Friday, May 30, 2014

~Jujurlah Sayang~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum....^_____^

Selamat tengahari semua.  Salam jumaat buat anda anda yang singgah di sini secara kebetulan ataupun memang pembaca tegar blog ini.  Ada ke yang baca? Tak kisahlah kan.  Harap semuanya baik-baik sahaja.  Mudah-mudahan lebih baik daripada semalam.  Itulah hendaknya bagi setiap orang di muka bumi.  Sentiasa mahu yang baik-baik sahaja.

Hari ini tidak ada apa yang mahu dikongsikan.  Fikiran tengah stress.  Kerja menimbun sebenarnya tapi aku tak nak stress sangat.  Itu sebabnya tidak ada masa mahu menitipkan blog ini pagi tadi.  Ini masa rehat bolehlah mencoretkan sesuatu.


Jujur! Suatu sifat yang membawa ke arah kebaikan dan kebaikan itu akan membawa ke syurga.  Jujur itu luas maksudnya.  Jujur pada kerja, jujur pada pasangan, jujur pada diri sendiri serta orang sekeliling kita.  Bila kita jujur dengan diri kita sendiri makanya kita akan jujur dengan orang lain juga.  Jujur itu sesuatu yang indah dan membawa keberkatan.

"Jujur itu di hati, Memang sukar untuk dibukti, Andai ia tidak dimiliki, Entah apalah erti, Hanya membuat pedih hati... Jujur bukan sekadar untuk menjaga hati, Ia umpama azimat penguat iman di hati, Jika jujur dipandang sepi, Hilanglah percaya pengikat hati, Palsulah segala kasih sayang sejati, Bersama meniti titian cinta Ilahi..."

Itu sahaja entri untuk petang ini.  Mata mengantuk mahu melelapkan sedua minit sebelum memulakan kerja sebentar lagi.  Semoga jujur itu sentiasa tersemat dalam diri kita.  Jujurlah sayang! Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

Thursday, May 29, 2014

~Kuasa Gerak Hati~

Teks : Blog Suzana Ghazali
Foto : Carian Google

Assalamualaikum....^____^

Selamat pagi semua.  Sudah khamis.  Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.  Mudah-mudahan hendaknya.  Hari ini mahu berkongsi mengenai kuasa gerak hati.  Bacalah artikel yang aku kongsikan yang dipetik daripada blog yang berkenaan.  Semoga bermanfaat buat semua.


Pernahkah secara tidak disengaja atau tiba-tiba anda rasa bagai ada yang tak kena dengan pasangan anda? Akhirnya perasaan tidak kena tersebut terjawab juga satu masa, sama ada cepat atau pun lambat. Benar? Pernah alami? Saya nak kongsikan satu kes yang baru saya terima. Seorang isteri sering saja rasa gelisah dan tak senang hati apabila suaminya keluar daripada rumah dengan alasan uruskan perniagaan. Setiap kali memandang wajah suami; bagaikan si suami menyembunyikan sesuatu. Pernah rasa tak senang hati tersebut diluahkan kepada si suami tetapi si suami hanya ketawa besar. Kata si suami: gangguan perasaan saja. Si isteri yang taat dan patuh berusaha tenteramkan perasaan sendiri. 

Si isteri hanya berdoa mohon Allah berikan ketenangan, jangan sampai merosakkan hubungan perkahwinan. Berbelas tahun melawan gerak hati, akhirnya rahsia gerak hatinya terjawab selepas kematian si suami – si suami telah berkahwin lagi tanpa pengetahuannya, mempunyai anak yang hampir sebaya dengan anak-anaknya dan lebih menyedihkan hingga tika saat ini - setelah hampir tujuh tahun pemergian si suami – dia masih tidak dapat memaafkan sepenuhnya penipuan si suami yang sanggup tidak berterus terang dengannya.

