 26, 2015

~Santai Hujung Minggu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Terasa kejap je dua hari di rumah. Tak puas rasanya. Terlalu cepat. Buat macam-macam kerja rumah, beli barang dapur dan jalan-jalan. Dua hari inilah masa untuk keluarga. Masa yang sangat berharga dan bernilai bagi setiap orang.

Sabtunya, semalam hanya di rumah melayan sakit perut. Petang baru keluar ke Family Store beli groceries.

Pagi ni, awal dah keluar. Bersarapan di kedai mamak. Mulanya nak pergi jogging tapi aku masih lagi melayan kesakitan perut.

Keluar rumah tuju kedai mamak di Ayer Keroh. Order air sorang segelas. Aku boleh pula pesan teh tarik. Huh! Cari penyakit lagi.

Sekeping tosai untuk aku dan roti telur bawang untuk dia.

Anak-anak nak telur separuh masak. Sorang dua biji.

Cik kak ni orang sibuk makan dia sibuk buat cari kata. Minat dia tu.

Lepas makan kita orang ke Pesta Buku di MITC. Namanya Big Bad Wolf. Semalam dapat whatsapp daripada officemate kata novel murah-murah! Omg! Ramai jugak orang waktu kami sampai.

Mamat ni berebut dengan kakak nak tolak bakul.

Sebelum meninggalkan MITC aku suruh nana bergambar di bahagian pintu masuk.

Sesiapa yang belum pergi masih ada masa lagi.

Inilah hasil membeli-belah di Big Bad Wolf. Buku anak-anak je yang banyak. Aku dapatlah beli tiga buah novel aje. Murah aje harga RM5 sebuah. Aku memang suka baca novel, tak kacau orang kan??

Itu sajalah perkongsian untuk hari ini. Entri ringkas di hujung minggu ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Friday, April 24, 2015

~Kebahagiaan Hakiki~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Kembali menulis di sini. Hari ini waktu rehatnya panjang namun begitu aku tidak ke mana-mana. Hanya bersantai-santai di pejabat dan dapatlah melelapkan mata sebarang dua.

Menunggu jam 12.15 tadi, mata bagai digam-gam. Sebaik sahaja masuk waktu rehat aku terus sahaja merebahkan kepala di atas meja. Sakit jugak tengkuk dibuatnya tidur begitu. Boleh dapat bayangkan tak keadaannya. Dalam pada sakit tengkuk lena juga tidur tadi. Hehehe...Asalkan bahagia dan tidak mengacau orang itu sudah cukup baik kan.

Bahagia? Pasti semua orang ingin hidup bahagia. Siapa yang tidak mahu bahagia bukan? Bahagia atau tidak bukan orang lain menyukat tetapi diri kita sendiri. Tanyalah pada diri kita sendiri sama ada kita bahagia atau pun tidak.

Hidup ini tak pernah sempurna, kita bukannya perfect 10. Mesti ada kekurangan di sana sini. Itu memang biasa. Sudah nama pun manusia kan.

Namun jangan pula mencari kebahagiaan untuk diri sendiri dengan memusnahkan kebahagiaan orang lain. Hidup bahagia atas air mata orang lain, kelak diri kita akan menangis. Cepat dan lambat saja masa menentukan.  Jika kamu tidak boleh menjadi PENSIL untuk menulis kebahagiaan seseorang, jadilah PENGHAPUS untuk menghilangkan kesedihannya.

Akhir sekali semoga kita mendapat kebahagiaan yang hakiki, kebahagiaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Amin. Sekian dan wassalam.

Salam pena,

Tuesday, April 21, 2015

~Kesakitan Menyerang Selepas Berjimba-jimba~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Blog ini memang sudah dianaktirikan. Komitmen pada blog ini sudah seperti suam-suam kuku. Tapi sayang lagi mahu meninggalkan dunia penulisan. Ini entri yang emmang sudah basi. Kalau makanan mahu sudah keluar ulat. Oleh sebab aku sudah susah payah memuat naik gambar di sini makanya aku gigihkan jugak untuk menulis.

Kesinambungan entri INI. Terlampau seronok sangat masa keluar tempoh hari makanya balik daripada berjimba-jimba diberi pula kesakitan. Orang kata terlampau gembira sangat. Diberikanlah kesakitan supaya tidak lupa diri. Hehehe...Mana taknya hari tu masa berjimba-jimba ketawa tak ingat dunia. Tak pernah dapat outing begitu sekali dapat mahu tak lupa diri. Berjalan dari siang bawak ke malam. Lupa diri jap. Hahaha...

