Friday, February 28, 2014

~Lawatan Ke Romantika~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Korang tadi ke mana waktu lunch? Aku sempat terjah Romantika lagi.  Hahaha.  Ini kisah semalam.  Hari ini tak sempat nak bergambar dalam Romantika.  Snap pun senyap-senyap.  Masuk kedai ni macam terujanya lain macam.  Meroyan sekejap.

Macam biasa aku ke Romantika bersama blogger Mira Mokhtar.  Blogger uolls.  Ke Romantika setelah berbulan-bulan tidak membuat lawatan ke sana.  Uh!!Nak pi sana mesti ada je nak membeli.  Itu nak, ini nak.  Kan best 'Kalau Aku Kaya...'

Wallah...Teruja uolls.  Aku memang suka tengok hiasannya.  Tapi rumah aku bukan pun english style.  Pelbagai variasi.  Hahaha...

Bunga yang mencuit-cuit hati aku untuk membeli.

Inilah hasil rembatan semalam.  Hari ini punya nanti-nanti aku tunjuk.

Ini bunga yang aku pilih.  Harganya RM39.  Ini bukan kedudukan sebenar bunga ini.  Akan difikirkan di mana yang sesuai.

Beli yang love love gantung tu.  RM5 je harganya.

Dan alas kaki yang cantik.  Harga RM12.  Bak kata Mira Mokhtar tak sampai hati nak pijak alas akki cantik.  Hehehe.  Ada-ada je.  Itulah kisah rembatan aku semalam.  Kisah hari ini nanti aku cerita ye.  Sekian sahaja.

Wassalam...

Aku Penulisnya,
 






                                                                                                         

~Renungan Jumaat~

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam jumaat semua.  Holaaa..Seronoknya hati bila tiba hari jumaat.  Sebab?Rehatnya panjang sedikit dari hari lain dan paling utama esok adalah hari untuk beristirehat.  Rehat ini macam mahu terjah lagi ke Romantika.  Mahu buang duit.  Hehehe...Hari ini hari terakhir bulan Februari.  Esok sudah bulan Mac.  Betapa cepatnya masa itu berjalan.

Pagi ini tidak ada apa yang menarik.  Seperti biasa melakukan tugas-tugas hakiki.  Renungkanlah ayat di bawah ini.  Semoga dapat memberi semangat pada kita jika dilanda dugaan.
 

Itu sahaja entri untuk pagi ini.  Bersambung lagi di lain entri.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Thursday, February 27, 2014

~Semuanya Adalah Dari Allah~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...Hola...Hari ini macam biasa.  Pagi ini tak sempat nak masak seperti semalam.  Walhal sudah terjaga 5.30 pagi tapi aku tidur balik.  Tidur balik terjaga jam 6.30 pagi.  Hah!!!Tapi sempatlah buatkan roti dengan telur dadar buat sarapan dan bekal buat si anak dara.

Hari ini cuma nak kongsikan sesuatu yang aku dapat dari sumber facebook.  Marilah renung-renungkanlah kata-kata ini.

Sekian dulu entri pendek untuk tengahari ini.  Rehat satu jam mahu terjah Romantika bersama Mira Mokhtar.  Ada misi mahu mencari atau membeli sesuatu.  Mood untuk rumah sudah mari.  Tunggu sahaja terjahan kami...

Wassalam...

Aku Penulisnya,



                                                                                                                                             

Wednesday, February 26, 2014

~Bekalan Untuk Hari Ini~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Holla...Lagi setengah jam mahu pulang.  Mata sudah melayu.  Mengantuk tahap maksima ni.  Kenapakah? Adakah sebab kekenyangan  Mungkin juga.  Tapi memang tak boleh nak dibendung-bendung lagi tahap kemengantukan ni.  Entri aku asal kat opis mesti mengantuk.  Memang pun.  Sudahlah sejuk terlampau kat sini.  Huh!!!

