Thursday, June 30, 2011

~Dari Dapurku : Keow Teow Basah~

Selamat Malam...

Just entry pendek...Aku baru jea selesai makan malam.  Agak lambat makan kan..pukul 9 baru ler boleh makan.  Malam nie ammar macam susah pulak nak tido sebab kakaknya dok bising.

Simple jea makan malam aku.  Asben request nak makan keow teow basah.  Nielah hasilnya.


Sudah kenyang mahu tidur...Baguslah amalan aku nie lepas makan jea tidur.  Jadi aku kenalah update blog dulu untuk diauto publishedkan...

Thanks for reading my blog!!!

~Gambar Ammar Pagi Tadi~

Selamat Petang..

Wah ari nie meriah mengupdate blog..lunch hour ari nie tak ke mana-mana..jadi ambik peluang untuk mengupdate bloglah.  selalu tak berkesempatan jea.  Bila tengah malas nak dapat satu entry pun adalah sangat mustahil..time rajin asal ada gambar jea buatlah apa-apa entry yang boleh diceritakan...

Jomlah layan gambar ammar pagi tadi masa aku tengah bersiap nak pegi kerja.  ari nie ammar bangun awal pulak.  yang kakak pulak belum bangun.  biarlah salah sorang jea yang bangun dulu kalau pagi2 dua2 bangun mahu aku tak tentu arah jadinya.

Tengah siap-siap, ammar dok main sorang-sorang..kesian anak mama..:-)
Kakak awak tido lagilah..biasalah dah tahu meniarap kerjanya nak meniarap jea..
Dah penat meniarap menangis mintak diamik pulak..

Jom layan....

Ammar pandang mama..

 Cak...Sayang mama...


Ammar tengah tengok papa..Papa bising dah lambat mama sibuk2lah nak amik gambar.  Alah pa, mama kan suka bergambar..Papa jea yang tak suka bergambar.  Selalu kena paksa dengan aku kalau nak suruh asben aku bergambar..

p/s : Aku musykil pulak sejak akhir-akhir nie asben aku bawak kamera ke ofis..sejak bila suka bergambar bang oi???

~Barang Yang Dikirim Dari Sabah~

Selamat Tengahari...

Dah makan belum???Aku belum makan lagi di saat aku menulis entry ini.  Hari nie tak kuar lunch just kirim kawan jea sebabnya ari nie aku tak bawak bekal sebabnya aku malas nak bangun pagi.  aci tak??banyak sangat sebabnya yang nak dijadikan alasan yea alfidah adim...:-)

Datang jea ofis pagi tadi kawan aku telefon suruh datang kat tempat dia.  rupa-rupanya ari nie yang pi Sabah untuk Sukan Kebajikan dah masuk ofis.  Dia orang semua balik dari Sabah semalam.  Jadi, ari nie kenalah masuk ofis kalau tak kenalah amik cuti rehat yea.  Berbalik kepada cerita nie, kawan aku telefon suruh amik barang-barang yang aku kirim.  Yelah, kita tak pi sabah jadi kirimler barang dari sabah..:-)

Jom tengok apa yang aku kirim dari sabah tue...Jeng..Jeng..Jeng...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
Inilah barang-barang yang aku kirim dari sana..
Udang Kering, Butang Baju Melayu Asben dan Ammar serta Brooch

 Butang baju Melayu untuk Ammar

Butang Baju Melayu untuk asben

Brooch untuk aku

Udang Kering untuk aku jugak...Apalah nak buat dengan udang kering banyak-banyak nie...Kenalah bagi sikit kat mak aku dan mil aku...Kalau aku sorang jenuhler nak masak apa..Ada yang jadi bahan hiasan jea..huhuhu

Note>>Bilalah nak sampai Sabah nie..

Note 2>>Barang untuk adriana mama tak beli sebabnya adriana dah banyak gelang mutiara orang bagi..bukan dipakai buat main-main jea..


~Jadi Bos Kena Garang Ke??~

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Seperti biasa entry diautopublished yea sebab terlampau banyak komitmen.  Bila di rumah tue memang tak dan nak mengupdate blog nie.  Tapi perasaan nie melonjak2 untuk menulis di sini walaupun kadang-kadang terasa Syok Sendiri menulis di sini sebab memikirkan ada ke yang baca blog aku nie..hua hua hua.  tak apalah ini sebagai diari kehidupan aku dan sebagai ingatan untuk diri aku sendiri.

Berbalik kepada tajuk di atas, aku pun tak tahu apa yang sepatutnya aku letakkan sebagai tajuk.  menulis entry hari ini sekadar untuk melepaskan geram ke atau untuk meluahkan perasaan aku??rasanya lebih kepada meluah perasaan aku sendiri.

Kisah di ofislah, kadang terfikir jadi bos nie muka kena jadi garang ke atau memang lumrah muka dia memang garang cam gitu??dahlah susah nak senyum. satff pun jadi takut pulak nak bertegur. Mungkin sebab jawatan dia tinggi dari kita buat dia jadi macam itu ke?