Kronologi kes ini; si isteri langsung tidak berjumpa apa-apa bukti yang boleh mengaitkan si suami dengan wanita lain. Si suami kekal macam biasa walaupun sering kerja luar atau balik lewat malam dengan alasan menguruskan perniagaan – biarpun selepas kematiannya, si isteri yang bertindak sebagai ‘rakan kongsi diam’ terpaksa melunaskan hutang berjumlah lebih 40juta. Persoalannya, bagaimana si isteri boleh rasakan semacam ada yang tidak kena dengan si suami, seakan si suami menyembunyikan sesuatu daripadanya? 
Dalam satu kes yang lain; seorang isteri tak pernah ambil peduli mengenai telefon bimbit suami atau pun beg kerja si suami. Hinggalah tiba satu hari, si isteri terasa nak sangat membuka beg kerja suami dan nak periksa mesej-mesej kat telefon bimbit suami. Gerak hati diikut; pecah rahsia suaminya baru berkahwin lagi di sempadan Negara. Sama seperti kes pertama tadi; tiada petunjuk, cuma rasa hati yang mendorong si isteri nak memeriksa beg dan telefon bimbit. Kenapa? 

Ya!! Itulah kuasa gerak hati. Mungkin ada yang berpendapat, gerak hati itu lebih kepada turutkan emosi atau ikutkan nafsu dan syaitan. Bagi saya, gerak hati berbeza dengan emosi atau nafsu. Saya tiada statistik yang tepat tetapi berdasarkan pengalaman saya lebih 12 tahun dalam bidang konsultansi ini, gerak hati seseorang tak kiralah suami atau isteri, ibu atau bapa atau anak-anak; adalah satu anugerah daripada Allah bagi menjaga kerukunan hubungan dan keharmonian berkeluarga. 

Perlu diingat! Hubungan sebagai suami isteri adalah satu hubungan yang sah dan diiktiraf oleh syarak. Sama juga hubungan antara ibu dengan anak atau bapa dengan anak. Lantas, apabila seseorang melakukan sesuatu yang mencemarkan kesucian hubungan tersebut, Allah akan bantu dengan memberikan satu rasa tidak senang hati sebagai petunjuk dan isyarat, ada yang tidak kena dengan hubungan yang sepatutnya dipelihara kesuciannya. Sama juga jika insan tersayang terlibat dengan sesuatu kecelakaan, Allah akan berikan rasa tersendiri kepada diri seseorang itu dan gerak hatinya boleh rasakan bagai ada yang tidak kena biarpun kecelakaan tersebut belum dikhabarkan kepadanya. 

Bagaimana nak bezakan antara petunjuk Ilahi atau pengaruh emosi? Perkara pertama yang membezakan antara dua perkara tersebut ialah kekerapan anda mempunyai rasa tersebut. Jika anda memang selalu risau, selalu saja bimbang tanpa apa-apa sebab atau memang sentiasa rasa tidak tenang; itu adalah pengaruh emosi. Berkemungkinan mempunyai sejarah tertentu yang jadikan anda sebegitu. Sebaliknya jika anda tidak pernah rasa bimbang atau tak sedap hati dan tiba satu masa secara tiba-tiba saja anda rasa bagai ada yang tidak kena; itulah dia kuasa gerak hati. 

Bila dah rasa sebegitu, jangan terus gelabah sebaliknya bermunajat mohon petunjuk daripada Allah. Jika benar ada yang tidak kena bakal menimpa, mohon diberikan kekuatan dan bantuan untuk jalan penyelesaian. Paling utama: jangan biarkan gerak hati tadi menguasai minda sebab jika minda dikuasai gerak hati bererti anda biarkan emosi menguasai anda. Sebaliknya pastikan minda ada stabil, rasional dan mampu menguasai gerak hati. Berhati-hati dalam melaksanakan apa saja yang tergerak dek hati anda. Jika ia tidak bercanggan daripada syariat, berkemungkinan itu adalah petunjuk daripada-Nya. Maka, sentiasa bermunajat dan berserah kepada-Nya untuk sentiasa membantu anda dalam segala aspek hidup. DIA akan berikan jawapan melalui gerak hati anda, insyaAllah!!

****Siaran Disember 2010


Aku Penulis Picisan,






                                                                                                         

                                                                                                        


Wednesday, May 28, 2014

~Nasi Kukus Ayam Berempah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^_^

Selamat malam semua. Entri santai malam hari. Sedang terfikirkan sesuatu. Berlegar-legar dalam kotak fikiran sejak tadi. Sukar mahu diluahkan.

Berbalik pada tajuk, ini cerita waktu makan tengahari tadi. Kawan aku iaitu Kak Nisah yang tolong tapaukan. Kebetulan dia keluar seorang tadi ada hal. Aku bantai membuta. Memang sekarang tengahari je aku tidur.


