Monday, July 30, 2012

~Berbuka Puasa Di Hujung Minggu~

Nak cerita pasal berbuka pada hujung minggu yang lepas.  Asben sudah selamat berada di rumah dan kami empat beranak sudah kembali bersama.  Macam tinggal berapa lama pulak.  Padahal 2 minggu jea.  Penat ulang-alik seorang diri sebenarnya menguruskan diri sendiri dan anak-anak.

Oklah cerita hari sabtu, kami berbuka puasa di rumah mil aku.  Selagi tak habis bulan Ramadhan selagi itulah blog ini akan dipenuhi dengan kisah makanan, berbuka di mana, masak apa atau sebagainya.

Balkis yang takut dengan orang.  Memang tak nak dengan orang lain langsung.

Balkis dengan abangnya.  MIL aku sudah ramai cucu.  Yang lelaki nie cucu sulung mil aku.

Tengok tue kanak-kanak ribena di rumah mil aku.  Macam-macam perangai.  Ammar tue.

Sebahagian makanan yang sudah terhidang.

Betapa ramainya keluarga sebelah asben aku kan.

Semalam tak berbuka di mana-mana.  Kita orang hanya berbuka di rumah.  First day berbuka di rumah sendiri.  So macam biasa bila aku kat rumah dapatlah aku masak sedikit untuk juadah berbuka.  Simple jea pun.  Inilah antara juadah semalam yang aku masak.

Sayur goreng.

Ikan bawal aku masak tiram.  Main campak-campak jea.

Sambal udang petai.  Petai makanan kegemaranku.  Tapi jenuhlah bila makan petai nie kan.

Yang ini beli aje.  Aku teringin nak makan kuih pelita.  Asben beli di param.

Asben memang tak tinggal dengan murtabak.  Feveret dialah.

Makanan yang sudah terhidang.

Dalam pukul 7 tue jiran sebelah rumah pulak bagi 2 makanan ini.  Kurma ayam dan yee mee basah.  Mengah-mengahlah kita orang makan.  Kena masak best sikit nie nak pulangkan balik mangkuk orang sebelah.  Tunggu hujung minggulah nampaknya.









                                                                                                                     

Friday, July 27, 2012

~I'm Happy Today!!~

Salam...

Hari nie perasaan happy sangat tapi tak leh nak happy sesangat.  Bak kata Kak Nisah jangan happy sangat.  Happylah sebab hari ini asben balik dan happy sesangat tue sebab asben last day dan tak payah bertugas lagi.  Setelah ditinggalkan beberapa hari bersama anak-anak dan hari ini kami akan pulang ke rumah.  Dah rindu dengan tilam kat rumah.  

Malam nie sudah berada di rumah sendiri.  Sekarang sesi untuk memnuhkan peti ais semula setelah beberapa hari aku kosongkan.  Aku angkut semua barang-barang dalam peti ais bawak pi rumah mak aku.  So peti ais memang kosong.  Petang nie berbuka rumah mak then tunggu asben call sebab aku yang akan jemput dia di Ayer Keroh.


Oklah sekian entry gembira untuk petang ini.









                                                                                                                         

~Menu Simple Berbuka Semalam~

Menu semalam aku masak nasi tomato. Mak aku masak rendang ayam. Itu jealah menu semalam. Ini jea gambar ada. Gambar lauk non ado sebab semalam kelam kabut sikit.

Menu sampingan aku try buat sosej roll..Tak dan nak deko bagai letak jea tisu bawah sosej roll nie. Hihihi...Nak buat lagi petang nie. Gambar nie semua dari tab sebab kamera abis bateri dah.

Ini pulak crabstick popia. Beli online daripada ejan. Dah banyak kali repeat order dengan dia. Dah lama tak beli sekali order sampai 5 paket.:D

Thursday, July 26, 2012

~Berbuka Puasa @ Restoran Melayu Melaka~

Untuk ramadhan yang ke 5 aku berbuka puasa di Restoran Melayu Melaka.  Kali nie berbuka beramai-ramai.  Berbuka dengan cousin aku memandang asben masing-masing di outstation kami pun membawa diri.  Hehehe..

Ini kali kedua aku makan di restoran ini.  Entrynya di SINI.  Semalam memang seronok  Bukan selalu dapat berbuka ramai-ramai di luar macam nie.  Tapi yang nie pun tak cukup korum.  Ayah aku tak ikut, asben-asben kita orang tak ada dan 2 orang anak cousin aku pun tak ada.

