Monday, September 30, 2013

~Kalau Aku Kaya~


altimet 
Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya

Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)

Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)

Kalau aku mampu
Buat suka hati aku







                                                                                                                   

Sunday, September 29, 2013

~Order Online Untuk Makan Malam~

Assalamualaikum....

Seamat berhari minggu.  Aku masih lagi menghabiskan masa di rumah sahaja.  Jap-jap lagi baru nak keluar dari gua.  Semalam seharian dok bertapa aje di rumah.  Tak menjengah langsung keluar rumah.  Mengalahkan orang berpantang.

Aku cuma keluar pagi itu je untuk beli sarapan.  Maklumlah rumahku buat sementara ini tiada tong gas atas sebab-sebab tertentu.  Hehehe..Sebelah malam bila kelaparan mula terfikir-fikir mahu makan apa.  Nak keluar ke kedai depan untuk tapau makanan, tersangatlah malas.  Jalan singkatnya order yang ini aje.

Terus buka laman web pizzahut.  Huhuhu..Tekak dah lama tak makan pizza, itu yang mengada-ngada.  Lepas maghrib tunggu pizza datang.

Inilah yang aku order.  Spageti carbonara, chicken wings, mushroom soup.

Aku order pizza yang kecil aje.

My kids yang sedang menikmati pizza.  Adriana memang feveret dia soup.  Itu beli sorang satu.

Tengok muka ammar.  Cam tak puas hati mama amik gambar.  Hehehe...Alhamdulillah, kenyang kami tiga beranak.  Papa kat sana makan seafood, kami kat sini makan western food.  Sekian entri untuk hari ahad ini.  Bersambung lagi...

Publish!


Saturday, September 28, 2013

~Layan Love You Mr Arrogant @ Tonton~

Assalamualaikum...

Selamat tengahmalam.  Mata tak boleh nak lelap.  Blog dah bermacam-macam entry ditulis.  Tunggu autopublished aje.  So inilah kerjaannya.  Pergi dekat tonton.  Layan macam-macam cerita.  Salah satunya adalah drama bersiri terbaru ini yang diadaptasi daripada novel juga.  Tajuknya Love You Mr Arrogant.  Ada sesiapa yang mengikuti drama ini?

Okeylah, mahu fokus dan mahu menghayati drama ini.   Serba sedikit sinopsis tentang drama ini.

SINOPSIS LOVE YOU MR ARROGANT
Jodoh Zaara Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?-
 
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
 
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.
 
Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.
 
Tambah pula,sikap ibu mertuanya Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.
Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.
 
Sekian..







                                                                                                                    

~Majlis Meraikan Persaraan @ Api-Api Steamboat~

Assalamualaikum...

Selamat malam buat semua.  Hari ini tidak buat apa.  Masaku diisikan dengan menonton televisyen, tidur dan juga blog!Tidak ada idea mahu ke mana bersama anak-anak.  So melepak di rumah.  Jenuh mengedit gambar-gambar dalam entri ini.

Malam tadi office aku, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan majlis meraikan persaraan Kak Rehan yang akan bersara 1 Oktober ini.  Majlis diadakan jam 8 malam di Restoran Api-api Steamboat & Grill.  Yang tinggal di Melaka pasti tahu.   Aku dah ke sini masuk empat kali rasanya.  Mana taknya office asben, Kastam pun buat kat sini.  Office aku pun buat kat sini jugak.  Aku tak kisah mana-mana pun.  Janji datang untuk meraikan.  Nasiblah malam tadi tak ada apa hal so bolehlah aku ke sini bersama Mira Mokhtar.

Okey, jom tengok gambar.

Ucapan daripada Timbalan Pengarah Negeri, Che Azman.

Semua di dalam gambar adalah officemate aku.

Kak Sham jadi pengacara majlis.  MC baru untuk malam itu.

Inilah orang yang diraikan malam tadi, Puan Zainorihan.

Penyampaian sijil penghargaan.

 Cenderahati daripada jabatan.

Cenderahati daripada kelab.  Aku pun tak pasti.

Dari unit-unit pula.

It's me.  Peace yo!

Aku lagi!