Inilah rupa makanan aku tadi. Sedap. Harga sebungkus RM4. Untuk orang Melaka, bolehlah cuba. Kedainya tepi jalan berdekatan Peringgit Point dan KYM. Itu sahaja entri malam ini. Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

~Selamat Bercuti Sekolah~

Teks :Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum....^____^

Selamat petang semua.  Huh! Barulah berkesempatan mahu mencoretkan sesuatu di sini.  Seharian kesibukan melanda.  Mahu kejar beberapa perkara yang belum tentu terkejar.  Semalam akibat mahu berkejaran perkara-perkara yang penting sampai pening kepala.  Bukan setakat pening-pening lalat.  Tahan ajelah.  Mengadu kat abang jebat yang berada di luar negeri.  Bukan jauh pun luar negeri, ke KL aje.

Hari ini sudah bermula episod cuti sekolah.  Dapatlah merehatkan diri untuk dua minggu ini daripada terkejar-kejar mengejar masa untuk ke sekolah mahupun ke tempat kerja.  Banyak sungguh episod berkejaran dalam entri ini.

Buat anak-anak, selamat bercuti sekolah termasuklah anakku.  Hehehe...Cuti sekolah kali ini tidak ada merancang ke mana-mana atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.  Bersantai sahaja di dalam negeri dan juga di rumah.  Misi mengumpul duit dan membataskan perbelanjaan.  Itu sahaja entri petang ini.  Sekian...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                         

Tuesday, May 27, 2014

~Baru Naik Kerja~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...^___^

Selamat pagi semua.  Selamat hari selasa.  Semoga hari ini baik-baik sahaja.  Aku baru sahaja naik kerja setelah bercuti sejak hari jumaat lepas.  Lama kan cuti.  Sebab cuti? Mak aku tak sihat.  Hari ini sudah semakin sihat.  Risau hati kalau mak tak sihat. 

Hari ini kerja banyak.  Naik kerja mesti nak kena stress! Memang tak menang tangan.  Dalam pada stress boleh nak menulis blog.  Entah, aku tak boleh stress sangat.  Jadi selingannya adalah blog!

Kata-kata untuk motivasikan diri untuk hari ini.  Semoga bermanfaat untuk semua.  Bersambung lagi nak kejar kerja yang kesuntukan masa.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                         

Monday, May 26, 2014

~Resepi Nasi Tomato~

Teks : Fyda Adim
Foto : Kamera DSLR

Assalamualaikum....^____^

Selamat petang semua.  Hari ini terlebih rajin menulis blog.  Setelah sekian lama tidak mengupdate menggunakan komputer di rumah.  Inilah jadinya.  Nanti aku ceritakan kemudian.  Sebab sudah lama tidak update resepi di sini hasil masakan aku di rumah, jadi mulai hari ini bertalu-talu entri mengenai masakan akan di paparkan di blog yang tidak seberapa ini.  Maaflah jika gambar kurang menarik.  Aku bukan blogger masakan ye.  Hehehe...

Hari ini aku nak kongsikan resepi nasi tomato yang aku masak dua minggu lepas.  Masa itu nak habiskan stok minyak sapi yang ada di dalam kabinet.  Itu yang lauknya aku masak apa yang ada di dalam peti ais sahaja.  Kali ini kita fokus pada nasi tomato je.  Hari itu nasi tomato aku lawankan dengan kari ayam dan sayur campur.  Itu sahaja bahan-bahan yang ada.


 Inilah hidangan untuk hari itu.  Cerita dua minggu lepas yang sudah basi.


RESEPI NASI TOMATO

Bahan-bahan :

Bahan A
2 cawan beras (aku guna beras basmathi)
1/2 cawan susu cair
Setin tomato puri
3 sudu makan minyak sapi
2 1/2 cawan air
Kacang peas
Kiub ayam
Garam

Bahan B - Bahan Menumis
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji bawang merah - dihiris
i inci halia
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak :

1) Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumiskan bahan tumis.  Kemudian masukkan 3 sudu tomato puri dan biarkan seketika.  Kemudian letak sedikit garam.

2) Beras yang sudah dibasuh masak seperti biasa di dalam periuk nasi.  Sukat air dengan betul.