Setakat nie kat ofis aku belumlah ada bos yang macam gambar di atas tapi cukuplah dengan yang ada sekarang nie.  hehehe.  Macam-macam nak dilayan.  Bos perempuan dengan bos lelaki yang mana lebih cerewet erk??Tengok bos jugak kot.  Tapi ada jugak bos yang sporting tapi janganlah sampai kita pulak yang mengambil kesempatan.  Tak semua bos yang sebegini.  Nasiblah bos tue di bahagian lain.  Jadi tak perlulah ambil kisah sangat janji bos bahagian aku OK...:-)


Orang bawahan selalu berada di situasi macam nie ke kalau bos garang??hehehehe
kalau dapat bos garang semangat nak kerja pun hilang.  Asyik perlu berdepan dengan dia jea. Biasalah bos kan???

Note>>Entry tanpa apa-apa tujuan...

~AdrianAmmar Pun Layan ML~

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Entry hari ini pasal malam hari jumaat lepas masa aku dan asben tengok ML, rupa-rupanya anak-anak aku adrianammar pun layan jugak tengok maharaja lawak. 

Ammar berjaga pulak time-time tue.  selalu ammar dah tido waktu tue.  Siap bercakap dengan orang dalam tv.  Mesti dia ingat orang tue cakap dengan dia.  bukan main riuh lagi.  hehehehe...
Si kakak yang tak reti duduk diam.  tapi bila time nabil buat persembahan bukan main khusyuk lagi dia tengok.  Kenal pulak dengan nabil.  Agaknya adriana minat dengan nabil kot. Hehehe

Note>>ada video ammar aku rakamkan, nanti aku upload..adriana selalu cakap 'apa pun tak boleh'

Wednesday, June 29, 2011

~Wordless Wednesday~


Tuesday, June 28, 2011

~Dari Dapurku : Nasi Tomato~

Salam...
Kali nie entry pasal masak-memasak.  Hari sabtu lepas tetibe aku teringin nak makan nasi tomato.  tengok bahan-bahan pun ada jadi aku pun memulakan acara masak-memasak di dapur walaupun masa tue aku bertiga di rumah sebab asben aku keje.
Walaupun duduk dengan adrianammar jea aktiviti memasak aku berjalan dengan lancar walaupun keadaan ada sedikit agak kelam-kelibut.hehehe...
Adriana aku ajak sekali ke dapur sebab aku tak boleh tinggalkan berdua dengan ammar di hall.  ada pulak aktiviti dia mendodoikan adik dia berlaku.  Sebab pernah sekali ammar dah duduk dalam car seat.  ntah macam mana adriana angkat adiknya aku pun tak tahu...
Sangat-sangat mengujatkan diri aku.  adriana dengan selamba kata nana letak adik dalam car seat...

Ok berbalik kepada tajuk di atas, jom kita layan gambar jealah..Acar jea aku tak buat...Lauk yang lain dalca daging dan ayam masak merah.
Makan jealah lauk yang ada..dapat masak nie pun dah cukup elok..hehehe

Inilah hidangan kami sabtu lepas.

Nasi Tomato


Ayam Masak Merah


Dalca Daging

RESIPI NASI TOMATO :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga

2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
Kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato puri
2 sudu besar susu cair
Kiub ayam
Garam

Cara-caranya :
Panaskan minyak sapi kemudian goreng bawang besar, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih sampai wangi dan bawang kekuningan. Kemudian masukkan tomato puri.

Di periuk nasi masakkan beras yang telah dibasuh dan disukat.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalam periuk.  Tuangkan susu cair, masukkan kiub ayam dan peas.

RESIPI AYAM MASAK MERAH :
1 ekor ayam (digoreng separuh masak)
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
Serai*
Cili Kisar
Sos Cili
Sos Tomato
Garam
*Dikisar

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan 1 cawan air. Ayam goreng, sos cili, sos tomato, garam dan gula. Masak hingga ia pekat. Bila sudah pekat, taburkan kacang peas. Tutup periuk dan matikan api.

Sekian, dari dapurku...hehehe

~Lunch Makan Apa?~

Assalamualaikum...;-)
Tetiba pulak tanya lunch makan apa kan??saje jea nak tanya.
Hari nie tak makan di luar dan tak kemana-mana.  aku hanya makan bekalan yang dibawa dari rumah.
Lunch aku ari nie mihun goreng...
Sejak dah duduk rumah sendiri bawak bekal.  Kenalah berjimat sikit.. Asben aku suruh bawak bekal tapi dia sendiri tak bawak bekal..Malu agaknya..huhuhu
Tapi asben aku breakfast dulu di rumah...


Inilah bekalan aku ari nie..Dah selalu bawak bekal maka bergunalah jugak bekas-bekas tupperware yang aku dok beli selama nie.  Kalau tak terperap jea bekas-bekas tue dalam kabinet buat perhiasan..