PhotoG malam itu.

PhotoG bidan terjun.  Hehehe...

Gambar beramai-ramai.

Officemate bergambar dengan TP.

Mira mokhtar bergambar dengan Kak Rehan.

 Lagi gambar dia.  Tak apa bagi can gambar dia pula banyak.  Huhu..

Aku pula bergambar dengan Kak Rehan.

Masa untuk makan.  Inilah meja-meja untuk kami.  Masing-masing dah ambil tempat.

Sebahagian staff di bahagian PSM.

Masak jangan tak masak.

Sempat lagi berposing.  Ini Puan Mardiana.

Kak Rehan masak apa tu?Hehehe..

Meja bersebelahan meja kami.

Gambar terakhir sebelum aku melangkah pergi dari restoran ini.  Gambar officemate, Kak Yatt, Kak Tina dan timbalan pengarah Encik Azman.  Aku kena beredar awal sebab mahu ambil anak-anak lagi.  Makan pun tak selera sangat sebab dah teringat-ingat pada anak-anak di rumah.

Apa-apa pun majlis sebegini yang dibuat sesekali memang menyeronokkan.  Dapatlah bersuka ria di luar dan melupakan kerja office sebentar.  Buat Kak Rehan, selamat bersara.  Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan keep in touch dengan kita orang walaupun sudah tidak ada bersama kami di office.

Sekian...

~Selamat Petang Sabtu~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Semoga semuanya ceria-ceria pada hari ini.  Aku hanya bersama anak-anak menghabiskan hari ini dengan aktiviti di rumah.  Masih memikirkan aktiviti yang sepatutnya supaya anak-anak tidak keboringan di rumah.

Marilah beristighfar supaya hati kita sentiasa diberi ketenangan.  Lagi dua hari je september akan melabuhkan tirainya.  Sangat-sangat tidak sabar sebenarnya.






                                                                                                                      

Friday, September 27, 2013

~Karnival Di Sekolah Adriana~

Assalamualaikum...

Selamat petang.  Lunch tadi korang ke mana?Aku bertapa kat office je.  Tak ke mana-mana pun.  Hari ini tidak ada tenaga mahu berjalan-jalan.  Padahal baru dapat gaji.  Tengah bergaji ni baik aku stay di office aje sebab kalau tahu tengah ada duit mahu lupa diri kang.  So aku membuta je tadi.  Lena pula tu.

Okey, beralih pada cite adriana.  Ahad lepas sekolah adriana ada buat karnival.  Sempena apa aku pun tak tahu sebab tulisan cina.  Yang ditulis pada kain rentang Karnival Bukit Baru.  Adriana pula terlibat hari tu.  Dia masuk tarian setelah dipujuk oleh papanya suruh dia masuk tarian tu.  Alih-alih papa yang tak ada.  Tapi tak apa, aku dah rekod siap untuk papanya.

Jom tengok gambar.  Video tarian nana nanti aku upload kemudian.

Inilah adriana.  Aku hantar dia petang tu then aku balik rumah dulu.  Lepas maghrib baru aku datang balik.  Datang-datang dia cakap mama, nana pakai lipstick.  Ohmmaiii...Mama memang tak berapa minat berlipstick ni.  Anak aku pula yang minat. 

Inilah kawan-kawannya yang ambil bahagian.

Masa ni persembahan sudah mahu bermula.  Aku tak faham apa yang dicakapkan sebab cakap bahasa cina.  Tarian daripada kanak-kanak tadika yang mula-mula sekali.

Suasana dalam dewan yang dipenuhi manusia.  Memang ramai tapi kebanyakkan adalah cina.  Melayu pun ada juga cuma boleh dikiralah.  Lepas je adriana sudah menari kita orang pun balik.  Tapi memang best tengok nana menari.  Lama juga lagu dimainkan.  Sampai lenguh-lenguh tangan aku merekod.

Sekian dulu...