3) Kemudian bahan tumis itu dimasukkan ke dalam periuk nasi.  Gaulkan.  Masukkan susu cair dan kiub ayam.  Biarkan sehingga nasi masak.

4) Bila sudah masak barulah ditaburkan kacang peas.   Itu sahaja resepi ringkas aku dalam memasak nasi tomato.  Lain orang lain caranya.  Selamat mencuba! Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                      

~Hasil Menerjah Kedai Romantika~

Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad

Assalamualaikum....^_____^

Selamat tengahari semua.  Entri ini mesti tersenyum lebar sedikit.  Senyum sebab dapat membeli beberapa benda di Kedai Romantika selama beberapa aku menerjah kedai tersebut.  Dari tahun lepas, setiap bulan bila dapat gaji memang sepasang kaki ini gatal melangkah ke kedai tersebut.  Selagi tak dibeli apa yang dimahukan tidur malam tidak lena.  Hah gitu sekali.  Macam orang angau bercinta.

Setelah beberapa bulan aku keluar masuk Kedai Romantika dan inilah beberapa hasil pengumpulan duit dan pembelian dari dari kedai itu.  Setiap bulan beli satu barang.  Nak beli sekali harung memang tak termampulah.


Meja ini memang dah beberapa kali aku dok aim.  Barulah dapat belinya.  Harga meja ini RM89.  Clearance stok je pun.  Bunga tu pula RM49.


Basikal ini aku beli dari seseorang.  Teddy bear kecil tu aku beli kat Romantika.  Murah je harga teddy bear tu RM15.


Frame ini pun murah.  Aku memang beli yang murah dan mampu milik saja.


Bingkai gambar ini aku gantungkan di ruang tamu.  


Dua bingkai gambar ini hanya RM4.


Bingkai gambar ini aku gantung di laluan depan bilik utama.  Sementara nak cuci gambar anak-anak, aku gantunglah gambar aku dan asben.


Ini pula frame gambar untuk adriana.  Dah lama dia minta aku belikan.  Gantung dulu.  Gambar kemudian.  


Dalam bilik adriana.  Ini dekat dinding atas kepala katil.


Ini pun dalam bilik adriana.  Aku gantung gambar ini dekat atas meja tulis.


Quilt Carpet aku letak depan tv.  Beli warna hijau samakan dengan warna karpet yang ada sekarang.  Itu sahaja yang dapat dikongsikan.  Ada beberapa item lagi yang mahu dibeli.  Tunggu gaji bulan depan dan bulan-bulan seterusnya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                      
                                                                                                                        

~Majlis Persaraan CC Noraini Ma'on~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^____^

Selamat pagi isnin.  Hai semua.  Jangan diselubungi isnin biru ya! Tiga hari duduk di rumah memanglah tersangat syok walaupun penat dengan bermacam-macam hal.  Jumaat lepas aku sekali lagi berpeluang menjadi surirumah tangga separuh masa.  Dapat jemput adriana di sekolah.  Itu yang sering dipinta Nana.  Tapi apa boleh buat maknya kerja.  Jadi atoklah yang menjemputnya di sekolah.

Berbalik pada tajuk, khamis lepas telah diadakan majlis persaraan buat Puan Noraini Ma'on iaitu Ketua Kerani di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.  CC bersara pilihan kerana mengikut jejak suaminya yang bersara juga tahun ini.  Sedih! Tempat meluah rasa sudah tiada.  Sorang demi sorang meninggalkan kami.  Tahun lepas Kak Rehan kemudian CC.  Lepas ini giliran siapa pula? Aku, Kak Nisah ataupun Mira? Tunggu dan lihat.

Mari tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang majlis itu berlangsung.  Tidak banyak dapat dikongsikan.  


 Antara staff yang sudah memenuhi bilik mesyuarat.


 Ini sebahagian daripadanya lagi.


 Juadah untuk hari itu.  Menariknya kuih koci!

 Aku dan Kak Nisah yang sudah agak lama tidak bergambar berdua.

 Pengarah sudahpun berada di bilik mesyuarat.  Bertudung oren itu cc.


 Penyampaian sijil.


 Penyampaian hadiah daripada Cik Liza Bahagian BKP.


 Sebahagian daripada hadiah cc pemberian bahagian-bahagian dalam JKM.


Ini terselit Puan Mardiana aka PM.  Aku sedang ambil gambar mereka-mereka bersama cc terdengar PM memanggil.