Okey, nak cerita mengenai kerajinan yang telah merasuk ke dalam tubuh aku sejak semalam.  Hari ini pergi kerja macam nak pergi berkelah.  Bawak angel hair goreng, bawa sambal ikan bilis, bawa nasi dan bawa diri.  Huahuahua.  Ok serius tak lawak...

Seawal jam 5.15pagi aku sudah tersedar dari lenaku.  Cewahh macam tulis novel pula.  Jam yang menjerit aku snoozekan.  Uwahhh rasa macam baru tidur.  Jam dah berbunyi.  Sudahnya bangkit jam 5.40 pagi setelah beberapa kali disnoozekan alarm itu.  Usai mandi terus ke dapur untuk berkungfu dan inilah hasilnya...

Ini sambal ikan bilis malam tadi aku masak.  Dek kerana kelaparan aku masak sambal ikan bilis petai.  Makan dengan nasi panas-panas.  Wallaaaa...So tadi aku bawa juga sambal ikan bilis dengan nasi untuk makan tengahari.

Untuk aku dan asben aku goreng angel hair.  Ini untuk sarapan pagi.

Untuk anak dara aku bekalkan roti telur.  Ammar pula aku bekalkan angel hair dan roti telur.  Tapaukan untuk mak dan ayah aku sekali.  Itulah kisah aku untuk hari ini.  Bila datang rajin semuanya menjadi.  Bersambung lagi ye.  Sekian dulu.

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                           

~Kabus Rindu Yang Dicari!~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Holaaa..Hari ini badan terasa sejuk kerana penghawa dingin betul-betul kat atas aku ni.  Dapat bayangkan tak? Bayangkan...Sejuk bukan main.  Dah sejuk-sejuk mata pun melayu je tapi kerja jalan jugak.  Bukanlah dok melangut.  

Menyusul entri kedua untuk hari ini.  Nak cerita mengenai novel yang aku cari-cari pada minggu lepas.  Entrinya ada.  Carilah sendiri kalau nak baca ye.  Mood tak sampai nak letakkan linknya.  Akhirnya setelah meredah MPH namun balik dengan kehampaan, keesokkan paginya aku dapat call daripada MPH kata  novel itu sudah sampai.  Apa lagi tengahari tu waktu lunch aku terjah dengan Mira Mokhtar.  Sebenarnya entri mengenai Kabus Rindu telah diceritakan dulu di blog Mira.  Ini entri dia yang tak agak-agak mengata aku.  Dush dush dush...

Jom tengok novel apa yang aku cari?

Ini dia novel Kabus Rindu  yang ditulis oleh Monalita Mansor.  Aku kenal penulisnya melalui ebook competition tahun 2013 yang aku turut serta.  Kami berkawan di alam maya.  Boleh dikatakan selalu juga berchatting dengannya.  


Okey, gambar selfie tak ingat.  Sesekali menonjolkan diri.  Kak Mon, oleh sebab saya menyokong akak saya sudah dapatkan novel akak ye.  Banyak ayat-ayat yang baru aku pelajari di dalam novel ini.  Ayat yang baru loliah-loliah, tetek-bengek.  Ke aku yang ketinggalan? Apa-apa dalam proses menghadamkan novel itu sebab banyak sangat kekangannya.  Baru nak berbaring sambil melayan Kabus Rindu, datang ammar.  "Ma, nak susu."  Sudahnya novel ke mana aku pun ke mana.  Tapi jangan risau akan aku habiskan juga.  Itu sahaja cerita dalam entri kedua ini.  Bersambung lagi.  Sekian..

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

~Percayalah...~

Assalamualaikum...

Salam buat semua dan selamat pagi.  Sudah sampai ke hari rabu.  Sekarang ni mengira nak cepat hari jumaat je.  Kemudian beristirehat di rumah untuk dua hari setelah lima hari penat bekerja.  Penat ke?Mahu tak penat! Terkejar sana terkejar sini menguruskan hal rumahtangga.  