So semalam berehat sikit sebab boleh bersantai-santai dan tujuan utama berehat daripada masak tpai mak aku still masak untuk ayah aku.  Balik kerja semalam siap-siap mandikan anak-anak aku then aku pulak bersiap.  Mandi, sembahyang asar dan terus kuar.  Dalam pukul 6.30 petang kita orang sampai sana.  Aku pi satu kereta dengan adik aku.  Then tunggu cousin aku anak-beranak sampai baru kita orang bayar.  Makan secara buffet.  Harga untuk dewasa RM39 dan kanak-kanak RM19.  Mahal ke murah korang rasa?

Inilah kami semalam.  Tukang snap picture cuba teka??Siapa yang tak ada dalam gambar?:D

Nayli dan Kak Long Mira.  Manalah nayli tengok.  Dok berkenan dengan jam kak long ke?

Adik dan kakak.  Mak aku (bertudung hitam) dan kakaknya aka mak long aku.

 Inilah tempat hidangan buffet.

Berbual-bual sesama sendiri.  Aku tue sibuk update status kat fb nak tunjuk kat asben aku makan kat mana.  Macam tue jugak asben aku.  Dok amik gambar dia buka apa.  Saje nak buat aku jelesler tue.

Apalah yang dibualkan dua beradik nie.  Bual bukan bahasa melayu yea tapi dialek bawean.  Itu sudah pasti kalau mak dengan mak long aku bercakap.  Aku nak cakap tak berapa nak reti tapi paham apa yang dicakapkan.

Mak-mak comel bersama anak-anaknya.

Apa yang nayli tengok tue??

Ini anak teruna saya.  Rambut dia mak aku yang potong.  Itulah rupa macam tue.  Hikhikhik...

Bibik dan ammar!!!

Sudah boleh ambil makanan.  Aku masa nie tengah dukung nayli.  Nampak tue umi dia tengah amik makanan.

Inilah makanan aku.  Anak buah aku yang sendukkan.

Aku yang sedang menikmati makanan.  Gambar blur!!!Sape yang amik nie??

Tom Yam feveret aku.

Adik aku dan anaknya.

Nana dan abang syahmee.

Alfidah dan Amirah.  Double A.

Yang nie pulak triple A..;D

Nayli sudah selamat beradu.

Bubur apa nie erk??Sedap sangat.

Gambar last untuk entry ini gambar aku dengan kakak sepupu aku, Kak Wati.  Ada lagi banyak gambar tapi tak laratler nak upload semua.  Sorrylah yea korang.  Gambar korang yang kat tepi sungai tue nanti save sendiri.  Jangan marah!!!:D

Apa-apa pun semalam memang bestlah.  Samada ada lagi berbuka puasa kita bersama atau kita jumpa raya nanti jea.  Tungguu...













                                                                                                                         

Wednesday, July 25, 2012

~Resepi Bubur Cha Cha Laici~

Resepi kedua untuk hari ini adalah Bubur Cha Cha Laici.  Semalam aku cuba buat bubur cha cha laici.  Lain dari yang lain.  Selalu kita makan dengan keledek.  Kali nie makan dengan laici pulak.  Inilah dessert unutk petang semalam.  Nampak resepi ini dekat blog Kak Ita.  Nampak menarik sangat itulah yang aku cuba.

Tengok bahan-bahan pun ada cukup.  Jadi tanpa membuang masa lepas settle masak nasi limau purut aku pun beralih untuk masak menu kedua ini.  Masa masak berfikir jugak apalah rasanya sebab tak pernah cuba.

Inilah hasilnya.  Bubur Cha Cha Laici.  Gambar yang aku snap tak secantik gambar Kak Ita.


Memang sedaplah.  mak aku bertambah.  Kalau mak aku bertambah makna sedaplah tue.  Hihihi.  Oklah aku letak sekali resepi daripada Kak Ita.