Kenangan kami bersama CC hari itu.  Gambar Kak Nisah dengan CC tidak ada dalam simpanan.  Itu sahaja catatan kenangan bersama CC di hari terakhirnya di Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Semoga perhubungan yang terjalin tidak akan terputus.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

Sunday, May 25, 2014

~Kembali Berfungsi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat malam semua.  Anak-anak sudah lama beradu.  Aku sempat layan drama kat internet.  Tiba-tiba rindu drama kegemaran.  Bila anak-anak sudah beradu dapatlah maknya bersantai-santai di depan komputer setelah seharian menjadi tarzan jadian.  Nasiblah gajah, singa mahupun orang hutan tak datang ke rumah tatkala mendengar jeritan batinku.  Huhuhu...Hihihi...Hahaha...Ok tak kelakar.  Saja nak buat lawak bodoh malam-malam cam gini.

Okeylah, nak cerita pasal komputer aku.  Akhirnya kembali berfungsi setelah berbulan-bulan merajuk mematikan diri.  Rosak! Aku mati kutu.  Sejak komputer aku mematikan diri mulalah episod berebut laptop dengan abang jebat.  Memang tak suka.  

Jadi sekarang tak perlulah berebut lagi dengan asben.  Semalam gigih dia betulkan komputer aku.  Jadi bolehlah menulis seperti biasa.  Blog oh blog.  Itu sahaja entri malam ini.  Bersambung lagi.  Nak layan tengok drama.  Orang lain sibuk tengok badminton.  Aku je yang tak ada perasaan.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

~Resepi Pavlova~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum...^____^

Selamat petang semua.  Petang ini aku mahu kongsikan resepi pavlova atas permintaan seseorang daripada kenalan di FB.  Maka setelah beberapa hari aku tangguh untuk entri ini aku cuba mencuri sedikit masa untuk menitipkan resepi pavlova di sini.  Aku pun bukanlah arif sangat.  Selalu buat try and error saja.  Untuk pavlova ini sudah beberapa kali juga aku mencuba.  Alhamdulillah menjadi.  Asben dan anak-anak aku suka makan pavlova ini.  

Ini antara pavlova yang pernah aku buat.  Aku pernah buat pavlova yang besar tapi aku lebih suka buat mini pavlova.  Sekali ngap je masuk dalam mulut.  Habis ceritanya.  Hehehe...Okeylah, mari kita tengok resepinya.  Aku dah ubah sedikit daripada resepi yang aku dapat.

RESEPI PAVLOVA

Bahan-bahan :

150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor (aku guna hanya 3/4 gula kastor sebab tak nak manis sangat)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanila
Whipping cream
Buah-buahan seperti strawberi, kiwi, anggur (aku pernah guna buah campuran dalam tin)

Cara-cara membuatnya :

1) Pukul putih telur menggunakan hand moxer dengan kelajuan perlahan.  Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2) Kemudian dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula kastor sudu demi sudu sambil terus memutar adunan tadi.  Masa ini adunan akan bertukar menjadi putih tetapi belum berkilat.  Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat dan bertanduk.  Maknanya jadilah meringue.  Jika belum bertanduk putar dalam 2-3 minit lagi.

3) Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.

4) kalau nak tahu tanda meringue sudah menjadi bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.  Kalau kurang pasti cuba telangkupkan bekas korang.  Kalau takjatuh confirm sudah menjadi.  Cuba try test tengok...

5) Kemudian masukkan tepung jagung dan cuka.  Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.

6) Kemudian masukkan adunan dalam piping beg dan bentukkan dalam paper cup.  Kalau tak nak buat kecil-kecil terus letak adunan dalam dulang.  Sebelum itu alaskan dulang dengan baking paper ya!

7)  Panaskan ketuhar pada suhu 150'C.  Aku biasa panaskan dalam 10-15 minit terlebih dahulu.  Masukkan meringue dalam ketuhar.  Turunkan suhu dalam 120'C mengikut pada ketuhar masing-masing.  Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda.  Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut di dalam.  Biarkan sejuk dan bolehlah diletakkan whipping cream dan buah-buahan di atasnya.  