Okeylah, hari ini tidak ada apa yang menarik.  Cuma gembira sedikit kerana rumah sudah siap.  Tinggal nak cat saja lagi.  Nanti cerita lain pasal rumah.  Cuma kata-kata di bawah ini aku kongsikan dari FB Power Root.  Renung-renungkanlah...

Doa itu kekuatan diri.  Kuasa doa itu memang suatu yang menakjubkan.  Sentiasa berdoa pada Allah Taala untuk kebahagiaan sendiri.  Senyuman itu penyeri hidup.  Sekian dulu...

Wassalam...

Aku Penulisnya,




                                                                                                                                                   



Tuesday, February 25, 2014

~Bila Hari Gaji~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Hollaaaa...Hari ini tak sempat nak menulis entry.  Kesibukan melanda.  Hari ini datang mood nak makan je.  Stress ke apa aku ni?Oh iye, hari ini sudah gaji untuk kakitangan kerajaan termasuklah aku.

Seperti biasa, bila hari gaji macam-macam benda yang ada dalam fikiran ni.  Nak beli itu, nak beli ini.  Tapi kena tolak ketepi dulu segala hutang piutang.  Tiap bulan kira apa yang nak dibayar.  Begitulah kebiasaannya bila hari gaji.

Oleh itu, pada semua belanjalah secara berhemah.  Peringatan untuk diri sendiri supaya tidak menjadi terlalu boros.  Aku kalau membeli tak adalah nak beli baju tiap bulan.  Kalau buku dan novel tu memang tak bolehlah nak elak.  Mesti nak terbeli.  Pujuk diri sendiri pun tak jalan.  

Oklah, itu sahaja untuk cerita petang ini.  Bersambung lagi di lain entri.  Perut macam nak meletup makan yong tau fu banyak sangat ni.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Monday, February 24, 2014

~Renovation Rumah Hampir Siap~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari...Hola...Hari ini mood rasa macam suam-suam kuku je.  Adoilah.  Sebab hari isnin ke?Atau sebab terlampau letih menyebabkan mood jadi begini.  Dua hari di rumah macam-macam kerjaan yang aku buat.  Yelah, hujung minggu je yang dapat berkemas.  Itupun kalau datang mood rajin.  Biasalah aku kalau nak buat sesuatu kena ada mood.  Korang macam tu aku jugak tak? Kalau tak ada mood memanglah tak jadi satu apa pun.

Minggu ni dah masuk minggu ketiga rumah aku diubahsuai sedikit di kawasan luar rumah.  Adalah wishlist yang disempurnakan untuk awal tahun ini.  Kemudian ada tambah sedikit perubahan di kawasan porch.  Sekarang sudah hampir siap.  Selesai semuanya bolehlah berkemas!  Rasa dah semak sangat kawasan rumah aku dengan pasir, batu bata dan simen.

Mari tengok serba sedikit kawasan yang diubahsuai.  Tak ada apa yang menarik pun, sekadar berkongsi.

Kawasan depan bilik utama.

Tembok tu sudah ditutup habis.

Tembok sebelah sini pun sudah ditukar.

Ini untuk beranda.  Pilih batu rupa ini.

Inilah kawasan beranda.  Bolehlah nanti beristirehat.

Aku ambil dari dalam bilik.

Kawasan belakang rumah.  Besarkan sedikit ruangnya dan alihkan longkang.

 
Sudah jadi seperti ini. 

 
Sebelah tepi rumah pun dialihkan longkangnya.

Sudah jadi seperti ini.  Longkang yang telah diselarikan. 

Ini pula bahagian porch yang sedang dipasang tiles.  Sebelah depan sudah siap sepenuhnya hingga ke bahagian tepi rumah.  Tinggal sedikit lagi di belakang mahu dipasang tiles.  Itulah sahaja.  Nanti bila sudah siap sepenuhnya akan aku ceritakan lagi.  Sekian dulu...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

~Sambutan Ringkas Buat Ammar~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Hola..Menyusul entri kedua untuk hari ini.  Dalam pada tengah sibuk jengah kejap blog.  Mahu menghilang rasa kebosanan dalam diri.  Hari ini macam biasa buat kerja yang melambak-lambak atas meja.  Bilalah kerja-kerja ni nak susut? Habis tu memang tidakler.  Kalau kerja habis maksudnya dah tak ada kerja.  Apa aku merapu ni?