BUBUR CHA CHA LAICI
By : Chef Nor Maiza Ladin dan Chef Norhasniza Jaafar
Rujukan : RASA Ogos 2012

100 gm cha cha

100 gm laici dalam tin
50 gm gula Melaka
25 gm gula pasir
350 ml santan
50 ml air laici
1 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa

Rebus cha cha bersama air hingga sedikit lembut

Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula pasir, gula Melaka, dan garam
Kacau sentiasa sehingga gula larut, pastikan menggunakan api sederhana.
Seterusnya masukkan laici dan air laici
Kacau dan biarkan mendidih seketika
Akhir sekali, tutupkan api dan sedia dihidangkan samaada ketika panas atau dingin.


Pada sesispa nak mencuba bolehlah mencubanya.  Selamat mencuba!!!!











                                                                                                                    

~Resepi Nasi Limau Purut~

Tadi aku tunjuk gambar juadah untuk berbuka semalam.  Sekarang aku letakkan resepi Nasi Limau Purut yang aku masak semalam.  Ini kali kedua aku mencubanya.  Yang pertama dulu aku tak sempat nak masukkan dalam blog aku ini.

Oklah sesekali tukar selera daripada makan nasi putih jea kan.  Bolehlah mencubanya pada sesiapa yang ketandusan idea nak masak apa untuk berbuka nanti.

Sebelum mula memasak jangan lupa bahan-bahan utamanya.  Ini pokok daun limau purut.  Aku ambil di rumah aku.  Asben tanam di sebelah rumah.  Senang kan.  Nak masak petik aje. :D

Ini sewaktu proses memasak nasi.

Tadaaa...Inilah rupa nasi limau purut aku yang telah siap di masak dan dihidang bersama sambal ayam dan sayur kobis.  Hidang macam ala-ala masterchef.  Hehehe...Kat bawah aku letakkan resepinya yang aku amik dari blog Ana Suzana.  Dia banyak memberi ilham pada aku tentang masakan.  Aku copy paste di sini semula.

NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul

2 sudu besar margerin ~ aku gabungkan dgn sesudu minyak sapi sekali1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut ~ aku letak 6 keping.. sbb lg wangiii.. 

Garam secukup rasa
500 ml air ~ yg ni aku tak ikut sbb jumlah air bergantung pd beras yg kita pakai 

125 ml pati santan ~ aku ganti dgn susu cair ideal je nak kurangkan berlemak 
1 sudu besar stock ayam ~ aku ganti dgn seketul kiub ayam knorr 
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya ~ aku pakai beras wangi je 
4 titik pewarna hijau

Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.


Selamat mencuba!!!









                                                                                              

~Juadah Berbuka Ramadhan Ke 4~

Semalam mak aku suruh aku masak sebab katanya sudah kekeringan idea.  Hehehe.  Aku pun tak tahu nak masak apa sebenarnya.  Seharian dok pikir kat opis apa nak masak.  Kalau kat rumah sendiri mahu aku masak campak-campak aje.

Akhirnya aku telah mendapat satu idea nak masak berdasarkan bahan-bahan yang ada di rumah.  Aku terus call adik ipar aku yang aku nak masak Nasi Limau Purut.  Aku cakap dengan adik ipar ayam masak sambal jea.  Mak aku yang masak sambal.  Kalau tunggu aku balik memang tak sempat sebab aku singgah rumah aku dulu.  Jom tengok menu untuk berbuka semalam.

Inilah menu utama untuk semalam.  Nasi Limau Purut yang dihidang bersama sambal ayam dan juga sayur kobis goreng.

Mihun goreng yang dimasak oleh mak aku.
 
Sambal ayam yang dimasak oleh mak aku jugak.
 
Sayur kobis goreng yang dimasak oleh aku.  Aku masak yang simple-simple aje.  Susah-susah mak aku yang masak.  Aci tak? :D
 
Dan akhir sekali dessert untuk semalam adalah Bubur Cha Cha Laici.  Aku dapat resepi daripada seorang blogger masakan.  Nanti aku letakkan resepinya kemudian.  Mak aku suka makan.  Kalau mak suka tue sedaplah kot.
 
Gambar selingan untuk semalam, lepas berbuka solat maghrib dan inilah orang yang ikut aku solat.  Adriana semangat nak sembahyang sekali.  Gambar ini buat tatapan yang jauh di perantauan.  Hehehe..Semalam aku mesej asben kata tak tanya anak-anak ke?Asben aku jawab dah tengok blog.  Anak-anak abang ok jea.  Sabajealah...So papa, nie gambar adriana yea buat tatapan papa di sana.  Gambar mama nak tengok tak?Hehehe...