Sunday, June 26, 2011

~Selamat Hari Lahir Ayah!!!~

Salam dan Selamat Pagi pada semua bloggers yang sudi singgah di sini..
Hari ini 26 Jun 2011 adalah hari lahir ayah aku yang ke 59 tahun...
Selamat Hari LAhir buat ayah...
Along doakan supaya ayah diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah..

Inilah ayah aku bersama cucunya adriana...

Saturday, June 25, 2011

~Uncang Apakah Ini??~

Salam, Salam 1 Malaysia dan Selamat Pagi semua..
Ke manakah hujung minggu nie??aku dan anak-anak aku berada di rumah saje tanpa ke mana-mana..:-(
Sebabnya asben aku kena koje semenjak bertukar ke Kuala Linggi.  Sangat-sangatlah membosankan bila asben keje jadi aku tiada arah tujuan...uhuk uhuk uhuk..

Dahlah aku nie kaki bangku jalan, maka bila duduk di rumah macam cacing kepanasan...hehehe..entry nie pun auto published sebab rumah aku nie masih terputus hubungan dengan dunia luar.  belum ada line internet lagi.  nie pun aku taip semalam sebelum aku balik koje..

Untuk tidak menjadikan blog aku nie bersawang tanpa cerita, aku createlah topik nie pulak.  berbalik kepada tajuk di atas, korang rasa uncang apa?uncang teh ke??hehehe..idakler..jom kita tengok apa isi di dalam uncang ini..

 Inilah uncang yang dikatakan aku..nak tahu apa isi di dalamnya???

*
*
*
*
*
*

Inilah isi di dalam uncang nie...tali pusat anak-anak aku AdrianAmmar..
Masa dalam pantang ari tue makcik yang urut aku mintak sekali tali pusat adriana supaya diletakkan dengan tali pusat adiknya.
Makcik tue kata supaya dia orang nie tak gaduh adik beradik...
Nanti rapat, tak gaduh tuelah orang tua-tua kata..So, kita ikut jealah petuanya.
bak kata adriana adik adik (adik-beradik) tak mo gaduh..hehehe
Korang simpan tak tali pusat anak-anak korang?Simpan kat mana??



Friday, June 24, 2011

~Siapakah Maharaja Lawak 2011~

Salam...

Malam ini final untuk Maharaja Lawak.   Siapakah yang akan bergelar Maharaja Lawak 2011??Siapakah yang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000??sangat banyak tue.. Tak sabar nak tengok ML malam nie. 

So, untuk final nie tinggal NABIL, JOZAN, JAMBU dan SEPAH.
 
 NABIL
 JOZAN
 JAMBU
SEPAH

Korang rasa siapa yang akan menjadi Maharaja Lawak???Sama-sama kita nanti siapakah di antara mereka yang bergelar MAHARAJA LAWAK????

Note>>Balik keje kena cepat-cepat siapkan keje umah lepas tue nak duduk depan tv...:-0

Wednesday, June 22, 2011

~Wordless Wednesday~

Benda nie sangat penting bagi aku!!!

Tuesday, June 21, 2011

~Majlis Bertandang Di Rumah Aku~

Hari ahadnya, 29 Mei 2011 adalah majlis di sebelah lelaki iaitu kenduri di rumah aku.  Malam tue masing-masing dah sibuk.  Aku pun sibuk jugak sebab esoknya sebelum majlis berlangsung, paginya aku dan asben ada buat kenduri cukur jambul dan majlis aqiqah untuk Ammar.

Alhamdulillah, lepas jugak hajat kami untuk mengadakan aqiqah untuk Ammar.  Bila buat masa kenduri besar-besar tidaklah membazir.  Jom kita layan gambar sepanjang majlis di rumah aku.

Malamnya semua sedang sibuk dengan kerja masing-masing di dapur.
Menyediakan segala keperluan.  Orang kuat yea.
Ada tetamu di bawah khemah.
Suasana pagi ahad itu.  Kami telah menyusun kuih muih di atas meja.
Banner ammar telah pun digantung.
Inilah budak yang diraikan pada hari itu.
Pengantin sedang sibuk membancuh air.
Anaks buah ku yang bergaya pada hari itu.
Marhaban pagi itu oleh kawan-kawan ayah aku dari Masjid Al-Azim.
Majlis cukur jambul dijalankan.  Nasib ammar diam aje.
Inilah keluarga kami.  Sedondon mak dan anak.

Aku dan asben sibuk memberi nombor untuk cabutan bertuah untuk family terdekat.
Fondant kek.
Inilah antara tetamu yang hadir.
Meja pengantin.
Akhirnya dapat jugak cabutan bertuah.
Inilah flower girl untuk hari itu.
Pengantin telah tiba.
Diarak oleh 2 orang flower girls.
Bersanding di atas pelamin.
Pengantin dibawa untuk makan beradap.
Karaoke daripada cousin-cousin yang sporting!!!
Lepas penat bertungkus-lumus kami pula mengantikan di meja pengantin pula.  Sangat seronok hari tue.  Lepas nie turn siapa pulak yang nak kawin??