~Kisah Semalam Seharian~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Selamat hari jumaat.  Penghulu segala hari.  Baru boleh menaip.  Seawal jam 8 pagi mahu mulakan tugas dan mahulah menaip sedikit di sini tetapi tiba-tiba fikiran kosong.  Tiba-tiba tidak tahu ayat apa yang mahu dimulakan.  Kosong sekosongnya.  Mungkin sebab pagi ini dengan macam-macam benda yang berlaku.  Mana yang kawan makan sampai tertumpah-tumpah, mana yang ternampak kejadian memalukan orang, yang terdengar orang memaki hamun.  Ohhh terasa sangat tidak bagus untuk permulaan hari jumaat yang indah ini.

Harap ia tidak berlarutan untuk sehari ini.  Cukuplah sekadar tadi.  Tidak mahu ternampak atau terdengar lagi.  Okey nak cerita kisah aku semalam.  Ini satu entry untuk satu hari.  Compiled entry namanya.  Hehehe...

Pagi semalam berubah angin lagi untuk kita orang bersarapan.  Semalam sarapan di dusun.  Setelah lama tidak menjejakkan kaki ke situ.  Masih lagi mood makan bersama sebab Kak Rehan yang akan bersara.

Semalam menu kami semua sama.

Inilah menu kami semalam.  Nasi lemak ayam yang dibelanja Kak Mimah.

Tengharinya pula aku ke pejabat pos sebab nak renew lesen asben.  Non ado gambar.  Settle di pejabat pos aku ke Mydin dengan Mira.  Lunch terus di situ dan kita orang makan nasi putih bersama asam pedas tetel.  Lepas makan nasi aku teringin nak makan aiskrim.  Belilah aiskrim tiga hengget ni.  Jadilah dapat lepaskan hajat tekak aku ni.  Mira kata semalam aku nampak begitu pelahap.  Hahaha...

Sampai office, ada pula officemate belanja KFC.  Dapatlah sorang seketul ayam.  Alhamdulillah.  Dah orang belanja, terimalah.  Masa tu perut kenyang lagi tapi dapat jugak dihabiskan sebelum balik.

Balik kerja bawak kids dengan mom pegi aeon.  Sebab semalam gaji bawaklah dia orang jenjalan makan angin.  Mak aku nak beli buah ceri tapi non ado.  Ammar yang kutolak di dalam troli.

Lepas membeli-belah, kami singgah makan kat food court.  Ammar makan wantan mee kering.  Selesai semua di sini kami terus balik ke rumah.  Itulah kisah aku semalam seharian.  Penat memang tak boleh diluahkan lagi.  Dah lama tak mengirakan, hari ini jumaat bermakna lagi 41 hari lagi mahu sampai ke hari yang ditunggu-tunggu.  Sabarlah wahai hati...







                                                                                                       

Thursday, September 26, 2013

~Ala-ala Photoshoot Di Tepi Tasik~

Assalamualaikum....

Selamat petang!!!Lagi beberapa minit lagi mahu ke jam 5.  Menanti dengan penuh kesabaran.  Hari ini terlebih makan.  Mata pun asyik nak melayu je.  Pagi tadi makan nasi lemak, tengahari makan asam pedas, lepas tu beli aiskrim.  Sampai je opis ada pula orang belanja KFC.

Petang-petang ni marilah layan gambar aku bersama officemate.  Masih lagi cerita pagi semalam dan kesinambungan entry pagi tadi.  Macam novel pula.  Selesai makan, kami bergambar bersama untuk dijadikan kenangan.  Inilah pertama kalinya kita orang bergambar di luar pejabat.  Ala-ala photoshoot gitu.  tapi tidaklah bergambar seperti model.  Hihihi...

Okey, jom tengok gambar kami pagi semalam.

Permulaan gambar.  Aku yang menjadi photoGnya.

Sekali lagi.

Giliran aku pula bergambar.  Tapi gambar aku banyak sedikit daripada si Mira Mokhtar.  Hihihi..Jangan jeles makcik mira!

Paling aku suka gambar ini.  Pandai mira mokhtar snap.  I like!!!

Ini gambar candid!

Akhirnya pose sebegini sahaja yang mampu dibuat.  Hehehe..Jadilah janji bergambar.  Ini namanya gambar CANTIK!Buang C di depan ye. Peace yo!!!