Hari pertama masih bertahan lagi pergi kerja. Orang berlagak memang begini. Gigih buat kerja. Menjelang petang dah rasa sakit-sakit badan. Sakit badan sebab makan pulut tak ingat dunia. Itu lupa diri yang kedua. Esoknya aku pergi kerja juga tapi sebab dah tak tahan aku gigih ke klinik.

Dapatlah mc sehari dan terus balik rumah. Kepala pun pening sebab tekanan darah rendah.

Dapatlah beberapa ubat. Silalah telan.

Petang tu beransur sihat sikit balik rumah mak masak sup.

Sebelah malam pula, asben bawa makan satay. Mengada-ngadakan tekak orang sakit mengalahkan perempuan mengandung. Alhamdulillah dua hari kembali sihat setelah menelan beberapa biji ubat. Itu sahaja entri hari ni. Sekian dan wassalam.

Salam pena,

Monday, April 20, 2015

~Lapang Dada Sheila On 7~

Lirik Lagu Sheila on 7 - Lapang Dada

Apa yang salah dengan lagu ini
Kenapa kembali ku mengingatmu
Seperti aku bisa merasakan
Getaran lagu dan langkah kakimu
Kemana ini akan membawaku

Kau harus bisa bisa berlapang dada
Kau harus bisa bisa ambil hikmahnya
Karena semua semua tak lagi sama
Walau kau tahu dia pun merasakannya

Dijalan yang setapak kecil ini
Seperti ku mendengar kau bernyanyi
Kau tahu kau tahu
Rasaku juga rasamu
 
Kau harus bisa bisa berlapang dada
Kau harus bisa bisa ambil hikmahnya
Karena semua semua tak lagi sama
Walau kau tahu dia pun merasakannya

Kemana ini akan membawaku
Aku takkan pernah tahu
 
Kau harus bisa bisa berlapang dada
Kau harus bisa bisa ambil hikmahnya
Karena semua semua tak lagi sama
Walau kau tahu dia pun merasakannya
 
Na na na na na na na na na na na
Mengirim cahaya untukmu

Friday, April 17, 2015

~Bahagia Di Hari Jumaat~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Salam jumaat semua. Pembuka bicara di lewat petang ini. Sudah mahu pulang barulah berkesempatan untuk menitipkan sesuatu di sini. Hanya entri pendek dan ringkas sahaja. Tengahari tadi tidak keluar ke mana pun. Hanya bertapa di pejabat yang serba indah. Ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan. 

Mengejar masa untuk siapkan. Agak serabut juga tetapi apa boleh buat. Sudah kerja kan. Perlulah dilaksanakan sebaik mungkin. Masa yang dihabiskan di pejabat tadi dapatlah berborak dan bergelak tawa bersama sahabat baik, Myra Mokhtar.

Kebahagiaan pasti dirasai...
Ketika kita TULUS dan IKHLAS
Tulus dalam memberi
Dan Ikhlas dalam menerima...

Cukup dulu entri petang ini. Mahu sambung sedikit lagi sebelum waktu pulang tiba. Esok sudah sabtu. Semestinya hari yang ditunggu-tunggu keran hujung minggu masa untuk keluarga. Sekian dan wassalam.

Salam pena,

Thursday, April 16, 2015

~Aku Dan Kerja~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Hari ini sudah bekerja setelah sehari bercuti semalam sempena Melaka Bandaraya Bersejarah. Minggu ini agak sibuk. Rasa tak tentu arah diri ini. Mana satu kerja yang mahu dibuat dulu aku pun tak tahu. Kadang stress dibuatnya.

Meja aku pun dah serabut sama seperti diri aku yang serabut dari dulu hingga kini. Hehehe. Tapi aku cinta dengan kerjaku. Sudah sembilan tahun aku memegang title 'kakak kerani.'

Minggu ni sibuk sebab surat ini sudah pun selamat sampai di atas meja aku. Kena kejar masa nak siapkan semua orang punya kenaikan gaji.

Kemudian kena kemaskini dalam buku hijau ini pulak. Buku perkhidmatan panggilannya.

Berpinar mata astik dok tengok skrin komputer. Apa-apa pun semoga dipermudahkan segala kerjaku. Sekian sahaja entri petang ini. Wassalam.

Salam pena,