Berbalik kepada tajuk sebelum aku merapu lebih panjang lagi.  Jumaat lepas kan hari lahir hero kecilku yang ke tiga tahun.  Petang tu setelah berbincang dengan asben, bawalah birthday boy makan macam bawa kakaknya tempoh hari.  Sambutan hanya empat beranak je.  Memandangkan asben kerja petang kenalah tunggu waktu makan asben yang boleh keluar.  Aku jemput asben di pejabatnya.  Kemudian kami ke MarryBrown.

Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku ambil untuk dijadikan kenangan buat kami sekeluarga.  Nak dijadikan cerita aku terlupa beli cupcake untuk dia.  Nantilah mama belikan.  Kalau rajin mama buatkan kek.

Wajah-wajah kesayangan saya.
 
Nana dan ammar dengan tabungnya.
 
Ini menu untuk aku.  Aku memang tak lari dengan nasi.
 
Anak-anak order kiddy meals.
 
Satu untuk nana, satu untuk ammar.
 
Ini dia birthday boy.  Janji dia happy, mama pun sudah cukup happy.  Ini sahaja yang mampu mama dan papa buatkan untuk gembirakan hati kamu berdua.  Sekian sahaja entri kedua untuk pagi ini.  Bersambung lagi.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

~Minggu Akhir Februari~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Hola...Isnin di minggu akhir februari. Sekejap je masa berlalu. Hari ini baru dapat menonjolkan diri. Hujung minggu tak berapa nak sempat untuk menjengah blog sendiri. Urusan rumah banyak yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Basuh baju, sidai baju, lipat baju semua berkaitan dengan bajulah. Hihi. Lepas tu buatlah kerja-kerja lain. Menjelang malam mata sudah minta direhatkan. Kehabisan tenaga.


Pagi yang tenang buatku hari ini. Tidak terkejar-kejar. Sampai pejabat pun sedikit awal daripada kebiasaan.


Ini menu untuk sabtu. Masak sambal telur, sayur campur, sup ayam dengan cekodok. Semalam masak lempeng. Siang tak masak sebab keluar bawa mak aku ke Mydin. Asben pula kerja.


Ini ammar masa makan di Mydin.


Adriana yang teringin makan mee sup.


Sebelah malam aku buat roti sosej telur. Makanlah kami anak beranak bersama mak yang kebetulan ada di rumah.

Itulah cerita aku hujung minggu lepas. Walaupun penat dengan kerja rumah tapi hati tetap gembira. Sekian dulu..

Wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

Friday, February 21, 2014

~Menghadiri Program e-Vetting~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Entri ketiga sebelum balik aku taipkan cerita mengenai semalam.  Semalam, sebelah petang aku menghadiri Program Tatacara Penggunaan Sistem Tapisan Keselamatan Elektronik e-Vetting 2.0.  Program ini bagi meningkatkan tahap capaian pengguna dalam proses permohonan tapisan keselamatan.

Aku pergi sebelah petang.  Prgoram ini diadakan dari jam 2.00 petang hingga 5.30 petang di Makmal Komputer Anjung Budiman Maktab Perguruan Durian Daun, Melaka.  Aku pergi dihantar oleh hubby.  Kebetulan hubby offday, itu yang hubby hantar terus.  

Jom tengok beberapa gambar yang sempat aku snap.

Surat yang aku terima.

Ini semasa aku sedang mencari kekhusyukkan untuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Diajar cara-cara untuk mengguna sistem.

Inilah suasana di dalam makmal komputer.

Selesai habis aku dan asben jemput adriana.  Sebelah petang adriana ada tuisyen bahasa cina.  Inilah tempatnya.  Ini sahaja cerita untuk petang ini.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,