Itu sahaja yang dapat dikongsikan.  Harap dapat membantu serba sedikit.  Selamat mencuba dan bolehlah dibuat untuk minum petang.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       

~Layan ABPBH 2013~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^___^

Selamat tengahari semua.  Sudah makan tenghari? Hari ini abang jebat aku kerja 16 jam.  Hari ini masak ringkas saja sup ayam.  Baru sudah suap anak-anak makan.  Hati sedang dilanda kerisauan.  Nak cerita pun tak tahu.  Biarlah dipendam sendiri.  Risau, susah hati, serabut.  Huh! Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.  Dugaan itu sentiasa ada.

Baiklah, nak cerita perihal semalam.  Sepatutnya asben kerja petang semalam tetapi dia amik cuti.  Malas katanya.  Bila dapat cuti setelah ada orang yang sudi menggantikan dia, hati menjerit girang.  Bukanlah aku menjerit betul-betul.  Dalam hati aje.

Balik dari Family Store tengahari semalam memang tak keluar ke mana-mana.  Kemas rumah dan bersantai saja semalam.  Kononnya malam nak keluar ke Aeon Bandaraya sekalinya Ammar dah tidur.  Perancangan untuk keluar malam tadi terpaksa dibatalkan.  Itu yang dapat melayan Anugerah Bintang Popular 2013.

Pembukaan untuk anugerah semalam ada sedikit kelainan.  Mawi dan Ac Mizal membuat persembahan.

Pengacara untuk anugerah semalam dikendalikan oleh Fara Fauzana, Amy Mastura dan Shiro.

Sementara aku goyang kaki di depan melayan ABPBH, abang jebat sibuk bersilat di dapur.  Dia yang nak masak dan inilah hasilnya.  Makan bihun goreng sambil layan tv.  Tiga pinggan sahaja sebab ammar dah tidur.  Makan depan tv je.

Dan keputusan untuk Bintang Paling Popular dimenangi Aaron Aziz.  Jangan ada orang yang tak puas hati pula bila dia menang.  Itu sahaja cerita malam tadi.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,





                                                                                                                       

                                                                                                                     

Saturday, May 24, 2014

~Tadi Di Marry Brown~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^^

Selamat petang. Bersantai di petang hari. Baru selesai menggantung langsir. Nak cuci langsir sebab nanti nak pakai masa raya. Minum petang tadi buat cekodok dan teh o.

Ini kisah pagi tadi. Sarapan merangkap makan tengahari. Cadang ke family store nak beli barang dapur. Itu terus makan di luar. Jam 11 keluar rumah menuju ke Melaka Mall. Sebelum ke Family Store kami ke Marry Brown dulu untuk mengisi perut.


Makan di sini.


Abang jebat aku makan spicy porridge.


Aku pesan mee kari.


Aku pesan untuk tambahan mambo fries.


Anak-anak pesan kiddy meal sorang satu. Ayam seketul, kentang goreng dan air milo. Masing-masing makan hingga licin. Itu menandakan kami betul-betul kelaparan. Usai makan terus ke Family Store. Tengahari kita orang balik rumah dan melepak di rumah sahaja. Malam ini tidak ke mana-mana sebab mahu menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sekian dulu. Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

Friday, May 23, 2014

~Antara Semalam Dan Hari Ini~

Teks : Fyda Adim
Teks : Carian Google

Assalamualaikum...^__^

Selamat malam semua.  Entri di malam hari jarang-jarang dibuat oleh aku tetapi malam ini terkeluarlah sebuah entri yang terlintas di akal fikiran.  Semalam ketiadaan mood untuk menulis blog ini, siang tadi masih lagi ketiadaan mood.  Masih lagi suam-suam kuku mood yang menyelubungi diri.

Semalam, diri diselubungi kesedihan.  Semalam, sebuah pertemuan telah berakhir dengan perpisahan.  Namun mungkin perpisahan itu akan dipertemukan lagi bila ada kelapangan.  Walau jauh di mata namun dekat di hati.


Hari ini, aku korbankan cuti.  Cuti kecemasan sebab mak aku tak sihat.  Risau bila mak tak sihat.  Hati ini dicuit seribu satu kerisauan.  Semoga mak cepat sembuh dari sakit itu.  Doakan ye semua untuk mak aku.  Itu sahaja entri untuk malam ini.  Tiba-tiba kehilangan idea mahu menyambung ayat.  Mahu berundur dulu sebab abang jebat aku sudah pulang.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,